McDonald's Malaysia Naikkan Papan Tanda MEKDI di 16 Cawangan Seluruh Malaysia

Sebut sahaja McDonald's sudah pasti dari golongan tua hingga la kanak-kanak terbayangkan keenakan burger dan ayam goreng. McDonald's yang sudah sebati di sebut Mekdi oleh rakyat Malaysia ini nampaknya masih mempertahankan kedudukan mereka yang teratas dalam senarai makanan pilihan di Malaysia walau sudah bertapak sejak 1982 di negara kita.

McDonald's Malaysia Naikkan Papan Tanda MEKDI di 16 Cawangan Seluruh Malaysia
Mekdi Bukit Bintang


Bersempena sambutan kemerdekaan yang ke-63 yang berlangsung pada setiap 31 Ogos, McDonald's Malaysia telah menzahirkan jiwa 'Malaysianya' dengan menaikkan papan tanda Mekdi di 16 cawangan terpilih iaitu :

  • McDonald's Bukit Bintang
  • McDonald's Titiwangsa
  • McDonald's KLCC
  • McDonald's Putrajaya, Presint 2
  • McDonald's Kuala Selangor
  • McDonald's Greenlane, Pulau Pinang
  • McDonald's Jln Gopeng, Ipoh, Perak
  • McDonald's Stulang Laut, Johor
  • McDonald's Kulai, Johor
  • McDonald's Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • McDonald's Taman Buaya, Melaka
  • McDonald's Teluk Cempedak, Pahang
  • McDonald's Kota Bharu, Kelantan
  • McDonald's Kuala Terengganu, Terengganu
  • McDonald's Kuching 1, Sarawak
  • McDonald's Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah

McDonald's Malaysia Naikkan Papan Tanda MEKDI di 16 Cawangan Seluruh Malaysia
Papan Tanda Mekdi di Putrajaya

McDonald's Malaysia Naikkan Papan Tanda MEKDI di 16 Cawangan Seluruh Malaysia
Papan Tanda Mekdi di Kota Bharu


Apa yang lebih menarik, kesemua cawangan terpilih ini adalah hasil undian rakyat Malaysia sendiri yang telah diberi peluang mengundi restoran McDonald's yang akan memaparkan papan tanda Mekdi.

Buat pengetahuan, paparan papan tanda Mekdi telah pun dinaikkan di McDonald's  cawangan Bukit Bintang setahun yang sudah. Kini atas undian rakyat Malaysia, papan tanda Mekdi mula dinaikkan di 15 lagi cawangan lain seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

"Dikenali sebagai Mekdi di kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang seperti hari ini atas sokongan padu para pelanggan kami. Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali kami memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu, dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat. Jadi tahun ini, kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's kegemaran mereka kepada Mekdi," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia.



Nasi Lemak & Cendol Sebagai Simbolik Menu Perpaduan Masyarakat Majmuk

Bercerita tentang menu kegemaran rakyat Malaysia, sebut sahaja Nasi Lemak dan Cendol pasti sahaja 2 menu ini mendapat tempat teratas menu kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Untungnya rakyat kita yang berbilang bangsa yang hidup dalam penuh perpaduan, kini menu 'buah hati' rakyat Malaysia ini dihidangkan di semua cawangan McDonald's Malaysia. Aku pasti, sudah ramai yang mencuba menu Nasi Lemak McD yang mendapat sambutan hangat, namun kini menu Nasi Lemak McD mendapat sentuhan baharu dengan hidangan sampingan Rendang Ayam bersama nasi lemak harum, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng beserta sambal nasi lemak yang pedas. 

McDonald's Malaysia Naikkan Papan Tanda MEKDI di 16 Cawangan Seluruh Malaysia

Buat mereka yang mungkin kurang gemar memakan rendang, anda kini boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB). 
Nasi Lemak McD dengan Rendang Ayam dan Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara. Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.

McDonald's Malaysia Naikkan Papan Tanda MEKDI di 16 Cawangan Seluruh Malaysia

Bukan hanya menghidangkan Nasi Lemak McD, McDonald's Malaysia turut menghidangkan menu terbaru rasa Malaysia iaitu Cendol McFlurry. Aku baru sahaja mencuba menu ini dan nampaknya hidangan Cendol McFlurry ini langsung tidak mengecewakan. Rasa santan pekat  yang lemak dengan kepingan gula melaka yang terasa aslinya, Cendol McFlurry ini betul-betul menambat selera aku yang sememangnya penggemar cendol ini.

McDonald's Malaysia Naikkan Papan Tanda MEKDI di 16 Cawangan Seluruh Malaysia

Jika anda masih belum berkesempatan untuk mencuba 2 menu terbaharu dari 'Mekdi' ini, sila la segera ke 'Mekdi' berdekatan anda dan mencuba menu lambang perpaduan masyarakat majmuk ini. Aku pasti anda pasti gemarkannya!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkara yang aku ceritakan di artikel kali ini, anda boleh layari laman web mereka di https://www.mcdonalds.com.my/

#Mekdi

#McDonaldsMalaysia

#NasiLemakMcD



Post a Comment

8 Comments

  1. Tak sempat nak rasa cendol tu... Hmmm... Rare gila yg kat KB tu ada tulisan jawi

    ReplyDelete
  2. Kulim kedah xberubah... Nanti balik kelantan kita g serbu mekdi hahaha...

    ReplyDelete
  3. kalau saya pun selalu dgn kawan kawan pggil mekdi je

    ReplyDelete
  4. Baru tadi makan mekdi. Banyak lak tu order sebab craving betul tadi 😅

    ReplyDelete
  5. Yeah... Hidup Mekdi. Love Mekdi. Love Malaysia.

    ReplyDelete