Berikutan wabak pandemik Covid-19 yang melanda satu dunia, kini keadaan ekonomi kita semakin parah. Keadaan kini sudah semakin berubah dan keadaan ini membutuhkan kita untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja. Elakkan membeli barang yang tidak perlu, utamakan perbelanjaan yang wajib dahulu.
Berikut adalah 6 langkah bijak jimat belanja dapur yang mungkin dapat sedikit sebanyak membantu kita mengatur perbelanjaan.
1. Senaraikan barang yang ingin di beli
Anda boleh menjimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan barangan dapur yang ingin dibeli pada setiap bulan. Dengan cara ini anda boleh mengawal perbelanjaan dengan membeli barangan mengikut keperluan yang telah disenaraikan sahaja. Ia juga bagi mengelakkan anda dari membeli barangan yang tidak diperlukan yang boleh menyebabkan berlakunya pembaziran.
2. Berbudi pada tanah
Rajin-rajinlah bercucuk tanam dengan menanam sayuran seperti cili, sawi, tomato, daun kari, daun kunyit dan bayam di rumah. menariknya, kesemua tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi. malah anda juga boleh menanamnya di dalam pasu. Mudah dan sungguh praktikal meskipun tanaman ini tampak remeh namun secara tidak langsung ia turut menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan dapur anda.
foto kredit : https://says.com/my/seismik |
3. Catat jumlah perbelanjaan harian
Cara ini agak leceh kerana anda perlu membuat catatan harian kepada setiap sen yang anda keluarkan. Tetapi dengan cara ini sahaja anda akan dapat mengesan kemana hilangnya duit anda di samping dapat membandingkan jumlah perbelanjaan anda pada setiap bulan. Cuba buat analisa mengenai perbelanjaan harian anda dengan membuat satu jadual mudah seperti duit keluar masuk. Pasti anda akan dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih berhemah.
foto kredit : https://says.com/my/seismik |
4. Beli secara borong
Jika anda rajin memasak di dapur, belilah sesuatu bahan yang selalu digunakan secara borong. Misalnya belilah minyak masak dalam botol yang bersaiz besar kerana ia lebih menjimatkan berbanding anda membelinya berulangkali dalam botol yang bersaiz kecil. Pembelian ini akan menjimatkan sebanyak 10 hingga 20 peratus pembelian anda. Disamping itu ia menjimatkan minyak kereta anda kerana tidak perlu berulang-alik ke kedai untuk membeli bahan tersebut sekiranya habiss
5. Masak sendiri
Kekangan masa dan jadual tugasan yang sibuk menjadikan membeli makanan di kedai mahupun restoran menjadi satu kebiasaan. Tambahan pula dengan pelbagai kemudahan seperti grab food dan food panda membuatkan lagi kita sering liat memasak sendiri. Walau sesibuk manapun anda, cubalah untuk luangkan lebih masa untuk memasak sendiri.
6. Lebih kreatif dalam masakan
Anda juga perlu lebih kreatif dalam masakan dalam masa yang sama membantu mengelakkan pembaziran. Caranya mudah iaitu dengan mempraktikkan menyimpan lebihan lauk-pauk seperti ayam atau daging yang masih elok di dalam peti. Semua lebihan ini boleh dimasukkan ke dalam masakan lain seperti mee goreng atau bihun goreng sebagai bahan perencah. Nasi lebihan juga boleh dibuat nasi goreng sebagai sarapan pagi. Malah, roti yang hampir tamat tempoh turut oleh dijadikan cekodok ataupun puding. Pasti menjimatkan berbanding dibuang begitu sahaja.
Hehe..jika anda perlukan resipi masakan boleh la subscribe channel YouTube aku ni https://www.youtube.com/channel/UCmxS4z-bRIf_Dt5Is5Dxo2Q?view_as=subscriber ada banyak resipi masakan yang aku sediakan
18 Comments
Sejak PKP bulan 3 hari tu saya dah reti bercucuk tanam.hehe.
ReplyDeleteSegala mak nenek daun masakan lah nak tanam.
Wah! Cik Min ada channel You Tube .Nanti boleh refer resepi-resepi kat situ
ReplyDeleteBtw no3 tak pernah buat lagi. Maybe boleh mula buat untuk tahu perbelanjaan kita.
Thanks for the tips yea :)
Setuju, beli apa yg penting dan perlu je lagi2 dalam keadaan skrg ni kan..Qeela pon mmg dh lama buat mcm ni juga..bab masak sendiri tu pulak mmg wajib memandangkan Qeela mmg work from je kan heheh
ReplyDeletePernah try rancang apa nak dibeli tapi sejenis yang mudah terpengaruh dengan diskaun dan tawaran menarik. Pastu nak tulis perbelanjaan harian, pstu memandai jadi kreatif plak bila buat akaun hahaha
ReplyDeleteKita risau bab kreatif dalam masakan, buka kata masak apa aje yang ada, tapi selagi ada kita masak kang..hahahahaha...
ReplyDeleteThese are good tips. The last point is the best for me. Thank you for sharing this, Cik Min.
ReplyDeleteSetuju dgn semua point yg cikmin nyatakan lagi2 part bercucuk tanam tu. Ramai dah sekarang ni dah berjinak jinak dgn dunia pertanian sejak PKP. Terbaik
ReplyDeleterasanya dah ramai start bercucuk tanam sayur sejak pkp hari tu..hehe
ReplyDeletenice sharing sis :)
Tips yang sangat baik
ReplyDeleteMemang tips yang terbaik. tapi bila nak shopping barang dapur je konfim akan terover bajet sebba beli barang yang tak sepetutnya
ReplyDeleteLagi satu, beli barang time promo. Masa murah tu beli banyak-banyak (untuk barang kering)
ReplyDeleteYg no. 2 tu susah sikit. Dah banyak kali try, dah macam2 pokok/anak benih, semua tak pernah hidup 😅.
ReplyDeleteGreat tips la kak Min... Masak kat rumah memang byk jimat kan.. Betul tue borang pun jimat cost juga lagi2 bila borong kat Rosyam ke.. Hahaha... Wish ada halaman rumah yang luas.. Boleh berkebun anggap exercise juga...
ReplyDeleteJaga jaga duit BPN pon da nak masok, harap nyer berjimat cermat lah. Gunakan untuk keperluan bukan kehendak
ReplyDeleteNice tips.. Thanks share cik min.. Tp kita sllu xbuat yg no 1..sbb kdg dh listkn tp xikot.. Terlebih beli haha
ReplyDeletedalam banyak2 tips kak min tu.. had yang last ja masuk kepala.. hahhaha sedapnya lahaiiii
ReplyDeleteAwak kita memang masa nak pergi beli tu catat semua buat list ni tapi bila dah sampai supermarket tu lain yang tulis lain yang beli waaaaaa. Paling malas adalah nak catat apa yang kita dah lebih beli tunggu lah next gaji lak wakakakka..
ReplyDeleteciktom mmg suami ajar catat nak beli barang apa dan anggaran harga sebelum keluar beli barang..hehe
ReplyDelete