“Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan membangkitkannya kembali? Bahkan (bukan setakat membangkitkan), Kami akan mencantumkan kembali seluruh tubuhnya sampai ke hujung-hujung jarinya dengan begitu sempurna,” Surah Al-Qiyamah, ayat 3.
Orang-orang kafir menyangkal akan terjadinya kebangkitan
semula manusia setelah tulang-tulang mereka yang mati berkecai di dalam tanah
dan bagaimana setiap individu akan dikenali pada Hari Pembalasan. Allah yang
Maha Berkuasa berfirman bahawa Dia bukan sahaja berkuasa untuk memasang
tulang-tulang kita, malah Dia berkuasa menyusun dengan sempurna setiap
jari-jari tangan kita.
Soalnya mengapa Al-Qur’an apabila menerangkan mengenai
penentuan identiti setiap individu, menyebut secara khusus tentang jari-jari
tangan? Dalam tahun 1880, cap jari telah menjadi kaedah saintifik pengenalan
individu setelah kajian yang dilakukan oleh Sir Francis Golt. Tidak ada seorang
manusia pun di dalam dunia ini yang akan mempunyai corak cap jari yang sama.
Itulah yang menjadi sebab mengapa pasukan polis seluruh dunia menggunakan cap
jari untuk mengenali penjenayah.
Jenis Cap Jari
Tahukah anda bahawa setiap lorekan dihujung jari manusia mempunyai maksud tersendiri. Setiap manusia termasuk mereka yang lahir kembar memiliki pola cap jari khas dan berbeza antara satu sama lain. Disebabkan itu, cap jari telah diiktiraf sebagai medium mengenal pasti individu.
Bentuk cap jari boleh dibahagi kepada tiga kelas iaitu
gegelung (Loops),Lingkaran (Whorls) dan lengkungan (Arches).
Bentuk Whorl pula bulat dan berpusar, ada orang kata bentuk
belakang siput. Manakala Arch bentuknya seakan-akan gunung, menaik sebelah kiri
dan turun sebelah kanan.
Daripada kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat seramai 60-65% penduduk mempunyai cap jari jenis Loops, 30-35% penduduk mempunyai cap jari bentuk Whorls dan hanya 5% mempunyai bentuk Arches pada cap jari mereka.
Istimewanya lorekan-lorekan ini tidak akan berubah dari
semenjak seseorang itu bayi, sampailah dia dewasa dan meninggal dunia. Namun tahukah anda bahawa setiap lorekan pada cap jari sangat berkait rapat dengan cara kerja, kehidupan seharian malah cara berfikir seseorang?
Amazing MK Bantu Kenali Potensi Diri Melalui Cap Jari
Ibu
Jari |
Berkait
dengan otak bahagian hadapan iaitu persepsi dirinya terhadap diri sendiri dan
orang lain.
|
Jari
Telunjuk |
Berkait dengan cara berfikir dan mengambil
keputusan. |
Jari
Tengah |
Berkait dengan cara bertindak. |
Jari
Manis |
Berkait dengan cara berkomunikasi. |
Jari
Kelingking |
Berkait dengan cara beradaptasi dan pergaulan. |
- Sensing
- Thinking
- Intuiting
- Instinct
- Feeling
17 Comments
betul setiap orang punyai cap jari yang berbeza ...subhanallah maha suci allah yang telah menciptakan kita...apapun keputusan potensi dari cap jari kita sebab mengikut kajian tapi kita tetap kena berusaha juga ....
ReplyDeleteAlhamduillah beruntung orang islam kerana Allah menghadir berjuta-juta manusia akan tetapi setiap cap jari adalah berbeza di antara satu sama lain..
ReplyDeletewow this is really eye opener for me. Thanks Amazing MK for the service and information provided to us
ReplyDeleteIlmu yang sangat bagus dikongsi. Cap jari setiap orang tak sama wpun seramai mana pun manusia. Allah maha besar. 😊
ReplyDeleteMenarik perkongsian ni, saya belajar satu benda baru. Sebelum ni, tak tau cap jari ada kaitan dengan personaliti.
ReplyDeleteCap jari mmg unik, tak boleh ditiru antara satu individu ke individu lain, kuasa allah, terima kasih info ini
ReplyDeleteMenarik juga kursus macam ni. Melalui cap jari kita boleh mengenali diri sendiri.. Nak check info tentang Amazing MK ni la..
ReplyDeleteSelama ni tak tau pulak ada makna tersendiri. Bagusnya servis macam ni. Boleh cuba
ReplyDeletebaru pertama kali dengar pasal Amazing MK nie.rasa teringin nak datang seminar dia utk tengok personality kita based on cap jari
ReplyDeleteDulu kalau tak tau ingat semua orang sama je cap jarinya, tapi bila munculnya screen lock dengan jari, barulah Sis faham semua orang tak sama...
ReplyDeletemenarik ni kak, teringin pulak nak join kursus-kursus macam ni. dah lama x beraktiviti kursus2 ni. hehehe
ReplyDeleteWow this is new to me, its so innovative I would like to check out more also.
ReplyDeleteCap jari mmg unik. Tak semua org punyai corak yg sama. Pendekatan juga berbeza
ReplyDeleteMenarik. Sambil baca, sambil tengok jari, hehe. Best juga boleh scan2 mcm tu eh
ReplyDeletewah! interestingnya! first time tahu pasal ni. thanks kak min share. lepas ni boleh join kelas tu. :)
ReplyDeletewowwowwow... menariknya ni kak min... tak sangat melalui jenis cap jari dari ibu jari hingga kelingking tu ada maksudnya...Pertama kali dengar pasal Amazing MK ni.. saya ingatkan MK = MaryKay tadi.. ehehhe...
ReplyDeleteFirst time jugak dengar iedas mcm ni untuk kenali potensi diri. :)
ReplyDelete