Kali ni aku ingin berkongsikan sebuah tempat makan yang pada aku harganya berbaloi murah dan makanannya sedap. Tetapi restoran yang aku nak kongsikan ini adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan asli Korea. Jadi, bagi peminat makanan Korea silalah baca dengan penuh sabar artikel kali ini.
Kisahnya semalam aku ke The Garden Mall iaitu sebuah mall baru yang terletak di Persiaran Surian. Mall baru ini betul-betul terletak berhadapan dengan Sunway Giza, Kota Damansara. Setelah agak sekian lama aku tak keluar jauh, semalam kebetulan ada kerja yang perlu disiapkan maka aku ke sana. Alang-alang ke sana memang terus adakan acara lepak-lepak dan makanlah sekejap.
Nak dijadikan cerita, selepas agak lama mengambli masa untuk siapkan tugasan tak sedar jam dah melewati waktu makan tengahari jadi aku bersama Dik Bee dan Sally ambil keputusan untuk makan sebelum bergerak pulang. Maklumlah, mall baru jadi masing-masing belum 'familiar' jadi kami 'decide' untuk pusing je cari tempat makan.
Alhamdulillah entah macam mana si Sally ternampak bunting sebuah restoran makanan Korea dan kami pun bersepakat untuk mencuba makan di restoran tersebut. Terletak di aras 3, restoran yang dimaksudkan adalah The Fire yang menghidangkan menu masakan asli Korea.
Pelbagai Menu Makanan Pada Harga Berpatutan
Sebaik melangkah kaki di pintu masuk restoran, sudah terpampang sijil halal yang membuatkan perasaan yakin untuk makan tanpa rasa ragu-ragu.
Kedaan dan persekitaran restoran yang bersih dan teratur juga buat hati agak tertarik.
Selepas memilih tempat duduk kami telah diberikan menu makanan. Agak terkejut juga bila tengok harga, tidaklah mahal malah ada set yang pada aku memang murah seperti set Roasted Chicken ni. Harganya cuma RM39.80 dan hidangannya datang bersama set bebola nasi, kimchi, salad dan pelbagai sos. Oh Ye! ayam tu seekor ayam ye bukan suku atau separuh.
Bila tengok je set tu aku dan Dik Bee terus ambil kata sepakat untuk order dan kongsi menu tu. Manakala Sally ambil set Bulgogi.
|
Sebelum makanan sampai wefie dulu.. |
Memang banyak betul! Malahan kami tak terhabis pun makan dan sudahnya minta dibungkuskan baki yang tak habis tu. Maklumlah, seekor ayam manalah mampu aku dan Dik Bee nak makan habis. Tapi secara jujur aku memang suka hidangan yang ada di restoran ni. Baik kimchi atau bebola nasi dia memang sedap! Tak macam sesetengah restoran Korea lain, kimchi yang dihidangkan di sini juga segar dan sangat kena dengan selera aku.
Bebola nasi dia juga langsung tak kedekut seaweed! Dan yang lebih menarik bebola nasi ni dihidangkan fresh di hadapan pelanggan. Staffnya akan kepal nasi tersebut di meja makan ketika hendak dihidangkan kepada pelanggan.Untuk hidangan yang kami order ni aku bagi 5 bintang dari segi rasa, persembahan hidangan dan harga.
Makanan yang Sally order pun sedap. Untuk minuman pula aku order teh jujube dan aku sangat suka rasa teh ni sebab buat aku rasa segar dan tak muak selepas makan banyak.
Jika anda berminat ingin mencuba makanan asli Korea, bolehlah datang ke The Gardens Mall dan terus ke aras 3 ye! Jika tanya nak repeat lagi tak? Jawapannya ialah YA..PASTI AKAN REPEAT BERKALI-KALI
17 Comments
Wah sebelah umah I aje. Bolehlah I singgah. Lama betul tak pi Gardens Mall.
ReplyDeleteTerasa nk gi menjamu selera d sana la. Maklum la d kelate ni x byk restoran korea. Pasti menyelerakan.
ReplyDeletedekat dah dengan rumah ni, teringin betul nak cuba kimchi tu, apalah rasanya ya? dah dekat ni memang wajib singgahla sebab harga pun berpatutan sangat dalam satu set yang dapat banyak menu macam tu
ReplyDeleteala.. cemburunya kita dengan min.. asal semua makanan sedap ada dekat min ni haa? berbaloi sangat sangat satu family akak mkn ni..
ReplyDeletesedapnya makanan dia especially ayam dengan rice ball tu! Memang kena terjah nanti ni
ReplyDeleteWahhh..boleh la singgah nanti. Nak cuba juga rice ball and ayam goreng tu ☺️
ReplyDeletemak aihhh sekali setalam dia bagi hahaha. nampak sedap je. ada plak kimchi dengan beef bulgogi tu.. favourite sangattt
ReplyDeleteMurah juga harga set makanan. Sekor ayam pula tu. Boleh la share info restoran ni dengan kawan-kawan yang lain.
ReplyDeleteWeiii, menyampahnya tgk entri ni... Sebabbb buat sis teringat kesedapan ayam tu. Lembut & juicy, pendek kata mmg kena dgn selera. Ajommm repeat lagiiii 😋
ReplyDeletewow sedapnya! i tried this restaurant recently and everyone was so in love with the gimbap. yummy
ReplyDeleteFirst time dengar nama restoran the Fire ni. Saya memang penggemar makanan Korea, terutamanya yang berasaskan ayam. Nanti boleh cuba.
ReplyDeleteFuhhh paling terliur ayam dia tuh.. Nampaknya kena terjah garden mall ke nih
ReplyDeleteWaaaa style dia dah macam Ubuyo ekk...tapi ini nampak lebih menariknyaaa.. murah pun ye tu... alaaa kat JB takde kee...
ReplyDeleteWahh makin banyak authentic Korean food beroperasi di sini la kan.. yang ni menarik, lambat sikit baca post ni.. kalau tak, dah serbu dah masa Nell visit Tropicana Gardens Mall aritue.. nak pergi sekali lagi la..
ReplyDeleteHurmmm sedapnya hidangan seekor ayam yang menyelerakan hehehehe nak cuba juga lah nanti bawa lah kita sekali hehehehe best tengok makanan sedap-sedap ni terus rasa lapar lakkan...
ReplyDeleteMasyaAllah tengok ayan setalam tu. Best betul! Akak mall tu saya tak pernah pergi lagi! Bleh la naik MRT aje kan. Hehehe.
ReplyDeleteWhhh best nie Kak Min. murah pon murah. yang penting nampak sedap betul. aiyooo rasa mcm nak ke sana sekarang jugak
ReplyDelete