Berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz pada 26 November lalu mengenai pengeluaran KWSP Akaun 1 diperluaskan kepada 8 juta pencarum (BACA SINI) , hari ini KWSP mula mengumumkan secara rasmi kriteria kelayakan Pengeluaran Akaun 1 melalui i-Sinar.
Kriteria Kelayakan Pengeluaran Akaun 1
Kategori
1 |
Kriteria |
Dokumen
Yang Diperlukan |
Mereka
yang layak termasuk ahli yang : ·
Bekerja di sektor formal ·
Bekerja sendiri ·
Bekerja di dalam sector ekonomi gig ·
Sudah lama tidak mencarum ·
Hilang pekerjaan ·
Suri rumah ·
Mereka yang diberi notis cuti tanpa gaji |
1. Ahli
yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan
berturut-turut semasa permohonan ATAU 2. Ahli
yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30%
dan ke atas atau selepas 1 Mac 2020 |
·
TIADA
dokumen sokongan diperlukan ·
Kelulusan secara automatic berdasarkan data
dalam KWSP ·
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian
melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21
Disember 2020 |
1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
Bagi kategori ini:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan;
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari
pertengahan Januari 2021.
Kategori
2 |
Kriteria |
Dokumen
Yang Diperlukan |
Kategori
ini untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan
keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas
(termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih
masa) selepas 1 Mac 2020 |
-
|
·
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan
pendapatan; dan ·
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan
/ atau tuntutan kerja lebih masa ·
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian
melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11
Januari 2021 |
Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan
terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua
hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan
sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Jumlah kelayakan i-Sinar
Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Contoh:
Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif. Baca lanjut di sini https://www.kwsp.gov.my/ms/-/i-sinar-open-to-all-epf-members-whose-income-is-affected-by-covid-19
Gambar Ihsan : Google |
Semoga pengumuman yang telah dibuat oleh pihak KWSP ini dapat melegakan segala keresahan dari semua pencarum dan menurut pandangan peribadi aku sendiri, dengan pengumuman ini kesemua yang terjejas akibat pandemik Covid-19 Insyallah dapat menarik nafas lega. Namun berfikir panjanglah sebelum membuat sebarang keputusan dan sekiranya permohonan diluluskan, rancanglah perbelanjaan anda dengan bijak.
11 Comments
semoga dapat membantu mereka2 yang memerlukan utk meneruskan kelangsungan hidup. dan semoga cepatla semua ujian covid ni berlalu pergi..
ReplyDeleteSemoga dapat membantu golongan yg terkesan..akak x layak rasanya sebab masih bergaji penuh walau elaun dan overtime dh xde...huhu...
ReplyDeletetak layak la pulak nak memohon i-Sinar KWSP ni. Semoga dapat membantu yang terjejas dek covid-19 ni
ReplyDeletesampai sekarang kita tak puas hati kenapa syarat dia macam ni! hahaah kite pun insan yang terdesak perlukan duit agituuu! hopefully ada la kelonggaran untuk keluarkan duit ni
ReplyDeleteHarap membantu la mereka yang terjejas. Airah pun tengah fikir lagi nak keluarkan ke tak. Kalau keluarkan memang kena hati2 berbelanja
ReplyDeleteDengar kata ramai yang ada masalah untuk keluarkan duit kwsp. Semoga info yang dikongsi ni dapat membantu sesiapa yg memerlukan.
ReplyDeleteBagus kan bila ada isinar ni. Sekurang kurangnya dapat membantu mereka yang memerlukan sejumlah wang untuk sara keluarga
ReplyDeleteTapi syarat syarat dia tu. Sekarang ni ramai orang pertikaikan syarat dia. Ramai orang terdesak perlukan duit. Moga semua urusan diorang dimudahkan.
ReplyDeleteWill share this with my dad and mom, they are concern about this! THanks for sharing this info, helps a lot
ReplyDeleteAlhamdulillah sekurangnya iSinar dapat memberi sinar pada mereka yang terkesan dan membantu sangat supa ia dapat menjadi satu platform untuk mereka buat sesuatu demi masa depan.
ReplyDeleteSemoga those yang terkesan boleh dapat benefit daripada pengeluaran simpanan KWSP ni untuk meringankan beban mereka..
ReplyDelete