3 Jenis Resipi Masakan Menggunakan Pressure Cooker

Sekarang ni aku berjinak-jinak memasak menggunakan pressure cooker. Maklumlah, pressure cooker sekarang ni antara gadjet yang wajib ada di setiap rumah. Bukan hanya kerana memudahkan dan menjimatkan masa malahan masakan menggunakan pressure cooker lebih enak kerana masakan seperti daging dan ayam lebih lembut, berjus dan masak sekata.

Bagi mereka yang baru belajar menggunakan pressure cooker dinasihatkan untuk membaca betul-betul manual yang dibekalkan agar tidak berlaku sebarang kemalangan dan kecelakaan ketika memasak. Untuk jenama pressure cooker yang aku beli adalah Giselle yang aku beli di shopee https://shp.ee/2s7k8xp . Aku suka jenama ni sebab aku memang guna Air Fryer jenama yang sama tambahan pula dengan 18 fungsi pressure cooker ni memang berbaloi untuk dibeli.




Resipi Masak Nasi Arab Pressure Cooker


* Air rebusan (nisbah sukatan air untuk 500gm beras : 750gm air rebusan)


Sukatan cawan ; 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air rebusan

-Rebus kambing hingga empuk (untuk kenikmatan berganda, disarankan menggunakan air rebusan kambing)


** Untuk ayam ; teknik rebus, perap & goreng (simpan air untuk memasak nasi sekiranya menggunakan air rebusan ayam)

- Rebus ayam hingga masak, lumurkan bahan perap (P) dan goreng sekejap dengan minyak panas sekitar seminit sahaja (sekadarnya, jangan terlalu lama) ayam akan keras jika menggoreng terlalu lama.

* Ayam panggang : lumurkan ayam bersama rempah perap (P) dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 50-60 minit (bergantung pada oven masing-masing) sekitar 15-20 minit jika menggunakan pressure cooker

ayam yang siap direbus diperap dengan rempah yang tertulis (P)


** BAHAN A (tumis)
1 biji bawang besar (dadu @ mayam)
3 sehingga 4 sudu minyak masak atau minyak zaitun
2 sudu minyak sapi
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

BAHAN B
1. 1 Inci hali ditumbuk (tidak perlu tumis, hanya masukkan ke dalam periuk nasi)
2. Sepokok daun ketumbar dimasukkan bersama akar (tidak perlu tumis)
3. Rempah masak nasi arab mandy El Khalifa (M)
*(P) = Perap *(M) = Masak

CARA MEMASAK NASI ARAB

1. Tumiskan bahan A sehingga layu dan naik bau
2. Masukkan beras dan air rebusan ayam mengikut nisbah yang disarankan
3. Masukkan bahan B dan kacau rata
4. Perasakan dengan garam.

Untuk menumis bahan-bahan apa yang perlu anda lakukan adalah setkan menu pressure cooker anda kepada mode 'saute'. Nanti pressure cooker akan automatik set pada api yang sederhana bagi membolehkan kita menumis.

Setelah semua bahan ditumis, masukkan beras yang telah dibersihkan bersama air rebusan ayam mengikut sukatan yang disarankan, masukkan daun ketumbar bersama akar-akarnya, garam dan semua bahan yang perlu dimasukkan tadi..terus setkan pressure cooker anda ke mode 'rice'. Tutup pressure cooker dan pastikan seal butang pressure ditudung periuk tu dan biarkan je. Insyallah selepas 12 minit nasi arab anda siap dihidang.

Jangan lupa untuk titikkan sedikit pewarna kuning setelah nasi masak. Dan untuk kaedah smoke (biasakan nasi arab ada rasa macam asap-asap sikitkan?), apa yang diajar di resipi yang disediakan oleh beras Nasi Arab Mandy El Khalifa ialah bakar seketul arang, masukkan arang yang dilapik dengan aluminium foil ke dalam periuk nasi yang telah siap dikaup balik. Titiskan minyak 1/2 sudu kecil atau minyak sapi ke atas arang dan tutup periuk dengan kadar segera. Biarkan nasi di smoke dengan asap arang.





Resipi BBQ Ribs Pressure Cooker


Bahan-bahannya ;

2 kg tulang rusuk lembu
5 sudu besar sos bbq
1 biji bawang besar (dipotong kiub)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (ditumbuk/dikisar halus)
Sedikit butter untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-caranya ;

1. Perapkan kesemua bahan diatas selama 45 minit - 1 jam
2. Setkan pressure cooker pada mode saute
3. Panaskan butter dan tumis seketika bahan yang diperap
4. Tambahkan 1 cawan air
5. Tukarkan mode saute ke mode 'Ribs'
6. Sedia dihidang (taburkan sedikit rosemarry untuk hiasan)

Gambar ihsan Google



Resipi Sup Tulang Tanpa Tumis Pressure Cooker


Bahan-bahannya ;

1. 1 kg tulang lembu
2. 1 labu bawang besar dihiris
3. 5 ulas bawang putih dihiris
4. 1 inci halia dihiris
5. 3 biji bunga lawang
6. 3 biji buah pelaga
7. sedikit kulit kayu manis
8. Garam secukup rasa
9. 2 biji kentang dibelah 4
10. 2 biji tomato dibelah 4
11. sedikit daun sup dan bawang goreng (dimasukkan ketika hendak dihidang)
12. 1 - 1.5 liter air

Cara-caranya ;

Masukkan kesemua bahan ke dalam pressure cooker dan setkan pressure coker pada mode 'Soup' dan biarkan sehingga masak.

Gambar Ihsan Google

Itulah 3 resipi yang sempat aku kongsikan. Insyallah jika berkesempatan nanti aku akan kongsikan lagi. Pendek kata sejak ada pressure cooker ni, masakan pun campak-campak tekan dah siap..haha.. Jika anda berminat nak menggunakan pressure cooker macam aku boleh klik di link ini https://shp.ee/2s7k8xp











Post a Comment

0 Comments