Memasak rendang bukanlah sesuatu yang yang mudah. Langkahnya yang agak remeh dan masa memasak yang panjang menjadikan hidangan ini sebagai masakan menu istimewa di hari raya. Masa yang diambil untuk memasak kadangkala menjangkau sehingga 3-4 jam. Namun kini memasak rendang pada masa yang singkat bukan lagi mustahil. Jom aku kongsikan Resipi Rendang Daging Menggunakan Pressure Cooker.
Resipi Rendang Daging Menggunakan Pressure Cooker
Bahan-bahannya ;
1. 1/2 kilo daging lembu
2. 3 biji bawang besar
3. 1 labu bawang putih
4. 1 inci lengkuas
5. 1 inci halia
6. 3 batang serai (dititik)
7. 5 helai daun kunyit (dicarik-carik)
8. 3 sudu besar kerisik
9. 1 kotak kecil santan kotak
10. 1 cawan air
11. Garam secukup rasa
12.1 batang kulit kayu manis, 4 biji buah pelaga dan 3 biji bunga lawang
13. Sedikit gula merah/gula kabung/gula melaka
14. 5 sudu besar cili giling (ikut tahap kepedasan yang anda suka)
Cara-caranya ;
1. Bersihkan daging dan toskan
2. Kisar halus bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas
3. Masukkan kesemua bahan termasuk daging ke dalam periuk pressure cooker
4. Setkan pada mode 'meat' dan biar hingga berbunyi tanda masak (langkah ini bagi melembutkan daging) - masa memasak kira-kira 15 minit
5. Kemudian buka penutup periuk (setelah periuk dalam keadaan sudah mula boleh dibuka)
6. Setkan pada mode 'saute' dan setkan selama 10-15 minit (mengikut tahap kering rendang yang anda inginkan). Pastikan anda kerap mengacau rendang tersebut bagi mengelakkan rendang menjadi hangit dibahagian bawah.
7. Selepas 10-15 minit rendang sedia dihidang.
Mudahkan? Untuk memasak rendang ini aku mengambil masa kira-kira 25-30 minit sahaja. Oh ye! Nasi himpit pun aku guna pressure cooker. Caranya bersihkan nasi himpit segera, masukkan air (sama seperti masak nasi himpit biasa) dan setkan pada mode 'congee' setelah itu angkat dan sejukkan.
Pendek kata jika dulu perlukan masa berjam-jam untuk hidangan istimewa ini, kini kurang 1 1/2 jam dah siap set lengkap nasi himpit bersama rendang. Selamat mencuba. Oh ye! Untuk pressure cooker aku guna jenama Giselle yang aku beli di Shopee. Boleh klik link ini jika berminat https://shp.ee/2s7k8xp
Manakala mangkuk yang aku gunakan untuk menghidang rendang daging tu pula aku beli di sini https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin . Sekarang tengah ada pelbagai promosi jadi jika anda berminat boleh masukkan kod MCSMIN untuk nikmati 10% diskaun & penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia.
15 Comments
wah..sedapnya
ReplyDeleteKalau x guna pressure cooker mmg lambat kan nak masak rendang. Kita nih dah la jenis x sabar haha
ReplyDeleteTerliur tengok rendang. Lama tak makan.
ReplyDeleteOh yummy!!!!!!! This rendang dating look so yummy. Baca post nie tiba2 rasa nak makan rendang. Hihikhik.
ReplyDeleteSenangnya masak rendang guna pressure cooker. Cepat pun cepat. Tapi kita takde pressure cooker la pulak huhu..
ReplyDeleteRendang daging kalau masak guna pressue, lain macam lembutnya.. sebab dulu masa takde pressure, kus semangat, semengah nak gigit makan.. jenis malas nak merebus lama kann hahahaha skrg dah ada Noxxa.. memang rajin juga Sis masak rendang..
ReplyDeleteKita dah ada 6 set mangkuk itu hehehehe
Senangkan msk dengan pressure cooker. Daging mesti lembut giler kan
ReplyDeleteSaya kalau waktu raya nak merendang, memang keluar mesin pressure cooker. Senang kak! Tau tau dah masak. Hahaha
ReplyDeleteLooks so delicious. Ya with pressure cooker everything will be much easier to be cooked right? And it is way faster too.
ReplyDeleteSenangkan masak2 guna pressure cooker ni.. Nell punya dah lama tak beroperasi bah.. tiba masanya nak cuba try test resipe kak Min la.. :)
ReplyDeletewow i love this recipe. you managed to make something that was traditionally difficult and complex into such a simple and yummy dish :)
ReplyDeleteUishhh senang betul masak guna pressure cooker... Lagi2 daging ni mmg nk cpt kalau boleh... Sedap btul rendang tu
ReplyDeleteThanks for sharing the recipe babe! The rendang looks really yummy like restaurant!
ReplyDeleteKat umah takde pressure cooker tapi dengar memang mudah masak guna periuk ni
ReplyDeleteMak oi!!! Sedapppppnya ! Tengok gambor rendang daging pun terliur dah! Mouse mommy pun tengah nak cari pressure cooker ni.
ReplyDelete