Tahukah anda mengikut statistik angka kematian akibat Covid-19 di Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 83% dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan dan graf menunjukkan bahawa masalah kesihatan yang paling tinggi adalah penyakit kencing manis.
Dan kerana itu pentingnya untuk kita mengetahui tentang ilmu atau cara bagaimana untuk kawal kencing manis.
Apakah Penyakit Kencing Manis?
Kencing Manis atau lebih dikenali sebagai Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel dan dengan itu menurunkan paras gula dalam darah.
Terdapat 3 jenis diabetes yang perlu anda ketahui iaitu ;
Diabetes
Jenis 1
1.Badan (pankreas) tidak dapat
menghasilkan insulin sendiri, dan anda memerlukan suntikkan insulin sepanjang
hayat anda. Anda juga perlu pastikan anda makan dengan sihat, sering membuat
aktiviti fizikal dan uji gula darah dengan rutin.5
2.Biasanya bermula sebelum umur
40 tahun, lebih kerap semasa remaja.
3.Tidak boleh dicegah
Diabetes
Jenis 2
1.Sel-sel
badan tidak bertindakbalas kepada insulin dengan berkesan dan badan tidak
dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengatasi kerintangan insulin
2.Jenis
diabetes ini lebih biasa dijumpai berbanding dengan diabetes jenis1.Di seluruh dunia, 90% pesakit diabetes
menghidap diabetes jenis 2.
3.Faktor-faktor
risiko utama ialah berat badan berlebihan/ obes dan tidak membuat aktiviti
fisikal.
4.Pradiabetes
(paras gula darah yang lebih tinggi daripada julat biasa, tetapi tidak cukup
tinggi untuk diberi diagnosis diabetes) meningkatkan risiko mendapat
diabetes. Jika anda ada pradiabetes,
perubahan gaya hidup boleh membawa paras gula darah anda balik ke normal.
5.Akhirnya,
sesetengah orang mungkin memerlukan ubat walaupun mereka telah membuat
perubahan gaya hidup.
Diabetes
Gestasi
1.Paras
gula darah meningkat semasa kehamilan.
2.Biasanya
berlaku dalam trimester kedua (minggu 14 ke 26 kandungan).
3.Meningkatkan
risiko mendapat kerumitan semasa kehamilan dan bersalin, dan mendapat diabetes
jenis 2 pada masa depan.
Kawal Kencing Manis
Pada tahun 2014 dianggarkan 9% orang dewasa menghidap diabetes di dunia manakala bilangan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa diabetes meyebabkan 1.5 juta kematian di dunia. Dan di Malaysia sahaja, pada tahun 2015 kajian menunjukkan bahawa 17.5% orang dewasa menghidapnya.
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang
dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta
rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia
adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.
Berikutan itu sebuah platform sehenti yang diterajui oleh ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara percuma kepada mereka yang menghadapi penyakit kencing manis atau diabetes. Sudah pasti ianya berkaitan dengan cara bagaimana untuk kita kawal kencing manis.
Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula 1 Februari sehingga 14 Februari 2021. Peluang ini dibuka kepada 150 orang yang bukan sahaja penghidap penyakit kencing manis malah bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka yang menghadapi masalah yang sama.
Program ini dilaksanakan kerana mengambil berat terhadap golongan yang berisiko ini yang selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka
sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Buat pengetahuan, penyakit ini boleh menyebabkan
banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur
penglihatan dan amputasi.
Buat pengetahuan organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor
Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150
orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com.
Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang
mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan
penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9%
kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19
di Malaysia, 11 Oktober 2020).
Statistik pada 11 Oktober 2020
Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta
yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah jadual pemakanan
bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah, akitiviti senaman tanpa perlu keluar
rumah, latihan pengawalan stress, kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke
tandas setiap malam serta kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber
alam semulajadi.
Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi
langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar.
Bagi anda yang menghidapi penyakit kencing manis, inilah peluang untuk anda mempelajari, mendapat khidmat nasihat malah mengetahui bagaiman untuk anda kawal kencing manis anda agar tidak melarat.
Dapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal kencing manis di ;
Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021. Daftar segera di www.kawalkencingmanis.com
Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.
3 Comments
Best nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.
ReplyDeleteHarapnya program nih dapat membantu ramai orang dekat luar sana untuk mengawal kencing manis. 👍👍👍
ReplyDeleteProgram menarik untuk disertai ni. Alang-alang duduk rumah. Nak juga tambah ilmu kan
ReplyDelete