Tahukah anda mengikut statistik angka kematian akibat Covid-19 di Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 83% dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan dan graf menunjukkan bahawa masalah kesihatan yang paling tinggi adalah penyakit kencing manis.
Dan kerana itu pentingnya untuk kita mengetahui tentang ilmu atau cara bagaimana untuk kawal kencing manis.
Apakah Penyakit Kencing Manis?
Kencing Manis atau lebih dikenali sebagai Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel dan dengan itu menurunkan paras gula dalam darah.
Terdapat 3 jenis diabetes yang perlu anda ketahui iaitu ;
Diabetes
Jenis 1 |
1. Badan (pankreas) tidak dapat
menghasilkan insulin sendiri, dan anda memerlukan suntikkan insulin sepanjang
hayat anda. Anda juga perlu pastikan anda makan dengan sihat, sering membuat
aktiviti fizikal dan uji gula darah dengan rutin.5 2. Biasanya bermula sebelum umur
40 tahun, lebih kerap semasa remaja. 3. Tidak boleh dicegah |
Diabetes
Jenis 2 |
1. Sel-sel
badan tidak bertindakbalas kepada insulin dengan berkesan dan badan tidak
dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengatasi kerintangan insulin 2. Jenis
diabetes ini lebih biasa dijumpai berbanding dengan diabetes jenis 1.Di seluruh dunia, 90% pesakit diabetes
menghidap diabetes jenis 2. 3. Faktor-faktor
risiko utama ialah berat badan berlebihan/ obes dan tidak membuat aktiviti
fisikal. 4. Pradiabetes
(paras gula darah yang lebih tinggi daripada julat biasa, tetapi tidak cukup
tinggi untuk diberi diagnosis diabetes) meningkatkan risiko mendapat
diabetes. Jika anda ada pradiabetes,
perubahan gaya hidup boleh membawa paras gula darah anda balik ke normal. 5. Akhirnya,
sesetengah orang mungkin memerlukan ubat walaupun mereka telah membuat
perubahan gaya hidup. |
Diabetes
Gestasi |
1. Paras
gula darah meningkat semasa kehamilan. 2. Biasanya
berlaku dalam trimester kedua (minggu 14 ke 26 kandungan). 3. Meningkatkan
risiko mendapat kerumitan semasa kehamilan dan bersalin, dan mendapat diabetes
jenis 2 pada masa depan. |
3 Comments
Best nya kan ade platform macam ni. Tak sabar nak ketahui tentang kesihatan diri.
ReplyDeleteHarapnya program nih dapat membantu ramai orang dekat luar sana untuk mengawal kencing manis. 👍👍👍
ReplyDeleteProgram menarik untuk disertai ni. Alang-alang duduk rumah. Nak juga tambah ilmu kan
ReplyDelete