Masak Kam Heong agak terkenal terutama kalau kita pergi makan di restoran Chinese Muslim. Rata-rata memang gemarkan rasa masakan Kam Heong yang terasa rempah dan sedikit pedas.
Ini petikan yang aku ambil dari Wikipedia tentang Kam Heong ;
Kam Heong (Cina : 金香) - harfiah "wangian emas" dalam bahasa Melayu, Kam Heong adalah kaedah memasak yang dibangunkan di Malaysia, dan adalah satu contoh yang baik bagi gaya masakan sebuah negara berbudaya majmuk. Keamatan aromatik dengan cili burung, daun kari, udang kering hancur, serbuk kari, sos tiram dan pelbagai perisa lain menghasilkan sos tumis serbaguna yang sesuai dengan ayam, kerang, ketam, udang dan sotong.
Kesimpulannya Kam Heong ni adalah masakan Cina Malaysia yang berasal dari tradisi pendatang Cina Malaysia dan keturunan mereka, yang disesuaikan atau diubah suai tradisi masakan mereka di bawah pengaruh budaya Malaysia serta corak penghijrahan China ke Malaysia.
Disebabkan sebahagian besar rakyat Cina Malaysia adalah keturunan pendatang dari selatan China, masakan Cina Malaysia kebanyakannya berdasarkan himpunan kepelbagaian hidangan dengan akar umbi dari masakan Kantonis, masakan Hakka, masakan Fujian dan masakan Teochew.
Kerana pendatang awal menetap di kawasan-kawasan yang
berbeza di seluruh British Malaya dan Borneo ketika itu, mereka membawa bersama
mereka tradisi makanan dan resipi asal-usul mereka di China, yang secara
beransur-ansur diselitkan dengan ciri-ciri tempatan rumah baru mereka di
Malaysia walaupun mempunyai ciri Cina tersendiri. Sebagai contoh, nasi ayam
Hainan biasanya berperisa dengan daun pandan tropika dan dihidangkan dengan sos
cili untuk mencelup, dan rasa berbeza dengan hidangan ayam yang biasa dijumpai
di Pulau Hainan sendiri. Sebahagian daripada makanan dan resipi terus dikaitkan
dengan bandar, kampung atau pekan tertentu, akhirnya membangunkan status ikonik
dan memuncak dalam percambahan populariti di seluruh negara pada hari ini.
Makanan Cina amat menonjol di kawasan yang mempunyai ramai
masyarakat Cina, di gerai-gerai tepian jalan, pusat penjaja dan kopitiam, serta
kafe pintar dan restoran mewah di seluruh negara. Banyak hidangan Cina
mempunyai daging babi sebagai bahan komponen, tetapi ayam boleh didapati
sebagai gantian untuk pengguna Islam daripada komuniti yang lebih luas, dan
beberapa restoran Cina juga disahkan halal.
2 Comments
Saya tak pernah masak kam heong macam ni. Boleh cuba nanti. Mekasih, share resepi. :)
ReplyDeleteSama-sama. Moga bermanfaat ye 🥰
Delete