Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, perkataan percutian seakan-akan hampir terpadam dalam kamus kehidupan. Jika dulu boleh dikatakan saban bulan aku meneroka hotel-hotel yang terdapat dalam negara dan sekali sekala dapat peluang untuk bercuti ke luar negara. Namun sejak Covid melanda, usahkan ke luar negara..di dalam negara pun pernahlah sekali ke Melaka atas tuntutan kerja.
Bukan hati tidak teringin untuk kembali aktif meneroka tempat-tempat baru tetapi keadaan tidak mengizinkan. Selepas setahun berlalu, mungkin kini tiba masanya untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan penuh berjaga-jaga.
Terfikir juga untuk ber staycation walaupun hanya seketika. Cukup sekadar untuk menghilangkan lelah bekerja dan menenangkan fikiran seketika. Jika tidak lagi boleh ke luar negara seperti dulu, bercuti dalam negara pun sudah memadai.
13 Comments
Malaysia ini sendiri dah mmg unik, cuma kita yg jarang teroka sbb selalu excited tgk negara org :)
ReplyDeleteSelamat bercuti tanpa rentas negeri
ReplyDeletePernah ternampak signboard Banguris ni. Siap ada sumpit dan gasing tu. Memang rare sungguh aktivitinya. Ayat bawah tu sis sangat setuju. "Kita akan lebih mengenali keindahan yang terdapat dalam negara kita"
ReplyDeleteBetul Kak Min. Masa begini la kita nak mengenali dan mencintai keindahan yang ada dalam negara yang selama ini kita tak berapa nak nampak kan. NIe Rawlins dan rerakan dan start rancang percutian dalam negara dah hehe
ReplyDeleteFor the time being, can't go anywhere far, cuti-cuti tempat sendiri dahululah...
ReplyDeletealahai rindunya nak stay dekat banghuris. teringat masa pergi media fam trip dulu. boleh jalan-jalan and tahu macam-macam produk! kaalu ada rezeki nak pgi lagi lah
ReplyDeleteKita pernah pi beriadah kat Taman Negara haritu dan try aktiviti sumpit. Walopun daun tu jauh sis sumpit kena ya! Sis sorang je bjaya. Nasib baik depa tak tahan sis tk bg balik. Ahah. Genting lama dah tak pi. Tnggu jmpa suami la baru pi. Hehe.
ReplyDeleteSejak pkp diumumkan tahun lepas, sempat la jugak staycation di beberapa tempat. Cuma sekarang ni susah sikit la sebab tak boleh rentas negeri.
ReplyDeleteJom bercuti dalam negara. Banyak yang boleh kita explore dalam negara. Marina pon tak abis explore lagi
ReplyDeleteBestnya homestay ni.. Next time boleh try la book and stay over the weekend.. Enjoy the activities there
ReplyDeleteBetul cik min banyak kat dalam negara yg boleh kita lawati. Dan semua tempatnya menarik
ReplyDeleteSetuju sangat. Memang dalam negara banyak sangat tempat menarik yang belum pegi lagi. Hehee.. Hikmah PKP besar. Nanti nak bawak family ke sini jugak
ReplyDeleteRindunya nak travel.. bilalah kobit ni nak mampos ek huhuhu..
ReplyDeleteTapi bagus juga, time gini kita research dulu semua tempat kann.. nnti dah boleh cuti, terus terjah..