Dengan kehadiran bulan Ramadan yang bakal tiba dalam beberapa hari ni, pasti ramai dikalangan kita mula mencari tempat berbuka puasa enak pada harga berpatutan. Jika anda tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau yang berhampiran, aku mencadangkan agar anda membuat tempahan di Sudirman Cafe, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur.
Hidangan Buffet Bawah RM100 di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur
Pada tahun ini, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur telah menawarkan harga buffet ramadan hanya RM55 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak. Satu harga buffet ramadan yang sangat berpatutan.
Namun tidak seperti kebanyakan hotel, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur hanya membuka tawaran buffet ramadan ini kepada kumpulan minima 25 orang dan maksima 150 sahaja. Bermaksud tiada tempahan untuk 1-2 orang, juga tiada 'walk-in' untuk buffet ramadan kali ini.
Buffet ramadan hanya akan dibuka jika anda membuat tempahan sekurang-kurangnya untuk minima 25 orang dan maksima 150 dan harganya hanya RM55 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.
Bertemakan Sinar Ramadhan, buffet akan berlangsung di Sudirman Cafe sepanjang ramadan ini. Dengan pelbagai menu hidangan berbuka puasa, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur adalah pilihan yang sangat sesuai untuk berbuka puasa.
Antara hidangan yang disediakan ialah ;
- Nasi putih
- Nasi Tomato
- Koh Po Sotong
- Daging Salai Masak Lemak Cili Api
- Siput Sedut Masak Lemak
- Kari Kepala Ikan
- Asam Pedas Tetel
- Burung Puyuh Percik
- Ayam Masak Merah
- Pucuk Mani Masak Lemak
- Pelbagai jenis kerabu
- Pelbagai jenis manisan
Kenapa Perlu Memilih Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ?
LOKASI Terletak secara strategik di tengah-tengah bandar dan berhampiran tempat pertemuan & konvensyen utama Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ;
• Dalam jarak berjalan kaki ke kawasan membeli-belah & hiburan di bandar.
• Akses mudah ke daerah Perniagaan dan Komersial Kuala Lumpur.
• Dalam jarak berjalan kaki ke Light Rail Transit (LRT) & Monorel.
• Hanya 10 minit perjalanan ke Kuala Lumpur Sentral dan 45 minit perjalanan (63km) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Bagi yang berminat untuk mencuba hidangan buffet ramadan di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur boleh dapatkan maklumat lanjut di :
Website : https://www.edckl.com.my/
Alamat : Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur
1 Comments
Nampak berbaloi harganya
ReplyDelete