Tony Roma's bukan jenama baru di Malaysia. Diperkenalkan sejak tahun 2006, Tony Roma's antara restoran jenama eksklusif yang menjadi pilihan aku dan suami. Sejak dulu lagi kami gemar menikmati menu tulang rusuk mahupun steak di sini.
Tony Roma's Perkenal Menu Baru Sempena Musim Perayaan
Kini, sempena musim perayaan dimulakan dengan Ramadan yang kemudiannya kehadiran Syawal, Tony Roma's memperkenalkan menu Festive Flavours yang disediakan dengan saiz hidangan jauh lebih besar supaya lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan dapat meluangkan masa bersama dan menikmati hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan.
Mendengar berita tentang menu Festive Flavours yang dikeluarkan Tony Roma's, aku tak tunggu lama..terus ke Tony Roma's untuk mencuba sendiri menu-menu ini. Dan untuk Festive Flavours kali ini, Tony Roma's memperkenalkan ;
- Festive Beef Ribs Platter
- Festive Lamb Slabs Platter
- T-Bone Steak
Festive Beef Ribs Platter
- Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap
- Sriracha bagi mereka yang gemarkan pedas
- Black pepper bagi mereka yang sukakan rasa hangat dari lada hitam
- Original BBQ
- Spicy untuk rasa yang lebih hangat
Festive Lamb Slabs Platter
T-Bone Steak
Mengenai Tony Roma’s
“Menyediakan Pengalaman
Yang Hebat untuk Kakitangan Dan Pelanggan Kami” adalah misi Tony Roma’s, salah
satu jenama yang paling dikenali dalam industri ini. Restoran keluarga servis
penuh kasual ini menawarkan hidangan istimewa tulang rusuk dan stik BBQ premium
di lebih 150 lokasi restoran di enam benua.
Sejak cawangan
pertamanya dibuka di Florida pada 1972, Tony Roma’s telah memberi tumpuan
kepada hidangan tulang rusuk lembu dan biri-biri BBQ yang tersendiri, Onion
Loaf yang terkenal di seluruh dunia dan Kickin’ Shrimp, makanan
laut, stik, pasta, ayam, sandwich dan burger. Syarikat ini telah memenangi
pelbagai anugerah di seluruh AS untuk “Hidangan Tulang Rusuk Terbaik” dan telah
menerima pengiktirafan di peringkat industri sebagai “Hidangan Tulang Rusuk
Terbaik di Amerika”. Pada 2017, Tony Roma’s telah dianugerahkan ‘Francaisi
Terbaik’ di Anugerah Francais Malaysia 2017, yang dipersembahkan oleh Persatuan
Francais Malaysia (MFA).
Cawangan pertama Tony
Roma’s di Malaysia telah dibuka di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 4 Oktober
2006. Setakat ini, Tony Roma’s mempunyai sembilan cawangan – enam di Lembah
Klang, dua di Johor dan satu di Melaka.
Di Malaysia, Tony
Roma’s bukan hanya satu restoran untuk menikmati hidangan tulang rusuk. Menunya
telah diperluas untuk menawarkan kepelbagaian kepada semua pengunjung dan bukan
hanya penggemar tulang rusuk. Tony Roma’s juga menawarkan pilihan makanan laut,
stik, ayam, biri-biri, salad, sandwich dan burger, serta pelbagai hidangan
pembuka selera dan pencuci mulut bersaiz mini yang unik. Semua hidangan di sini
sesuai untuk pelanggan beragama Islam.
Malaysia telah
diumumkan sebagai Pusat Latihan Serantau (RTC) untuk Tony Roma’s Asia Pasifik pada
suku ketiga 2014. Dengan golongan profesional yang berkemahiran tinggi, akses
yang mudah dan kos yang efektif, Malaysia ternyata satu lokasi yang ideal untuk
RTC. Latihan komprehensif yang diberikan kepada kakitangan Tony Roma’s di
seluruh rantau ini termasuklah khidmat pelanggan, memasak, menyediakan makanan,
kebersihan makanan, rantaian bekalan dan pengurusan kos, menggunakan peralatan
dapur dan prosedur operasi yang terkini.
0 Comments