Nauzubillahiminzalik.. Itu je mampu yang aku ungkapkan. Mungkin tajuk artikel kali ini agak berat dengan menyentuh isu-isu sensitif namun apa yang aku ingin sampaikan ini adalah pandangan peribadi aku mengenai kaum yang dilaknat Allah ini di Malaysia.
Sebelum aku pergi lebih jauh, suka untuk aku bawakan kisah kaum Nabi Luth yang dilaknat Allah kerana perbuatan terkutuk ini.
Kisah Kaum Nabi Luth Yang Dilaknat Allah
Sebagaimana kita ketahui, kaum Nabi Luth ditimpa azab serta
penghinaan daripada Allah SWT akibat keingkaran serta sifat melampau mereka
mengamalkan hubungan homoseksual.
Dalam kisah Nabi Luth, selepas matahari terbit tibalah
seksaan Allah SWT dengan menurunkan hujan batu daripada tanah liat yang panas
serta gegaran yang kuat sehingga kota itu musnah terbalik.
Kisah itu perlu dijadikan iktibar bukan hanya buat golongan
homoseksual semata-mata, malah apa saja bentuk dorongan seksual songsang lain
termasuk pengamal gaya hidup lesbian, biseksual dan transgender perlu berasa
gerun dengan ancaman azab yang cukup dahsyat itu.
Berdasarkan perkembangan masyarakat hari ini, kita berasa
sangat bimbang kerana ada yang semakin berani mencabar untuk terus mengamalkan
budaya yang bertentangan dengan nilai moral sebagai manusia itu.
Kisah mengenai kemusnahan kaum Nabi Luth itu dinyatakan
dengan jelas dalam Surah al-Hijr.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggemparkan bumi ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu daripada tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Luth yang dibinasakan itu terletak di jalan yang tetap (dilalui orang). Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Hijr, ayat 73-77)
Bandar yang didiami kaum Nabi Luth digelar Sadom. Sehingga
ke hari ini, kesan bala itu masih dapat dilihat sekiranya berpeluang pergi ke
Jordan.
Seorang ahli arkeologi dari Jerman, Werner Keller yang
membuat kajian di Laut Mati menyatakan, kawasan itu bukan tasik biasa tetapi ia
terbentuk hasil malapetaka besar yang menimpa.
Di dalam al-Quran menyatakan, Allah SWT perintahkan Malaikat
Jibril ‘jerkah’ mereka pada waktu subuh. Jerkahan Jibril ketika itu menjadi
satu azab buat kaum Luth.
Tidak takutkah kita sekiranya bala seumpama itu atau lebih
dahsyat lagi menimpa seandainya perilaku jijik itu terus berlaku dalam
masyarakat kita?
Kita bimbang bala itu hadir tanpa sempat kita memohon
keampunan daripada Allah SWT. Golongan songsang itu sebenarnya semakin menjadi-jadi
kerana komuniti mereka semakin ramai, malah ada segelintir pihak
mempertahankannya.
Selain itu, slogan yang sering dilaungkan menyatakan kecenderungan mereka itu adalah hak asasi yang perlu dihormati dan diiktiraf. Begitulah keadaannya apabila nafsu sudah menguasai diri, hilanglah perasaan malu walaupun perbuatan yang dilakukan itu jijik dan terkutuk!
Semua itu adalah budaya kebebasan yang kini ada yang
diamalkan di negara Barat. Sebenarnya, tiada satu agama pun membenarkan
aktiviti atau hak untuk menikmati hubungan sejenis.
Seks sebenarnya adalah cabang kehidupan yang diiktiraf Islam
dan ia dikira ibadat bagi memenuhi tuntutan antara pasangan lelaki dan
perempuan yang sudah berkahwin.
Perkahwinan antara lelaki dan perempuan antara nikmat tertinggi
Allah kurniakan kepada hamba-Nya supaya mereka dapat mengecapi kebahagiaan
bersama pasangannya.
Selain azab menimpa kaum Nabi Luth, satu kejadian turut
menimpa sebuah kota purba terkemuka dalam Empayar Rom di Itali dikenali Kota
Pompeii.
Satu kejadian dahsyat melanda apabila keseluruhan bangunan
serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam abu gunung berapi.
Pada 1594, ketika kerja menggali di kaki gunung berapi
Vesuvius itu dijalankan, mereka menemui artifak serta puluhan tubuh manusia
yang keras menjadi batu.
Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi terjawab apabila
masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat pelacuran dan
aktiviti seks bebas.
Lebih mengejutkan, penemuan tubuh manusia yang menjadi batu
itu berada dalam posisi seperti sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat.
Tidakkah kita mengambil kisah-kisah di atas sebagai iktibar? Tidak takutkah kita pada azab Allah. Telah banyak iktbar yang Allah tunjukkan kepada kita umat akhir zaman namun nampaknya segala amaran Allah tidak diendahkan.
1 Comments
Sekarang pun ujian besar menimpa kita, senjata Allah benda kecik je, virus, tapi kita tak juga sedar diri. Takut nanti benda lagi besar kena kat kita, kan, Cik Min.
ReplyDelete