Menutup aurat hukumnya adalah wajib bagi setiap muslim tak kira lelaki atau wanita. Berbeza dengan lelaki, aurat perempuan lebih menyeluruh malah walau sehelai rambut tidak boleh dipamerkan.
Menurut dalil Al-Quran ;
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya ; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah : 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup') dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada :
- Suami mereka atau
- bapa mereka atau
- bapa mertua mereka atau
- anak-anak mereka atau
- anak-anak tiri mereka atau
- Saudara-saudara (kandung) mereka atau
- anak-anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
- anak-anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau
- perempuan-perempuan islam atau hamba-hamba mereka atau
- orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
- kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
Marhuna Perkenalkan Shawl Bentuk Pensil Pertama di Malaysia
Shawl yang aku maksudkan ialah hijab shawl yang diinspirasikan daripada bentuk sebatang pensel keluaran Marhuna. Bila sebut tentang shawl, sudah tentu kita terus terfikirkan bentuknya yang segiempat sama. Namun, kelainan yang ada pada Pencilbie Shawl mampu menyerlahkan keunikan kepada pemakainnya kerana bentuk tirusnya sengaja dicipta untuk membuatkan si pemakai nampak langsing dan tinggi. Ditambah lagi dengan penggunaan material yang berkualiti tinggi untuk memberi efek flowy dan premium ketika menggayakannya.
Agak unik sebenarnya kerana ini kali pertama aku melihat shawl yang berbentuk pensil. Namun yang menarik minat aku selain bentuknya yang unik serta bidang yang labuh, material kainnya juga adalah dari jenis premium yang mudah dibentuk dan digayakan malah senang digosok.
Bertepatan dengan tagline Marhuna, "The Hijab Match-Maker". Marhuna mempunyai kepakaran membantu wanita dalam mencari padanan hijab yang terbaik dan berkualiti tinggi agar bersesuaian dengan personaliti serta penampilan diri mereka, sekaligus mampu menyerlahkan keunikan dan kecantikan semulajadi wanita.
- Peppermint
- Cobalt
- Olive
- Raw
- Beetroot
- Green Tea
- Mustard
- Choc Milk
- Bronze
Sedikit Mengenai Marhuna
MARHUNA berasal daripada nama seorang ibu, seorang ibu tunggal yang membesarkan pengasasnya, Pn. Nabiha Mohd Mashut dan adik beradiknya dengan hasil pendapatan menjadi tukang jahit di Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor.
Berbekal minat beliau dan niat meringankan beban ibunya, Pn.Marhuna Tauhib ketika belajar di universiti. Perniagaan MARHUNA awalnya bermula dengan menolong ibu beliau menjual kain pasang di blog pada tahun 2010.
Pada 2021, MARHUNA telah dibangunkan semula dan diberi nafas baharu dengan misi membantu lebih ramai lagi wanita diluar sana untuk mendapatkan hijab yang berkualiti tinggi, disamping merealisasikan cita-cita ibu untuk mengubah nasib keluarga MARHUNA agar tidak terkubur begitu sahaja. Sekaligus, membantu masyarakat agar dapat sama-sama menjana pendapatan bersama MARHUNA melalui Program Dropship "Marhuna Squad Academy".
Bertepatan dengan tagline Marhuna, "The Hijab Match-Maker". Marhuna mempunyai kepakaran membantu wanita dalam mencari padanan hijab yang terbaik dan berkualiti tinggi agar bersesuaian dengan personaliti serta penampilan diri mereka, sekaligus mampu menyerlahkan keunikan dan kecantikan semulajadi wanita.
Jika anda berminat untuk mendapatkan shawl yang unik ini, anda boleh layari ;
Website : Marhuna
Instagram : Marhuna Official
Facebooke : Marhuna Official
0 Comments