Dah masuk 2 tahun kita hidup dalam keadaan norma baru. Jika dulu tak pernah pun pakai mask untuk kemana-mana, kini tanpa mask kita sendiri tak boleh nak keluar. Mula-mula memang la kekok untuk menjalani kehidupan norma baru tapi lama-lama dah jadi kebiasaan pula.
Bagi wanita yang berhijab, agak sukar juga nak mengenakan mask. Bagi mereka yang tidak berhijab pula pemakaian mask yang terlalu lama menyakitkan bahagian belakang telinga. Jadi, pemakaian mask extender sangatlah membantu untuk menyelesaikan masalah bagi wanita yang berhijab dan juga buat mereka yang sakit bahagian belakang telinga akibat memakai mask terlalu lama.
Nazrai Face Mask Extender Cantik Macam Barang Kemas
Jika sebelum ini aku hanya menggunakan mask extender silikon yang biasa, namun kini sempena bulan Syawal memang teringin nak pakai hiasan yang cantik-cantik. Apatah lagi di pagi Syawal memang sunat untuk kita berhias.
Mujur diperkenalkan dengan Nazrai Face Mask Extender oleh seorang rakan. Pada mulanya aku tidaklah terlalu berminat namun bila dikhabarkan yang Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mempergayakan Nazrai Face Mask Extender ni terus aku search di Instagram. Memang cantik rupanya Nazrai Face Mask Extender ni..cantik macam barang kemas.
Ketika kali pertama melihat, memang saling tak tumpah macam barang kemas. Suami sendiri ingatkan aku beli set gelang untuk berhari raya. Terkejut dia bila aku terangkan yang set disangka gelang tersebut sebenarnya mask extender.
Buat pengetahuan, Nazrai bukanlah jenama baru di pasaran. Nazrai mula berada di pasaran pada tahun 2013 lagi namun terkenal dengan koleksi eksklusif tudung shifon dan hijab pin. Diasaskan oleh Ahmad Nazli Zulkifli, jenama Nazrai diperkenalkan hasil gabungan nama Nazli dan isteri, Zuraidah.
Nazrai sebelum ini terkenal dengan hijab pin yang premium dengan kualiti jarumnya yang tajam dan tidak merosakkan kualiti tudung khususnya yang dibuat dari kain sutera. Sebab itu tidak hairanlah apabila jenama Nazrai menjadi pilihan penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Pada tahun 2020, Nazrai memperkenalkan pula Nazrai Face Mask Extender berikutan dari wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Ilham itu datang bagi membolehkan golongan wanita turut boleh bergaya walaupun ketika memakai mask.
Nazrai Face Mask Extender menggunakan bahan berkualiti iaitu tembaga bersalut perak dan batu cubic zirconia jenis AAA yang berkilau dan bersinar. Pilihan klip atau cangkuk face mask extender dibuat dari tembaga aloi yang tahan karat. Menariknya lagi ialah panjang setiap face mask extender adalah antara 17 sehingga 18.5cm dan boleh dipanjangkan lagi sehingga 23cm mengikut kesesuaian pemakai tanpa tambahan kos. Pendek kata mask extender ini sangat praktikal kerana ianya boleh dipanjangkan dan dipendekkan mengikut kesesuaian si pemakai.
Terdapat banyak pilihan rekaan menarik untuk memenuhi citarasa pemakai dengan tema ;
- NAZRAI
- Be Bold
- Be Beautiful
- Be in Love
Harga bermula dari RM96 sehingga RM200. Setiap pembelian akan mendapat hadiah percuma dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.
Pendapat Aku Mengenai Nazrai Face Mask Extender
Pertama kali ketika produk sampai ke tangan aku, memang aku agak terpegun juga dengan rekaanya yang eksklusif. Tak hairanlah bila suami sendiri ingatkan yang sampai tu ialah barang kemas sebab aku sendiri pada mulanya nampak seperti gelang tangan.
Dengan rekaan yang menarik dan didatangkan dalam kotak yang sangat cantik, sekali pandang Nazrai Face Mask Extender ni saling tak tumpah seperti barang kemas. Apatah lagi dengan kilauan batu cubic zirconia jenis AAA memang akan menaikkan seri bagi si pemakai.
Cangkuknya yang kemas dan tidak mudah tertanggal menyebabkan aku sangat tertarik dengan Nazrai Face Mask Extender ni. Jadi anda tak perlu bimbang mask akan terlucut dan sebagainya. Klip atau cangkuknya juga seakan rekaan cangkuk barangan kemas, memang kemas dan memang utuh. Mudah dipasang dan dibuka.
Jika anda berminat untuk memiliki Nazrai Face Mask Extender bolehlah layari Instagram mereka iaitau ;
atau boleh menghubungi mereka melaui WHATSAPP wasap.my/60122325816 untuk dapatkan katalog semua koleksi
3 Comments
cantik betul mask extender ni, kak..harga boleh tahan, tapi sesuailah dengan rekaan yang ekslusif tu
ReplyDeletecantiknya wakkkk, suka betul design dia tapi lama dah tak pakai extender sbb asyik beli hijab mask tuu yg ada tali...mgkn boleh berpaling tadah kembali ke mask extender..LOL
ReplyDeletecantik la...not bad harga
ReplyDelete