Amarjeet Sada Pembunuh Bersiri Termuda di Dunia

Tidak terjangkau dek akal apabila seorang kanak-kanak berusia 8 tahun telah ditangkap atas kes pembunuhan bersiri. Kejadian ini benar-benar terjadi dan berlaku di India apabila seorang kanak-kanak berusia 8 tahun telah ditangkap dan mengaku telah melakukan pembunuhan sejak berusia 7 tahun.


Amajeet Sada telah melakukan pembunuhan pertama terhadap sepupunya yang berusia 6 tahun ketika itu. Manakala pembunuhan kedua pula adalah terhadap adik kandungnya sendiri yang berusia 8 bulan. Melalui pengakuan Amarjeet, dia telah membunuh adiknya dengan menggunakan batu dan mencekiknya sehingga mati.




Perbuatan Amarjeet Sada mula terbongkar pada tahun 2007 apabila jirannya melaporkan anaknya yang berusia 6 bulan telah hilang. Setelah disiasat, bayi malang tersebut turut menjadi korban Amarjeet Sada.



Siapakah Amarjeet Sada?


Amarjeet Sada telah dilahirkan pada tahun 1998 dalam sebuah keluarga yang miskin. Mempunyai adik beradik yang ramai, ibu Amarjeet dikatakan tidak mempunyai masa untuk memantau anak-anaknya. Bapanya pula adalah seorang buruh.




Adakah perbuatan Amarjeet tidak diketahui oleh ibu bapanya? Jawapannya TIDAK! Perbuatan Amarjeet Sada diketahui bukan sahaja oleh keluarganya malah seluruh kampung dikatakan tahu tentang perbuatan Amarjeet namun mereka menutup mata dengan alasan masalah Amarjeet Sada adalah 'masalah keluarga'


Sebenarnya setiap kali Amarjeet melakukan pembunuhan, dia akan memberitahu perbuatannya kepada bapanya. Namun bapanya hanya sekadar menghukumnya dan perbuatan itu seakan dimaafkan dan dilupakan dengan alasan dia masih kecil. 


Namun bagi Amarjeet sendiri, setiap kali dihukum dia akan persoalkan kenapa dia dihukum dan apa salahnya? Setelah dirujuk kepada pakar psikatrik ternyata Amarjeet mempunyai masalah 'conduct disorder' atau kelainan tingkah dimana dia tidak dapat membezakan apa yang salah dan apa yang betul atau dalam bahasa lainnya Amarjeet Sada terlahir sebagai psikopat.


Apa yang berlaku kepada Amarjeet Sada ketika ini tidak diketahui. Kerana ketika dia ditangkap pada usia 8 tahun, Amarjeet Sada yang membuat pengakuan kepada pihak polis sambil tersenyum dan sempat meminta biskut itu tidak boleh dijatuhkan hukuman. Dia hanya boleh dibicarakan apabila berusia 18 tahun. Tahun ini, Amarjeet Sada sudah pun berusia 23 tahun namun dunia tidak mengethui apa yang terjadi kepadanya.


Post a Comment

1 Comments