Khas buat mereka yang menjual ubat-uabatan, elakkan mengiklankan iklan ubat yang melibatkan pencegahan, rawatan dan diagnosis terhadap 20 jenis penyakit ini ;
1. Penyakit / Kerosakan Buah Pinggang
2. Penyakit / Kerosakan Jantung
3. Kencing Manis / Diabetes
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Kusta
8. Kanser
9. Darah Tinggi
10. Kelemahan Urat Saraf Berkaitan Perhubungan Seks
11. Penyakit Venerus
12. Lemah Fungsi Seks / Impotent
13. Frigiditi
14. Kemandulan
15. Hernia
16. Sakit Mental
17. Ketagihan Dadah
18. Pekak
19. Asma
20. Penyakit Mata
Dapatkan kelulusan iklan ubat daripada Lembaga Iklan Ubat. Ingatlah! Iklan tanpa kelulusan adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalahan anda boleh dikenakan denda ATAU Penjara ATAU kedua-dunya sekali. Iklan ubat untuk pencegahan, rawatan dan diagnosos 20 penyakit di atas adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jadilah penjual yang bertanggungjawab.
Dalam hal ini, KKM mengawal pengiklanan produk dan perkhidmatan
kesihatan melalui Lembaga Iklan Ubat (LIU) yang ditubuhkan di bawah Akta Ubat
(Iklan & Penjualan)1956. Bagi ubatan, hanya produk berdaftar (mempunyai
nombor MAL), yang telah dinilai selamat untuk dimakan atau digunakan sahaja
dibenarkan untuk diiklan.
Setiap iklan yang diluluskan oleh LIU akan diberi nombor siri yang
perlu dipaparkan pada iklan tersebut contohnya KKLIU/1234/ABCDE. Iklan-iklan
yang diberikan kelulusan adalah seperti ubat-ubatan tanpa preskripsi, supplemen
dan ubat tradisional yang berdaftar dengan KKM. Iklan-iklan produk tersebut
telah melalui proses penapisan, penilaian dan semakan oleh LIU sebelum
diluluskan supaya maklumat yang sampai kepada pengguna adalah tidak
mengelirukan, betul dan disokong dengan bukti yang sahih. Tuntutan perubatan
yang dibenarkan adalah berdasarkan indikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah (PBKD) dan paparannya mematuhi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan)
1956 serta Garis Panduan dan dan Polisi LIU.
Secara umumnya kawalan oleh LIU adalah seperti asas yang berikut:
1. Semua iklan produk kesihatan perlu mendapatkan kelulusan dari LIU
terlebih dahulu sebelum ia disiarkan dalam mana-mana bentuk media. Nombor
kelulusan tersebut mesti dipaparkan di dalam iklan.
2. Iklan produk kesihatan dan kecantikan dilarang sama sekali membuat
tuntutan perubatan untuk tujuan pencegahan, rawatan atau diagnosis bagi 20
jenis penyakit yang telah disenaraikan di dalam Akta Ubat (Iklan dan Penjualan)
1956, iaitu penyakit atau kecacatan buah pinggang/ginjal, penyakit atau
kecacatan jantung, diabetes (kencing manis), epilepsi atau sawan, lumpuh,
tuberkulosis, astma, kusta, kanser/barah, pekak, penagihan dadah, hernia,
penyakit mata, hipertensi (darah tinggi), kecacatan otak , kemandulan, kaku
(Frigidity), lemah fungsi seks/impoten, penyakit venerus (cth AIDS, Hepatitis)
dan kelemahan urat saraf, atau aduan atau kelemahan lain timbul daripada atau
berhubung dengan perhubungan seks
3. Selain itu iklan tidak dibenarkan membuat tuntutan superlative
seperti, “Paling Hebat“, “Terbaik”, “Nombor 1“ dan lain-lain tuntutan yang
memperbesar.
4. Iklan produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan melampaui skop
takrifan kosmetik di mana fungsi kosmetik adalah untuk membersih, menyegar dan
mewangi dan mestilah tertakhluk kepada ‘Cosmetic Advertising Code’.
5. Manakala iklan makanan/minuman kesihatan walaupun tidak di tapis
oleh LIU tetapi perlulah mematuhi Akta Makanan 1983 dan iklan alat perubatan
harus mematuhi Akta Peranti Perubatan 2012.
Iklan-iklan ini perlu dikawal untuk memastikan bahawa maklumat
yang sampai kepada pengguna tidak mengelirukan, betul dan disokong dengan
bukti-bukti yang sahih.
10 Comments
nice sharing...yup 20 jenis pnykit ni memang xboleh dikaitkan dlm iklan
ReplyDeleteNie terus share dengan adik. Sakit hati kita bila dia memandai percaya cakap orang pasal ubat sakit2 nie. Kan dah kena sekolah - padahal dia belajar tinggi tapi boleh caya cakap orang. TQ Kak Min.
ReplyDeleteThis is a good information sharing. That's why it is important to look after our health well. Thank you for sharing this information with me.
ReplyDeletethis is a very good sharing and yes many ppl still got cheated and don't aware about the approval and registration code. thank you for sharing such informative one
ReplyDeleteGood sharing. Byk juga terlepas pandang pasal isu ni. Cuma kalau untuk review camne ekk. Contoh mcm produk yg katanya bagus utk diabetes. Boleh mention ke ekk?
ReplyDeleteNice info. saya baru tahu pasal perkara ni, and thank you so much! Selama ni sangka takde apa2 halangan untuk beriklan ttg ubatan ni...
ReplyDeleteMemang tau ni, tapi bagi mereka yang banyak membaca, yang tak membaca, akan kata, apa jee ubat orang jual semua dibelinya dan cuba, akhirnya buah pinggang yang rosak, ermmmmmm
ReplyDeleteThanks for sharing I didnt know until I read your blog for it.
ReplyDeleteBagus ni.. info yg kena amik tahu terutama mereka yg mengambil insurans.. penyakit apa yg boleh kita claim spt termaktub dlm polisi
ReplyDeleteartikel yang bermanfaat. bagus ada awareness macam ni sebab ramai founder sekarang suka over claim kan, thanks sharing
ReplyDelete