Masalah pigmentasi pada kulit adalah perkara biasa dalam
kalangan kita, namun kehadirannya kerap tidak menyenangkan kerana bagi yang
menghidapinya ia menjejaskan penampilan dan keyakinan diri kerana menyebabkan
kulit kelihatan tidak sihat.
Gangguan pigmentasi berkait rapat dengan bilangan pigmen pada
kulit iaitu melanin yang dibentuk oleh sel dinamakan melanocytes (melanosit).
Melanin juga sumber yang memberi seseorang itu kulit warna semula jadi.
Peningkatan bilangan melanin menyebabkan kulit bertambah gelap dan keadaan ini dinamakan hipermelanosis atau hiperpigmentasi, manakala kekurangan atau kehilangan melanin menyebabkan kulit lebih cerah dinamakan hipomelanosis atau hipopigmentasi.
Punca gangguan pigmentasi disebabkan pelbagai faktor seperti
masalah autoimun, tindak balas kepada ubat, jangkitan kulat, genetik,
ketidakstabilan tahap hormon dan pendedahan kepada cahaya matahari.
Masalah pigmentasi yang kerap berlaku adalah melasma yang
menyebabkan warna kulit lebih gelap, bertompok keperangan atau tidak sekata.
Masalah ini juga lebih kerap dialami wanita dan hanya 10 peratus kes
membabitkan lelaki disebabkan melasma biasanya berkaitan perubahan tahap hormon
ketika kehamilan, pengambilan pil kontraseptif oral untuk mencegah kehamilan,
terapi penggantian hormon dan gangguan endokrin.
Melasma mudah dikenal pasti melalui ciri tompokan perang muda
atau perang kelabu pada bahagian kulit dahi, pipi, bibir atas, hidung dan dagu,
manakala ujian biopsi menunjukkan peningkatan pigmen pada epidermis dan dermis
dijalankan bagi mencari punca lain gangguan pigmentasi.
Pakar kulit percaya, punca utama permulaan dan penularan melasma
ialah pendedahan kepada cahaya ultra ungu (UV) matahari. Namun, melasma yang
berlaku ketika usia remaja disebabkan faktor genetik dan menjadi lebih buruk
akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
Malangnya, melasma tidak boleh disembuhkan, sebaliknya ia hanya
boleh dirawat atau dikurangkan menerusi kaedah paling asas iaitu perlindungan
daripada cahaya UV. Melindungi kulit dengan cara ini mampu mencegah melasma
sedia ada menjadi semakin buruk, di samping mencegah melasma baru daripada
terbentuk.
Walaupun melasma berjaya dirawat, pendedahan kepada cahaya UV
tanpa perlindungan boleh menyebabkan gangguan pigmentasi ini menyerang semula.
Bagi melindungi kulit daripada cahaya UV, kita mungkin boleh menyapu krim
pelindung, memakai payung atau topi ketika di luar rumah dan rawatan kosmetik
lain termasuk pengambilan suplemen.
Seiring dengan perkembangan teknologi, rawatan untuk melasma
kini lebih selamat dan berkesan, contohnya penggunaan karotenoid tidak berwarna
yang diekstrak daripada tomato putih yang diubah suai bukan secara genetik.
Karotenoid adalah pigmen organik yang ditemui dalam kloroplas
dan kromoplas tumbuh-tumbuhan serta organisma fotosintetik termasuk bakteria
dan kulat. Karotenoid juga punca warna kuning, oren dan merah pada kebanyakan
sayuran dan buahan seperti lobak, tomato, labu dan jagung. Pigmen organik yang
biasa ditemui adalah beta karotina yang memberi warna oren pada lobak dan
lycopene yang memberi warna merah pada tomato biasa.
Tomato putih mengandungi kepekatan tinggi karotenoid tidak
berwarna iaitu phytoene dan phytofluene yang boleh memutihkan kulit, sebaliknya
karotenoid oren atau merah pada tomato biasa mampu mengubah warna kulit kepada
perang atau lebih gelap jika diambil dalam jumlah yang banyak.
Phytoene dan phytofluene adalah bahan pencerah semula jadi
paling cekap dan terbukti secara saintifik mendatangkan manfaat kepada kulit
dengan bertindak sebagai pelindung daripada kerosakan disebabkan cahaya UV dan
foto oksida.
Karotenoid ini juga menghalang sintesis melanin bagi mencegah
tompokan pigmentasi dan mengurangkan kehadiran melanin dalam sel termasuk parut
akne, jeragat, hitam bawah ketiak dan tanda penuaan. Kandungan antioksida dalam
pigmen ini juga mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan antiradang.
Crystal Skin Dari Tomato Kristal Mampu Membantu Hapuskan Pigmentasi
Menyedari hakikat betapa banyaknya khasiat yang terkandung dalam kristal tomato,
Pengasas Rish Beauty iaitu Encik Airiey Sayuti telah mengeluarkan produk Crystal Skin
yang mengandungi tomato kristal, Vitamin C, jus blackcurrant, ekstrak biji anggur, kolagen
dan habbatus sauda.
Crystal Skin terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit anda dari luar dan dalam agar
anda lebih sihat, menawan dan berkeyakinan. Ia merupakan produk tempatan bumiputra
Muslim. Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA, kilang berstatus Halal dan juga
mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP
(Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.
Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan
semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Bahan-bahan ini juga terkenal untuk khasiatnya
dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan
di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Seperti yang telah dinyatakan di atas, bahan-bahan yang terkandung di dalam Crystal Skin
ini adalah ;
- Tomato Kristal
- Vitamin C
- Jus Blackcurrant
- Ekstrak Biji Anggur
- Kolagen
- Habbatus Sauda
Kebaikan CRYSTAL SKIN
Merawat masalah kulit
Mengurangkan jerawat
Mengurangkan parut
Mengecilkan pori
Memutihkan kulit
Mengurangkan muka berminyak
Kulit kurang kusam dan glowing
Menambah kelembapan kulit
Cara Mengambil Crystal Skin
Minum 1 sachet Crystal Skin yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan. Crystal Skin datang dalam bentuk serbuk halus yang senang larut dalam air. Jadi, hanya tuangkan 1 sachet ke dalam segelas air (150ml) dan kacau sudah memadai tanpa perlu menggunakan shaker.
Harga Crystal Skin
1 Kotak Harga Tawaran RM69 Harga Biasa RM89 (DISKAUN 23%)
2 Kotak Harga Tawaran RM132 Harga Biasa RM178 (DISKAUN 26%)
3 Kotak Harga Tawaran RM187 Harga Biasa RM267 (DISKAUN 30%)
4 Kotak Harga Tawaran RM230 Harga Biasa RM356 (DISKAUN 35%)
Crystal Skin boleh dibeli dari:
Lazada : https://s.lazada.com.my/s.dKesX
Untuk maklumat lanjutan, anda boleh layani laman Crystal Skin di https://www.rishbeauty.com
Maklumat Hubungan Lebih Lanjut
Tel : +60-11-62000032
IG : www.instagram.com/rishbeautyhq
TikTok : www.tiktok.com/@rishbeautyhq
YouTube : https://youtube.com/channel/UC2sO6hQMyq8nWB73z4B-xnQ
1 Comments
Kak Sue pun tengah guna Crystal Skin.. rasa dia pun sedap kan Min..
ReplyDelete