Kuih Cara Berlauk adalah antara kuih tradisi yang menjadi kegemaran sejak kecil lagi. Berbanding kuih Cara Manis, aku lebih gemarkan kuih Cara Berlauk yang intinya sedikit pedas.
Cara penyediaan kuih Cara Berlauk ni juga sebenarnya sangat mudah, malah adunan yang sama juga untuk membuat Roti Jala. Untuk artikel kali ini jom aku kongsikan resipi kuih Cara Berlauk dan bagaimana cara penyediaannya ;
Resipi Kuih Cara Berlauk Pasti Sedap
Bahan-bahan untuk inti daging ;
1. Bawang besar dipotong dadu
2. Daging kisar
3. Rempah kari (ditambah air & dijadikan pes)
4. Garam dan perisa secukup rasa
5. Air untuk lembutkan daging
6. Minyak untuk menumis
Cara-caranya ;
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang hingga layu
3. Tumis rempah kari hingga pecah minyak
4. Masukkan daging
5. Masukkan air
6. Masukkan garam dan perisa
7. Masak sehingga kering.
Bahan-bahan untuk kuih ;
1. 2 cawan tepung gandum
2. 2 cawan air
3. 1 biji telur
4. 2 sudu besar butter/minyak (optional)
5. Sedikit garam
6. Sedikit pewarna kuning
Cara-caranya ;
- Blend semua bahan hingga sebati
Bahan-bahan untuk hiasan ;
1. Daun sup dihiris
2. Cili besar merah dihiris halus
Cara-cara untuk membuat kuih Cara Berlauk ;
1. Panaskan acuan
2. Sapukan sedikit minyak pada acuan supaya kuih tidak melekat
3. Tuangkan adunan kuih ke dalam acuan
4. Masukkan inti daging
5. Taburkan daun sup dan cili
6. Tutup dengan tudung periuk supaya kuih masak sekata (untuk pastikan kuih benar-benar masak sila cucuk dengan pencungkil gigi. Jika tiada tepung yang melekat itu bermakna kuih sudah masak)
7. Sedia dihidang
Untuk lihat cara penyediaan lebih jelas boleh rujuk di video yang aku sediakan ini ;
0 Comments