Bagi sesiapa yang follow blog aku pasti familiar dengan Himaya kerana sebelum ini aku pernah menulis artikel tentang Himaya iaitu jenama pelitup muka yang berkualiti tinggi.
Menggunakan tagline "Berani Itu Jelita", kini Himaya telah melantik duta baru iaitu Rozita Che Wan yang lebih mesra di panggil Che Ta. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn.Bhd, Datuk KK Chua ketika sesi Pelancaran Warna Baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask Bersama Duta, Rozita Che Wan & Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 8 September lepas, perlantikan Che Ta sebagai duta bersesuaian dengan sifatnya yang berani dan semestinya jelita.
Rozita Che Wan Kini Duta Terbaru Himaya
Umum mengetahui bahawa Himaya menyasarkan wanita berhijab. Pelitup muka keluaran Himaya dilengkapi head-loop yang memudahkan wanita berhijab untuk memakai pelitup muka dengan selesa. Selain mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan Medical Device Authority (MDA), pelitup muka Himaya turut mendapat pengiktirafan dari Asia Halal Brand Awards (AHBA).
Memandangkan Che Ta juga seorang yang berhijab, beliau sangat selesa menggunakan pelitup muka Himaya . Menurut Che Ta ;
"Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menepati kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka.
Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain."
Setiap RM2 Akan Disumbangkan kepada MAKNA #pinkbermakna
Bersesuaian dengan warna terbaru yang dikeluarkan Himaya iaitu 'Blush Rose', untuk kali ini Himaya sekali lagi melakukan kerja amal di mana dengan setiap pembelian pelitup muka Himaya Blush Rose dan Apricot Dream, RM2 akan didermakan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) ini akan berakhir pada 31 Oktober 2021.
Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan kempen 'Pink Ribbon'. Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal.
Apakah Maksud Pinktober?
Pinktober adalah singkatan kepada Pink Oktober. Ia merupakan salah
satu kempen kesedaran mengenai kanser payudara (breast cancer) sempena bulan
Oktober. Atau lebih sinonim dengan bulan Reben. Reben merah jambu atau pink
telah dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara.
Justeru, bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021.
Ketika ditanya kepada Datuk KK Chan kenapa memilih MAKNA, jawapan Datuk KK Chan adalah kerana kanser sangat dekat dengan diri beliau setelah beliau kehilangan bapa mertua dan ibu saudara akibat kanser.
Buat pengetahuan, kanser adalah antara penyakit tertinggi di dunia manakala kanser payudara adalah yang paling tinggi menyerang penduduk dunia.
Menurut Pengurus Besar MAKNA Puan Farahida Mohd Farid, Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) ini sangat bermakna memandangkan sejak COVID-19 menyerang, terdapat penyusutan dari segi sumbangan sebanyak 6%.
Dengan kempen kutipan dana yang dianjurkan oleh Himaya ini diharapkan dapat membantu lebih ramai pesakit kanser yang memerlukan. Sehingga kini MAKNA membantu 10,000 pesakit kanser B40 setiap tahun yang memerlukan dan bantuan yang disalurkan juga adalah berterusan (bukan bantuan hanya sekali).
Bertepatan dengan maksud Himaya iaitu pelindung di dalam bahasa Arab, diharapkan agar usaha murni menganjurkan kempen kutipan dana buat MAKNA akan berterusan untuk tahun-tahun seterusnya.
Memandangkan kini kita bakal menuju kepada fasa endemik COVID-19, pemakaian pelitup muka yang bergred tinggi adalah sangat diperlukan. Kita perlu terima hakikat untuk hidup bersama COVID-19. Oleh itu kita masih perlu patuh SOP dan lakukan kawalan kendiri.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan pelitup muka Himaya, anda boleh dapatkan di farmasi seluruh Malaysia pada harga RM34.90 sekotak (50 pcs). Selain Blush Rose, terdapat 7 lagi warna menarik iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon, Retro Slate, Aster Blue dan Philipsburg Blue.
Untuk setiap pembelian pelitup muka Himaya, RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA namun pembelian itu hanya sah dilakukan di ;-
Pembelian itu juga hanya untuk Himaya warna Blush Rose dan Apricot Dream kerana asas kedua-dua pelitup muka itu adalah warna merah samar bertepatan dengan kempen 'Pink Ribbon'
14 Comments
Memang best laa pakai pelitup muka Himaya ni, Sis baru je beli dan mencubanya.. selesa dan tidak lemas memakainya.. color pun cantikkk..
ReplyDeletetak pernah tengok lagi ni..macam cantik je warna die
ReplyDeleteSesuai duta yang Himaya tampilkan sebab sangat feminin. Hehe. Warna pelitup muka pun sesuai sangat kita yang perempuan ni kan....
ReplyDeletepink warna fav Aten! Lepas ni memang pakai warna pink je. Boleh beli sambil menyumbang ke MAKNA. Memang bermakna hehhehe
ReplyDeleteWow cantik baju kepuk kepuk Che Ta hehe..Cantik warna facemask che ta pakai ni sesuai dengan apa apa baju dan warna kulit. Sweet je.
ReplyDeletememang sesuai sangat Che Ta jadi duta ni. dh la cantik lepas tu ada aura dia tersendiri! nak beli pun rasa yakin. warna dia tu cantik lah kamin tapi laki nak pakai segan sikit
ReplyDeletelawa kalernya.. suka tgk.. senang nak ootd dengan kaler ni... menarik bila ada kempen mcm ni.. membeli sambil menderma
ReplyDeleteTerbaiklah sebab ada empat layer pulak tu. Best extra protection. Lagi satu siap ada sumbangan terus kepada MAKNA
ReplyDeleteBest kan pakai mask Himaya ni..lepas pakai sekali terus tak nak pakai mask lain dah.
ReplyDeleteKalau pakai mask ni ada rasa cantik mcm Che Ta ker hehehe... Tapi bagus Himaya ni kerana mereka bagi sumbangan atas setiap pembelian tuk bantu musim pendamik ni kan... Good job..
ReplyDeleteThanks for sharing this, kita pun suka this brand face mask color and quality.
ReplyDeleteBagus inisiatif ni mereka dermakan RM2 kepada MAKNA. Berbaloi juga kita beli.
ReplyDeleteramai juga rekemen face mask himaya ni bagus dan selesa. huda tak pernah try lagi. nnt nak beli lah kat shopee
ReplyDeleteSesuai la dia jadi duta kan! So fast dah nak masuk bulan Oktober already... Good awareness from this campaign to promote Pinkoktober memandangan face mask dah jadi sebahagian dari keperluan harian kita... (Y)
ReplyDelete