12 Tempat Menarik Di Perlis

Semalam Perdana Menteri kita telah pun mengumumkan bermula hari ini, 11 Oktober 2021 sekatan rentas negeri akan dibuka. Ini bermakna rakyat Malaysia sudah mula bebas untuk ke mana-mana tanpa sebarang halangan asalkan sudah melengkapi 2 dos vaksinasi.


Jika anda berhajat untuk ke Perlis, berikut adalah tempat-tempat menarik yang wajib dilawati jika anda ke sana ;


1. Homestay Kampung Ujung Bukit

Homestay Kampung Ujung Bukit ni terletak di Kampung Ujung Bukit, Jalan Kurong Batang, Kangar, Perlis. Berlatarbelakangkan sawah padi dan bukit yang menghijau, homestay Kampung Ujung Bukit menawarkan 17 buah chalet inap desa pelbagai pilihan dalam suasana kampung.

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

Menariknya, tandas dalam chalet di homestay Kampung Ujung Bukit ni betul-betul attached dengan batu-batu. Hahaha..masa buka je pintu bilik air tu memang aku terkejut dan teruja la jugak sebab ni 1st time aku tengok bilik air yang bersambung dengan batu-batu bukit. Rasa macam di gua pun ada. 

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

Bilik yang aku dapat ni ialah bilik dengan katil queen size. memang selesa sangat. Bilik dilengkapi dengan tv, kettle jug dan sejadah. Penanda kiblat pun disediakan jadi memang sangat mudah bagi kita yang muslim ni nak menunaikan solat.

12 Tempat Menarik Di Perlis

Jika anda datang ke Perlis , jangan lupa untuk menginap di homestay Kampung Ujung Bukit yang unik, menarik dan penuh dengan ciri-ciri kampung. Aku paling suka sebab kat sini sejuk je. Maklumlah memang terletak di bukit. Bila bangun pagi memang berkabus je. Paling best bila tengok depan mata ada sawah padi.

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


Seriously , aku memang jatuh cinta sangat dengan tempat ni sebab tenang sangat. Bagi yang jenis macam aku sukakan tempat sebegini untuk release tension, datanglah menginap di homestay Kampung Ujung Bukit ni. Haa..bagi instafamous yang suka sangat ber OOTD tu, di sini memang banyak sangat port yang cantik-cantik untuk korang ber OOTD.


Harga untuk 1 malam di homestay Kampung Ujung Bukit ni pula adalah berbeza mengikut kategori bilik. Namun yang pasti harganya antara RM80-RM140 1 malam. Ketika aku ke sini pada tahun 2018, pihak homestay Kampung Ujung Bukit ni tak menyediakan makanan. Jadi kalau anda menginap di sini terpaksalah anda keluar ke kedai-kedai dan gerai-gerai makan berdekatan. Jangan bimbang sebab memang banyak sangat kedai makan sedap-sedap di sekitar homestay Kampung Ujung Bukit ni dengan harga makanan yang memang murah.


2. Gua Kelam 

Gua Kelam ni memang antara kebanggaan Perlis. Kalau sebut Gua Kelam je semua tau gua tu terletak di Perlis. Jadi tak sah la ke Perlis ni kalau tak melawat ke Gua Kelam.

12 Tempat Menarik Di Perlis

Gua Kelam terletak di banjaran Nakawan iaitu kira-kira 33 km dar Kangar, Perlis. Gua yang berkawasan seluas 2000 hektar ini telah diwartakan sebagai sebahagian Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008.


Gua Kelam 1 merupakan laluan menghubungkan kaki bukit ke lembah Wang Tangga iaitu sebuah lembah di hujung bertentangan Gua Kelam. Pada tahun 1935, orang Inggeris telah menemui yang laluan air yang terdapat di dalam gua boleh digunakan untuk memindahkan biji timah dari lombong yang berdekatan laluan masuk sungai melalui gua bawah tanah ke kaki bukit.

12 Tempat Menarik Di Perlis

Dikabarkan lebih 80 orang pelombong telah meninggal dunia di dalam gua ini antara tahun 1930-an sehingga tahun 1970-an. 

Itu serba sedikit info tentang Gua Kelam yang aku kongsikan. Aku dulu (ketika lawatatan pada tahun 2018) memulakan ekspedisi  ke Gua Kelam 2 dimana Gua Kelam 2 ini belum dibuka untuk orang ramai (pada ketika itu). Hanya mereka yang mendapat kelulusan bertulis sahaja yang dibenarkan masuk ke Gua Kelam 2 ni. 

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

Laluan Gua Kelam 2 ni sepanjang kira-kira 2 km. Kami hari tu berpeluang untuk masuk dan melihat sendiri keadaan di dalam Gua Kelam 2. Antara tempat yang menarik minat kami adalah sebuah tempat yang dipanggil pyramid yang masih menjadi misteri tentang apakah yang terdapat di situ. 

12 Tempat Menarik Di Perlis


Masa aku naik tu memang nampaklah susunan batu yang disusun seakan pyramid. Terdapat juga kesan-kesan tinggalan lama seperti tulisan-tulisan dalam bahasa mandarin yang ditulis oleh pelombong-pelombong suatu masa dulu. Umum tahu yang pelombong ini rata-ratanya adalah dari tanah besar China.


Perjalanan sejauh 2 km tak adalah terasa sangat sebenarnya sebab kami banyak berhenti untuk melihat tinggalan lama dan bergambar. Bila melihat sendiri tinggalan lama ni, terfikir aku sejenak betapa susahnya kehidupan mereka di dalam tu suatu masa dahulu. Sekarang dah ada lampu yang menerangi gua tu. Bayangkan ketika tahun 1930-an hingga 1970-an bagaimana gelap gelita keadaan dalam sana. Sebab tu gua ni dinamakan Gua Kelam iatu mengambil maksud 'Kelam' iaitu 'Kegelapan'.

12 Tempat Menarik Di Perlis

Gua Kelam 2 menghubungkan kami ke Gua Kelam 1. Tamat perjalanan kami di Gua Kelam 2, kami menuruni tangga untuk ke Gua Kelam 1 dan menamatkan ekspedisi kami di Gua Kelam pada hari itu.

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

Habis menjelajah ke Gua Kelam, kami berhenti merehatkan badan dan mengisi perut yang lapar sebelum menuju ke Taman Negeri Perlis. 


3. Taman Negeri Perlis

Lepas je kami merehatkan badan sekejap dan mengisi perut yang lapar selepas ekspedisi ke Gua Kelam, kami terus menuju ke Taman Negeri Perlis yang terletak di sempadan barat negeri Perlis yang menemukan Semenanjung Malaysia dengan Thailand.

12 Tempat Menarik Di Perlis


Taman Negeri ini berkedudukan di atas banjaran bukit batu kapur yang terpanjang di Malaysia, iaitu banjaran Nakawan. Banjaran Nakawan mempunyai lereng-lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak-anak sungai dan sistem gua yang terpanjang. 


Taman Negeri terdiri daripada Hutan Simpan Kekal Mata Ayer dan Hutan Simpanan Kekal Wang Mu dengan jumlah kira-kira 5000 hektar.

12 Tempat Menarik Di Perlis


Antara ciri-ciri istimewa hutan di Taman Negeri ni ialah :-
  • Ia wujud di atas bukit batu kapur dan mengandungi pelbagai spesis tumbuhan hutan yang hanya ditemui di habitat ini, termasuk yang tidak dijumpai di mana-mana tempat lain di Malaysia. Antara tumbuhan yang jarang ditemui adalah halia hutan, paku pakis dan balsam.
  • Hutan ini kaya dengan pelbagai hidupan liar termasuklah kambing gurun, harimau kumbang dan 6 spesis burung enggang dan merupakan satu-satunya tempat di Malaysia di mana beruk kentoi boleh ditemui.
  • Hutan ini merupakan sebahagian dari kawasan hutan luas yang menjalar melintasi sempadan Thailand membentuk Taman Negara Thaleban yang kaya dengan pelbagai hidupan liar.
12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


Untuk keterangan lanjut mengenai Taman Negeri Perlis ni bolehlah hubungi :

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,
KM.2, Jalan Kaki Bukit, 01000
Kangar, Perlis
Tel : 04-9776626 (Pejabat Perhutanan)
Tel : 04-9457898 (Taman Negeri)
Fax : 04-9767901


5. Wang Kelian View Point

Ni pun satu tempat yang menarik bagi pecinta alam. Yang tak berapa nak cinta alam pun pasti akan jatuh cinta sebab di Wang Kelian view point ni anda akan dapat menikmati keindahan pemandangan negeri Perlis yang menghijau.


Dikhabarkan pemandangan paling cantik ketika pagi. Kami hari tu pergi di sebelah petang tapi pemandangan tetap cantik.

12 Tempat Menarik Di Perlis


6. Dusun Durian Berusia 120 Tahun

Terletak di Kaki Bukit, dusun durian berusia 120 tahun ni antara yang tertua di Perlis. Kaki Bukit merupakan lokasi pekan kecil yang menjadi tumpuan peraih dan pembeli kerana Kaki Bukit dikenali sebagai lubuk durian.

12 Tempat Menarik Di Perlis


Dimiliki oleh Tham Ngui Long atau lebih dikenali sebagai Along, durian berusia 120 tahun  tersebut telah ditanam oleh moyang beliau. Menurut Along, pokok durian yang tingginya kira-kira 25 meter mampu menghasilkan lebih 1,000 biji setiap musim.


Aku ni kiranya antara yang bertuah dapat merasai sendiri buah yang berusia 120 tahun ni. Isi durian tertua ni memang sedap, lemak dan manis. Jangan tak tahu..haritu kami menghabiskan sebakul besar durian ni..hahaha..kiranya kami KENDURIAN la haritu.

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


7. Bukit Chabang

Sebenarnya Bukit Chabang ni adalah lokasi untuk pendakian. Bukit setinggi 390m ni antara bukit yang dianggap mencabar kerana laluannya 90% berbatu dan curam 70 darjah.


Bukit Chabang menjadi tumpuan untuk menyaksikan pemandangan yang yang indah, sunset dan sunrise sebenarnya.

12 Tempat Menarik Di Perlis


Hari tu kami ke Bukit Chabang semata-mata untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang dikatakan sangat cantik di Bukit Chabang. Tapi malangnya nasib kami hari tu agak tak baik kerana tak berkesempatan nak melihat matahari terbenam di sana. Tapi kami sangat enjoy dengan pemandangan menghijau yang sangat sejuk mata memandang.

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


8. Bukit Merbok

Bukit Merbok ni sebenarnya tempat pendakian. Siapa yang sukakan aktiviti adventure macam aku, datanglah ke Bukit Merbok ni untuk hiking.


Bukit Merbok terletak berhampiran dengan Kampung Ujung Bukit. Untuk memulakan ekspedisi pendakian, kami perlu melalui kawasan ladang buluh madu kerana laluan masuk ke Bukit Merbok berada di belakang ladang buluh madu tersebut.

12 Tempat Menarik Di Perlis


12 Tempat Menarik Di Perlis


Sebelum pendakian bermula, kami diingatkan untuk berhati-hati dari segi perbuatan dan percakapan kerana dikhabarkan kawasan pendakian tersebut adalah kawasan bunian. Selesai bacaan doa, kami memulakan pendakian.


Bukan mudah untuk menawan puncak Merbok kerana kawasan permukaan bukit yang terlalu curam dan berbatu tajam. Jujur, dalam banyak-banyak bukit yang aku pergi hiking..Bukit Merbok ni yang paling mencabar.


Sebelum sampai ke puncak Merbok, kami melalui 2 buah gua iaitu Gua Bunian dan Gua telus. Di Gua Bunian, kami mengambil kesempatan untuk berehat dan bergambar seketika sambil mendengar penerangan & kisah Gua Bunian dari pihak PNW yang membawa & menjaga kami sepanjang pendakian.

12 Tempat Menarik Di Perlis


Gua Bunian ni dikhabarkan tempat perkampungan orang bunian. Mengikut kisah yang diceritakan, suatu masa dahulu orang bunian dan manusia ni bergaul baik. Biasanya kalau ada majlis keramaian atau pun kenduri, orang bunian dan manusia saling memberi pinjam pinggan mangkuk. Hinggalah pada satu ketika, manusia tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam dalam keadaan baik dan cukup bilangan..sejak itu orang bunian memutuskan perhubungan dengan alam manusia.


Ha..itulah cerita yang aku dengar. Aku memang suka dengar kisah-kisah mistik ni..hahaha..jadi hari tu bila sampai di pintu masuk Gua Bunian, beria-rialah aku bergambar. Tapi kami tak dibenarkan untuk masuk ke dalam gua tersebut. Jadi makanya cuma boleh bergambar di depan pintu gua je la.


Selesai berehat & bergambar di Gua Bunian, kami meneruskan pendakian dan kali ni kami ke Gua Telus. Gua ni di panggil Gua Telus kerana kedalamannya ialah sedalam 50 kaki. Perghh memang dalam. Aku yang dari atas tengok ke gua ni pun seram sejuk tengok. 


Akhirnya, lepas naik hampir 2 jam..sampai jugak kami ke puncak Bukit Merbok. Dari puncak Bukit Merbok ni kita dapat melihat pemandangan Perlis yang sememangnya kaya dengan pemandangan hijau. Memang cantik dan puas ati sangat-sangat. 


12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


Terima kasih tak terhingga pada pihak PNW yang sentiasa menjaga kami terutama Daniel, Man & Syamil. Man Terutamanya yang sanggup bersusah payah bawakan beg kami sampai turun, jaga setiap langkah kami ketika naik dan turun, malah sanggup 'dukung' salah sorang team kami yang terseliuh kaki. Terima kasih sangat..hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa kalian


9. Nat Pokok Getah

Terletak di dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Pauh. Nat dalam bahasa Thailand membawa maksud 'pasar pagi'. Nat Pokok Getah ialah sebuah pasar pagi yang terletak betul-betul di dalam kebun getah.


Nat Pokok Getah menjadi tumpuan setiap hari Jumaat dan Ahad bermula 7 pagi hingga 12 tengahari. Tapi menurut penduduk tempatan, hari Ahad lebih meriah dan ramai pengunjung datang termasuk pengunjung dari luar.

12 Tempat Menarik Di Perlis


Menariknya di Nat Pokok Getah ni berbanding pekan sehari lain yang berbumbung, nat pokok getah seluas dua hektar ni lebih istimewa kerana berbumbungkan daun getah yang membentuk kanopi semulajadi! Oh ye..lupa nak cerita, nat pokok getah ni terbahagi pada 2 iaitu 1 bahagian yang memang terletak di kiri kanan bahu jalan dan 1 bahagan lagi betul-betul di dalam kebun getah.

Aku pun bukan main rambang mata datang ke nat pokok getah ni. Nasib la masa aku pergi tu berbaki lagi 2 hari kami akan tinggal di di Perlis..kalau tak rasanya semua lauk pauk macam siput metarang, udang dan ikan-ikan segar dah penuh bonet. Mana taknya..barang-barang di sini harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga barangan di KL.


12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


Itu pun aku sempat beli buah jentik untuk dimakan di dalam kereta bersama rakan blogger lain, ikan masin untuk suami, sotong kering, asam keping dan rempah masak hitam utara. Hahaha..banyak jugak la kan..ekekeke..


12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


Jadi, kalau korang merancang percutian ke Perlis..jangan lupa datang ke nat pokok getah. Nat pokok getah ni adalah nat terbesar di Perlis. Jadi kalau tak tau boleh tanya je penduduk tempatan macam mana nak pergi selain guna waze la kannn..


12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


10. Jambatan Tuanku Syed Putra

Ni port wajib untuk anda yang sukakan keindahan. Aku suka sangat Jambatan Tuanku Syed Putra ni sebab dari atas jambatan ni korang akan nampak kampung nelayan dan juga korang akan nampak Pulau Langkawi dan Pulau Brasmana, Thailand.


12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


Maklum lah, Perlis ni kan sempadan dengan negara Thailand jadi dari sini anda akan nampak la negara Thailand.

Aku yang memang sukakan pemandangan cantik, memang tertarik hati sangat dengan pemandangan dari Jambatan Tuanku Syed Putra. Hehehe..sempat jugak aku ambil gambar produk aku dari atas jambatan ni. Hasilnya? Perghh 'stunning' bak kata omputih..ekeke..

12 Tempat Menarik Di Perlis

Cantikkan pemandangan dari atas Jambatan Tuanku Syed Putra ni? Ha..tapi kalau korang suka pemandangan matahari terbenam, aku akan kongsikan tempat mana portnya. 


11. Jeti Kampung Sungai Padang


Kami dibawa pihak Perlis Nature & Wild (PNW) ke jeti kampung Sungai Padang. Katanya pemandangan sunset di sini sangat lawa.


Dan ternyata apa yang diberitahu kepada kami oleh pihak PNW tu memang benarlah. Gigih aku ambil gambar-gambar sunset di sini. Rasanya berpuluh-puluh gambar yang aku snap kat sini.


Bagi mereka yang sukakan pemandangan sunset, jangan lupa ke jeti kampung Sungai Padang..pasti takkan mengecewakan korang

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


12. Kuala Perlis

Di Kuala Perlis ni ada 2 spot cantik untuk melihat matahari terbenam yang aku suka. Memang cantik sangat. 1 spot tu terletak di kawasan berdekatan dengan kampung. Dari tempat ni akan nampak dengan jelas Pulau Brasmana yang terletak di negara Thailand.


Umum tahu yang Perlis ni berjiran rapat dengan Thailand. Pulau Brasmana yang dalam bahasa Thai dikenali sebagai Ko Pratmana ini asalnya memang milik Perlis. Tapi cerita macam mana menjadi milik Thailand tu aku tak pastilah pulak. Pulau Brasmana ni terletak di wilayah Satun.


Nampak tak pulau kecil tu? Tu la Pulau Brasmana, Thailand

12 Tempat Menarik Di Perlis


Port kedua pula ialah jeti Kuala Perlis. Jeti Kuala Perlis ni memang agak popular la terutama bagi mereka yang nak ke Langkawi. Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ni ke Langkawi mengambil masa selama 1 jam 15 minit.


Cantiknya pemandangan sunset kat sini ditambah dengan keindahan Masjid Al-Hussain iaitu masjid terapung yang terkenal di Kuala Perlis ni.


12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


Haa..cantik dan menarikkan? Jadi aku harap perkongsian aku tentang spot-spot menarik ni dapatlah membantu korang untuk merancang percutian korang ke Perlis ni. Jangan kata Perlis tak ada tempat menarik tau! Banyak sangat tempat menarik untuk korang terokai. Tapi cam aku bagitau la..kalau datang ke Perlis ni jangan la harapkan percutian ala-ala diva..nanti korang tak merasa enjoy cam aku rasa ni.

Contohnya cam gambar aku ni..ha..ni gambar aku snap kat Chuping, di ladang betik. Asalnya dulu Chuping ni terkenal dengan ladang tebu. Tapi dikabarkan sekarang tak ada lagi ladang tebu..yang ada ladang betik je.

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis

12 Tempat Menarik Di Perlis


Inilah 12 tempat menarik di Perlis. Sebenarnya ada beberapa tempat lagi seperti Taman Ular dan sebagainya. Tapi untuk artikel kali ini sengaja aku kongsikan 12 tempat ni dahullu supaya senang anda dan keluarga nak survey jika berhajat ke sana.

Post a Comment

12 Comments

  1. Thanks for this list of amazing attractions in Perlis. Didn't know that there are so many places that we can visit in the smallest state in malaysia.

    ReplyDelete
  2. bnayak kawasan menarik dekat perlis ni sebenarnya kita je belum sempat nak singgah smuanya..hehe. kalau balik perlis boleh la

    ReplyDelete
  3. banyak gak bukit kat perlis yang tak pernah tau. homestay tu macam best je, boleh la menginap nanti

    ReplyDelete
  4. Perlis is a beautiful state to visit. The last time I visited there was in 2018. Itu pun satu hari jer just visit a family friend. Insya-Allah will visit Perlis again early next year. Btw, I liked all the pics that you shared on this post.

    ReplyDelete
  5. dah lama laa tak pergi Perlis! rindu pula perthlis . sebenarnya kt sana ada milky way tau tak banyak tempat dlaam malaysia ada macam tu nanti cuba check

    ReplyDelete
  6. Perlis ni paling saya suka adalah kos sara hidup yang rendah. Jimat banyak masa belajar di sana. Makanan murah-murah. Memang mak ayah tak risau la kalau anak belajar jauh. Pulang ke KL, comel-comel tau. Kenangan. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Menariklah tempat2 nie Kak Min. Boleh lah masuk dalam list. Rentas negeri pon dah dibuka skrg. Jom konvoi ke perlis ramai2

    ReplyDelete
  8. Wah.. byk jgk tempat2 menarik di Perlis, jarang pergi Perlis kecuali masa nak bercuti ke Langkawi next time blhlah pg

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi jejak Perlis walau dulu rajin ke Kedah sempadan aje rumah abang ipor sorang tu.. nanti ada rezeki bolehlah ke Perlis JJCM ...

    ReplyDelete
  10. Lama betul tak ke Perlis. Last pergi gua kelam tu time form 5..hahaha..kena g la nanti..

    ReplyDelete
  11. lama betul kita tak pergi perlis, last g gua kelam tu time form 5. Lama kan? mesti dah banyak berubah tu..

    ReplyDelete
  12. Perlis memang best.. banyak org luar beli tanah kat sana utk menetap bila dah pencen nanti. Tenang dan kos hidup rendah..seafood murah. Jalan pun x sibuk, banyak permandangan yang menarik.

    ReplyDelete