Umum mengetahui negara Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan dan kebenaran untuk merentas negeri juga telah diumumkan dan berkuatkuasa sejak 18hb Oktober lepas. Berita ini bukan sahaja mengujakan rakyat yang ingin kembali bebas malah sektor-sektor pelancongan kembali rancak seperti sediakala.
Namun ada setengah dari kita yang masih lagi takut dan ragu-ragu untuk memulakan percutian ke tempat lebih jauh. Jika anda meneteap di Kuala Lumpur dan Selangor, apa kata aku cadangkan percutian 3 hari 2 malam hanya disekitar tempat tinggal anda namun yang pasti seisi keluarga akan menikmati percutian ini seolah-olah bercuti di luar daerah.
Itinerary Percutian 3 Hari 2 Malam Yang Dicadangkan
Hari Pertama ;
1. FRIM Forest Skywalk
Mulakan perjalanan anda di awal pagi selepas bersarapan. Destinasi pertama dimulakan dengan FRIM (Forest Skywalk) yang terletak di Kepong. Bermula 16hb Oktober lepas, FRIM Forest Skywalk telah memulakan semula operasi setelah berdepan dengan penutupan akibat pandemik COVID-19.
Forest Skywalk ialah laluan kanopi kedua FRIM yang terletak di Taman Botani Kepong (KBG). Titik tertinggi struktur ialah 141 m di atas paras laut. Struktur itu dibina menggunakan aluminium, dikuatkuasakan dengan tiub keluli dan disokong oleh guy wayar . Forest Skywalk terdiri daripada 11 menara dan 8 jambatan, berbeza-beza ketinggian dari 18 m hingga 50 m dengan jumlah panjang 250 m. Dari pejabat Forest Skywalk, anda perlu berjalan 100 m di sepanjang laluan yang mudah. Sebaik sahaja di skywalk, pelawat boleh menghabiskan 30 hingga 40 minit untuk melengkapkan gelung.
Anda bakal menikmati pemandangan yang indah terutama dari puncak 50m. Tapi aku nak ingatkan, untuk datang ke Forest Skywalk ini anda harus menggunakan kasut sukan ye! Jangan sesekali datang dengan menggunakan kasut tumit tinggi atau pun selipar. Menggunakan kasut sukan adalah paling selamat kerana mengikut pengalaman aku, tangga agak licin terutama ketika turun. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku aku nasihatkan untuk hanya memakai kasut sukan.
Harga tiket adalah seperti berikut ;
Kategori |
MyKad (RM) |
Tanpa MyKad (RM) |
Pelajar
(7 hingga 17 tahun) |
8.00 |
25.00 |
FRIM’s
Staff |
8.00 |
- |
Warga
emas |
10.00 |
40.00 |
Dewasa |
15.00 |
40.00 |
Caj
tambahan untuk menara 50m (13 thn ke atas) |
5.00 |
10.00 |
Manakala waktu beroperasi adalah seperti berikut ;
Sabtu-Khamis : 8.30 pagi hingga 3.30 petang (bergantung pada keadaan cuaca)
Jumaat : TUTUP
Untuk maklumat lanjut mengenai FRIM Forest Skywalk boleh layari ;
Laman web : https://skywalk.frim.gov.my/
Email : frim_enquiry@frim.gov.my
Tel : 603-62797649
2. BBQ Lamb Kemensah
Setelah penat menjalani aktiviti riadah di FRIM Forest Skywalk, apa kata anda menikmati makan tengah hari bersama keluarga di dalam sungai. Anda boleh ke BBQ Lamb Kemensah yang menghidangkan makanan enak yang boleh dinikmati di sungai, terasa seolah-olah anda berkelah bersama keluarga.
Alamat : Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown
No.2, Jalan Balai Polis, 50000 Kuala Lumpur
Tel : 603-2035 7333
4. Makan malam di Fuego Sky Dining, The Troika, KLCC
Menghidangkan South American cuisine, Fuego Sky Dining, The Troika, KLCC tempat yang sesuai untuk nikmati makan malam terutama buat mereka yang ingin datang dengan pasangan. Nikmati makan malam anda sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam.
Antara hidangan yang boleh di cuba ialah Salted Baked Potato & Foie Grass, Soft Shell Crab as Nachos, Argentinian Squid dan banyak lagi.
Facebook : FUEGOatTroikaSkyDining
Laman Web : https://troikaskydining.com/fuego
5. 99 Wonderland Park Selayang
Selepas menikmati makan malam di Fuego, boleh la bersantai bersama keluarga di 99 Wonderland Park yang terletak di Selayang. Secara jujur, aku pun pertama kali menjejakkan kaki di sini dan pertama kali juga tahu tentang kewujudan tempat ini.
Berbaloi? Sangat berbaloi bawa keluarga anda ke sini. Di sini terdapat 43 attraction dan sangat dicadangkan untuk datang pada waktu malam kerana pada waktu malam terdapat pertunjukan musical fountain.
Antara yang menarik di 99 Wonderland Park Selayang ini ialah ;
- 99 Cruise Ride
- 99 Panda Street
- The House (By the Lake)
- 99 Zoo Lights
- 99 Dinosour Park
Buat masa sekarang ada promosi untuk harga tiket sehingga akhir November nanti. Boleh rujuk di sini untuk harga tiket ;
Catogeries |
Saturday
& Sunday/ Public Holiday / School Holiday
(9.30AM
– 4PM) |
Tuesday,
Wednesday & Thursday
(5PM
– 11PM) |
Friday-Sunday* Public
Holiday/School Holiday
(5PM
– 12AM) |
MyKad
(Adult) |
RM30 (NP : RM40) |
RM35 (NP : RM45) |
RM45 (NP : RM55) |
MyKad
(Child/OKU/Senior citizen) |
RM18 (NP : RM30) |
RM20 (NP : RM35) |
RM25 (NP : RM40) |
Non-MyKad
(Adult) |
RM40 (NP : RM65) |
RM45 (NP : RM70) |
RM55 (NP : RM60) |
Non-MyKad
(Child/OKU/Senior citizen) |
RM20 (NP : 35) |
RM25 (NP : RM40) |
RM30 (NP : RM50) |
Laman web : www.99wonderlandpark.com.my
Email : enquiry@99wonderlandpark.com.my
Hari Kedua ;
- Hot Air Ballon Ride
- Boat Cruise
- Bird Watching
- Fishing
- Cycling
- Horseback Riding/Joy Ride
- Animal Feeding
- Cove Aerobar
- MotorManiac ATV & Dirt Bike
- Goosebumps Rope Course
- Interactive Bicycle Trail
Jika anda tak gayat boleh la naik Cove Aerobar dan nikmati pemandangan dari ketinggian 35 meter |
- Pelayaran selama 4 jam
- Makan untuk 20 orang
- Unlimited coffee, tea, water & titbits
- PA System
- Seaport Tax
- Penggunaan fasiliti
0 Comments