Kisahnya 2 hari lepas semasa menguap tiba-tiba rahang aku macam terkunci..tak boleh tutup untuk beberapa saat dan bila dah boleh tutup terasa sakit rahang tu. Sudahnya sejak itu aku berhati-hati untuk buka mulut untuk menguap, makan dan juga ketika memberus gigi.
Pernah tak anda alami apa yang aku alami? Rahang tersekat (lockjaw) atau trismus merujuk kepada keadaan di mana seseorang kurang berupaya membuka mulut. Seseorang yang mengalami rahang tersekat jenis sementara (dalam sesetengah kes, jenis kekal), tidak boleh membuka dan menutup mulut. Dalam sesetengah kes, kejadian rahang tersekat ini amat menyakitkan dan tidak selesa. Jika dibiarkan tanpa rawatan, kejadian rahang tersekat ini boleh menjejaskan fungsi motor rahang, terutama fungsi mengunyah dan bercakap.
Sendi rahang memainkan peranan yang amat penting untuk pergerakan rahang. Sendi rahang adalah tempat lekatan rahang bawah kepada tengkorak, terdapat di kedua-dua belah muka, terletak betul-betul di hadapan telinga. Sendi rahang disokong oleh beberapa ligamen, tendon dan otot-otot yang berperanan untuk pelbagai jenis gerakan rahang. Pergerakan rahang akan terjejas jika salah satu struktur tersebut cedera.
Rahang Terkunci | Apa Penyebabnya?
Terdapat pelbagai faktor penyebab terjadinya rahang terkunci ini, antaranya ialah ;
Antara punca yang lazim ialah jangkitan tetanus. Tetanus
menyebabkan kontraksi berpanjangan fiber-fiber otot rangka yang mengakibatkan
sakit dan kekejangan otot serius. Salah satu tanda awal jangkitan tetanus
adalah kejadian rahang tersekat.
|
Dislokasi rahang – Ini berlaku apabila sendi rahang bergerak
terlalu jauh ke hadapan dan terperangkap di kawasan bonjolan tulang.
Otot-otot sekitar kawasan itu biasanya mengalami kekejangan (spasm) dan ini
menjadikan sendi berada di dalam kedudukan terganjak (dislocated).
|
Keradangan / inflamasi otot dan tisu lembut sekitar kawasan sendi
juga merupakan punca utama rahang tersekat. Kehadiran gigi geraham bongsu
terimpak / terperangkap boleh menyebabkan kawasan sekelilingnya mengalami
keradangan. Jangkitan kuman dari gigi bawah posterior (belakang) juga boleh
menyebabkan keradangan tisu sekitar dan pembentukan nanah. Ini akan
menjejaskan fungsi otot yang membuka / menggerakkan rahang (kekejangan otot).
|
Faktor-faktor dalaman sendi seperti ankilosis tulang
(pembentukan tulang di dalam sendi), ankilosis berfiber, inflamasi sendi
(arthritis), jangkitan kuman dan kecederaan (trauma) juga boleh membataskan
bukaan mulut.
|
Kesan sampingan dari sesetengah jenis ubat, terutamanya
ubat-ubat penyakit psikiatri dan gangguan mental.
|
Penyebab iatrogenik seperti komplikasi dari suntikan
(anesthesia setempat yang tidak sengaja disuntik ke dalam otot sendi) dan
juga cabutan gigi geraham ketiga / bongsu (yang mana otot pengunyahan mungkin
tercedera / terkoyak, atau sendi menjadi ‘hiperextended’) |
Tanda dan Gejala Rahang Terkunci
- Kesukaran membuka mulut
- Episod berkala kejadian rahang tersekat
- Bukaan mulut menjadi semakin kecil
- Kesukaran mengunyah dan menelan
- Sakit pada sendi apabila rahang bergerak
- Kesukaran ketika makan kerana bukaan mulut tidak boleh terlalu luas. Ini boleh
mengakibatkan kekurangan nutrisi. Hanya jumlah kecil makanan sahaja boleh
diambil pada satu-satu masa. Pesakit akan mengalami penurunan berat badan yang
ketara, dan masalah kekurangan / defisit nutrisi yang ketara.
- Bukaan mulut yang
terhad akan menyukarkan pengunyahan makanan yang sempurna (masalah semasa
menelan makanan) Kebersihan mulut yang teruk
- Bukaan mulut yang terhad akan menjejaskan kebersihan mulut. Ini mengakibatkan kejadian karies (gigi berlubang) dan penyakit gusi yang boleh membawa kepada jangkitan kuman
- Pertuturan adalah
terhad kerana mulut tidak boleh dibuka dengan mencukupi untuk menyebut bunyi
yang normal Kelumpuhan (Immobilisasi) Sendi
- Apabila sendi tidak bergerak, perubahan kemusnahan (degenerative changes) mula berlaku di dalam sendi. Ini akan mengakibatkan keradangan, sakit dan cantuman (fusion) sendi yang digelar ankilosis
Tuaman Suam |
Bagi kes ringan ke
sederhana, tuaman suam boleh mengurangkan stres dan sakit.
|
Pembedahan |
·
Rahang
tersekat berpunca dari gigi geraham bongsu terimpak boleh dihindarkan dan
dirawat dengan mengeluarkan gigi tersebut ·
Rahang
tersekat akibat cantuman (fusion) sendi boleh diperbetulkan secara pembedahan ·
Dislokasi
rahang pula boleh dibetulkan dengan cara reduksi manual (manual reduction).
Manakala kes-kes kronik mungkin memerlukan pembedahan |
Pengambilan ubatan |
·
Mengambil
ubat ‘muscle relaxant’ dalam dos terkawal boleh membantu mengendurkan otot
yang tegang walaupun otot-otot telah lama tidak berfungsi
|
Ubat
Anti-inflamatori |
·
Rahang
tersekat yang berpunca dari jangkitan kuman atau keradangan (seperti tetanus
atau jangkitan dari gigi) boleh dirawat dengan antibiotik dan ubat
anti-inflamatori.
|
Fisioterapi |
·
Rawatan
secara fisioterapi dapat membantu mengurangkan gejala kesakitan |
Langkah-Langkah Mencegah Rahang Terkunci
Semoga artikel ini bermanfaat buat semua. Aku sendiri belum lagi mendapatkan rawatan bagi rahang terkunci ini. Insyallah dalam masa terdekat akan dapatkan nasihat doktor berkaitan rahang terkunci agar tidak berulang lagi di kemudian hari.
0 Comments