3 Tempat Percutian Extreme di Negeri Sembilan

Minggu ini kita bakal berhadapan dengan cuti panjang sempena perayaan Deepavali. Pasti ramai yang sudah mula merancang percutian dan tak kurang juga yang masih lagi mencari-cari tempat percutian. Jika anda seorang yang sukakan cabaran atau sejenis yang suka mencari kelainan dalam percutian, apa kata jika anda ke Negeri Sembilan Darul Khusus?


Jika sebelum ini anda hanya ke Negeri Sembilan untuk berlibur di Port Dickson, apa kata untuk percutian kali ini anda mencuba sesuatu yang baru? Untuk artikel kali ini aku akan kongsikan 3 tempat percutian extreme yang di Negeri Sembilan.


1. X Park Bandar Sri Sendayan


Terletak di Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, X Park Bandar Sri Sendayan yang mempunyai keluasan sehingga 24 ekar ini menyediakan pelbagai jenis aktiviti termasuk aktiviti sukan lasak seperti ATV, Go Kart, Pushbike, Pocketbike dan banyak lagi.


Minggu lepas aku berkesempatan untuk mencuba Go Kart, ATV, Archery dan Paintball. Untuk pakej yang aku ambil ini harganya hanya RM80 sahaja untuk 1 kepala. Dengan pakej ini anda akan dapat bermain 4 permainan yang aku sebutkan di atas.


X Park Bandar Sri Sendayan

Terdapat banyak lagi permainan lain yang disediakan di sini dan harganya juga agak berpatutan. Untuk harga tiket, boleh rujuk dijadual yang aku sediakan ini ;


Go Kart

Kiddie Kart

Single Seater

Double Seater

Fast Kart

RM 30.00/10 minutes

RM 40.00/10 minutes

RM 60.00/10 minutes

RM 60.00/10 minutes

 

 

Go Kart Mini Race

Single Seater

Fast Kart

RM 80.00/25 minutes

RM 120.00/25 minutes

 

Archery

 

RM 15.00/12 arrows

 

Paintball Target Shooting

 

RM 20.00/25 pellets

Paintball War Game

 

RM 80.00/200 pellets

RM 100.00/300 pellets

RM 150.00/500 pellets

 

ATV

 

RM 40.00/Trip

 

Buggy

 

RM 60.00/Trip

Push Bike

 

RM 10.00/Session

Pocket Bike

 

RM 10.00/entry

Rollerblade

Rental Available

RM 5.00/pair

Combo 4 Package A

(Go Kart single seater + ATV + Paintball Target Shooting + Archery)

 

 

RM 8.00/pax

Combo 4 Package B (Go Kart single seater + ATV + Flying Fox + Wall Climbing)

 

 

RM 100.00/pax

Flying Fox

 

RM 20.00/flight

Wall Climbing

 

RM 30.00/hour

Motocross

8AM – 7PM (DAY)

8AM – 12AM (Night)

RM 30.00/bike

RM 60.00/bike

 

Badminton

6PM – 4AM (Peak)

7Am – 6PM (Off Peak)

RM 20.00/hour

RM 16.00/hour

 

Futsal

6PM – 4AM (Peak)

7Am – 6PM (Off Peak)

 

RM 90.00/hour

RM 70.00/hour

Golf Driving Range

 

RM 6.00/50 balls

RM 12.00/100 balls


X Park Bandar Sri Sendayan
Pocketbike


Jangan bimbang tentang kemudahan awam jika anda ke sini kerana tandas awam, surau dan juga tempat makan turut disediakan. Pendek kata segalanya lengkap di sini dan aku pasti percutian anda pasti lebih menarik dan seronok untuk dikenang.


X Park Bandar Sri Sendayan

X Park Bandar Sri Sendayan



Alamat : Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan

Tel : 017-447 3913


2. Kg Jkin Extreme Park


Aku pasti nama Kg. Jkin Extreme Park bukanlah nama yang asing di dengar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Kg. Jkin Extreme Park agak terkenal kerana sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan sukan dan aktiviti lasak.


Kg Jkin Extreme Park


Berkesempatan untuk melakukan aktiviti Flying Fox dan ATV Extreme Ride pada minggu lepas memang memberikan keseronokan yang maksima buat aku. Namun harus diingatkan, ATV Extreme Ride betul-betul mencabar jadi bagi mereka yang tidak sukakan cabaran aku nasihatkan agar berfikir panjang untuk menyertai aktiviti ini.


Tapi yang pasti aktiviti ATV Extreme Ride di sini sangat menarik. Jika ikutkan pengalaman aku, aktiviti ATV di sini yang paling aku suka. Meredah hutan dan bukit-bukit yang tinggi dan curam sememangnya cabaran yang pasti menyeronokkan.


Kg Jkin Extreme Park

Harga pakej yang disediakan adalah seperti berikut ;


Pakej

Harga

Aktiviti

KJEP Mungkal

RM50.00/pax

·         ATV Extreme Ride

·         Flying Fox (percuma)

·         Bergambar hotspot menarik (percuma)

·         100% track hutan (off road)

KJEP Paya Kumbuh

RM80.00/pax

·         ATV Extreme Ride

·         Flying Fox (percuma)

·         Bergambar hotspot menarik (percuma)

·         100% track hutan (off road)

KJEP Biduando

RM120.00/pax

·         ATV Extreme Ride

·         Flying Fox (percuma)

·         Buaian Extreme (percuma)

·         Bergambar hotspot menarik (percuma)

·         100% track hutan (off road)

KJEP Tigo Batu (Kereta)

RM100/pax

·         Buggy Extreme Ride

·         Flying Fox (percuma)

·         Bergambar Hotspot menarik (percuma)

·         100% track hutan (off road)


Perbezaan setiap pakej adalah ;


  • Trek yang berbeza
  • Jarak perjalanan
  • Aktiviti percuma yang diberi.


Aktiviti lain ;


  • Flying Fox - RM15/pax
  • Buaian Extreme - RM5/pax
  • Monkey Zipline - RM5/pax
  • Bergambar hotspot menarik - RM5/pax

Buat pengetahuan, di Kg Jkin Extreme Park juga terdapat resort dan camp site. Terdapat 10 jenis resort dengan harga serendah RM30 hingga ke RM100 untuk 1 malam. Menariknya lagi setiap nama resort dinamakan dengan nama pokok-pokok hutan.


Kg Jkin Extreme Park

Berikut adalah jenis bilik yang terdapat di sini ;


  • Gaharu (3 unit) - RM100/malam
  • Pulai (2 unit) - RM70/malam
  • Pulai 3 (1 unit) - RM100/malam
  • Cendana (1 unit) - RM100/malam
  • Hobbit (1 unit) - RM60/malam
  • Dorm (2 unit) - RM100/malam
  • Balau (tree house - 1 unit) - RM80/malam
  • Meranti - RM30/malam
  • Mempari (1 unit) - RM80/malam
  • Jerangau Kelumpang Lulai (3 unit) - RM60/malam

Untuk sebarang tempahan slot dan maklumat lanjut, boleh hubungi pihak Kg Jkin Extreme Park di ;

Tel : 011-20893883
Jkin HQ : 017-8833674
Facebook : ATV KG JKIN
Instagram : atvkgjkin


3. Uncle Wong Happy Farm


Terletak di Lukut, Negeri Sembilan, Uncle Wong Happy Farm turut menyediakan aktiviti extreme seperti ATV. Selain itu turut disediakan di sini ialah aktiviti berkayak dan pedal ride boat.

Jika anda ingin datang bersama keluarga, Uncle Wong Happy Farm adalah tempat yang lebih sesuai kerana terdapat aktiviti untuk kanak-kanak selain aktiviti extreme untuk dewasa.

 
Uncle Wong Happy Farm

Uncle Wong Happy Farm


Untuk mereka yang sukakan aktiviti lebih mencabar, bolehlah mencuba aktiviti ATV di sini. Namun tidak seperti di Kg Jkin Extreme Park, aktiviti ATV di sini lebih santai kerana tidak menggunakan laluan hutan. 


ATV di sini lebih banyak route menggunakan laluan di dalam ladang kelapa sawit dan sekali  sekala akan melalui jalan tar. Bagi mereka yang mungkin baru ingin mencuba aktiviti ATV, aku cadangkan agar datang mencuba aktiviti ATV di sini terlebih dahulu sebelum pergi ke aktiviti ATV yang lebih extreme seperti di Kg Jkin Extreme Park.


Uncle Wong Happy Farm

Uncle Wong Happy Farm

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi ;


Facebook : Uncle Wong Happy Farm

Instagram : ATV@Uncle Wong Happy Farm


Trip ini dibawakan khas oleh Tourism Malaysia Central 

Post a Comment

6 Comments

  1. Menarik ye! Nell pun nak plan trip g explore tempat2 ni dengan my friends la… macam best dan nak repeat lagi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Nel. Seronok la buat aktiviti camni dgn kawan2

      Delete
  2. Dalam 3 ni. Satu Ruby suka. Xtreme Park Sendayan tu. Luas gilaaaaa. Lapang dan patuh SOP. Suka main Go Cart. Puas hati drive laju laju konah konah. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. Okay next time boleh plan g kat sini la plak ngan family. Family kita semua lasak-lasak ni..bertabah la mak melayan nanti..hihi

    ReplyDelete
  4. Ini yang suka aktiviti lasak boleh sangat ni terjah semua ni.. Best plak tengoknya.. cuma faktor usia ni nak buat extreme takut terlentang plak kat situ hahahaha

    ReplyDelete
  5. Ammi orang Somban pun baru tau tempat2 ni..malus i

    ReplyDelete