99 Wonderland Park Selayang

Untuk entry kali ini aku ingin berkongsikan tentang  99 Wonderland Park yang terletak di Selayang. Secara jujurnya, aku pun pertama kali menjejakkan kaki di sini dan pertama kali juga tahu tentang kewujudan tempat ini.


Siapa sangka, hanya di Selayang terletaknya 99 Wonderland Park. Berada di sini anda seakan berada di dalam dunia yang berbeza yang penuh magikal kerana dikelilingi oleh haiwan-haiwan yang comel, pertunjukan air pancut berirama dan dipenuhi dengan cahaya lampu yang berwarna warni


99 Wonderland Park Selayang


Di sini terdapat 43 tarikan dan sangat dicadangkan untuk datang pada waktu malam kerana pada waktu malam terdapat pertunjukan air pancut berirama (musical fountain). Tambahan lagi ketika malam, 99 Wonderland Park ini seakan pesta cahaya  seperti di i-City di Shah Alam yang meriah dengan hiasan lampu yang indah.


Antara tarikan yang ada di sini ialah ;


  • Gelang T-Rex
Pihak 99 Wonderland Park membina dua Tyrannosaurus yang berketinggian 3.5 meter yang sangat menjadi perhatian kanak-kanak

  • Taman Burung
Taman Burung di sini berkonsep terbuka yang membolehkan pengunjung melihat lebih dekat lagi spesis burung yang terdapat di 99 Wonderland Park 

  • 99 Buaya Tembaga
Pengunjung berpeluang untuk melihat buaya tembaga dengan lebih dekat di sini, jika bernasib baik anda akan dapat melihat bagaimana buaya makan.

  • 99 Malayan Tapir
Menariknya di sini anda akan dapat melihat Tapir dengan lebih dekat dan 99 Wonderland Park telah dikenali dan mendapat anugerah untuk yang pertama di Malaysia mempamerkan Tapir dengan jakuzi.

99 Wonderland Park Selayang

99 Wonderland Park Selayang


Antara tarikan lain ialah ;


  • 99 Cruise Ride
  • 99 Panda Street
  • The House (By the Lake)
  • 99 Zoo Lights
  • 99 Dinosour Park

99 Wonderland Park Selayang


Datanglah pada waktu malam kerana  mengikut pengalaman aku datang pada waktu malam lebih selesa untuk berjalan dan melihat pertunjukan. Tidak berpanas terik. Tambahan pula di waktu malam terdapat pertunjukan air pancut berirama.


Anda juga boleh mengelilingi persekitaran tasik di 99 Wonderland Park ini menggunakan bot yang telah disediakan. Mengelilingi tasik sambil melihat keindahan cahaya lampu yang berwarna-warni.


Buat masa sekarang ada promosi untuk harga tiket sehingga akhir November nanti. Boleh rujuk di sini untuk harga tiket ;


Catogeries

Saturday & Sunday/ Public Holiday / School Holiday

 

(9.30AM – 4PM)

Tuesday, Wednesday & Thursday

 

 

(5PM – 11PM)

Friday-Sunday*

Public Holiday/School Holiday

 

(5PM – 12AM)

MyKad (Adult)

RM30 (NP : RM40)

RM35 (NP : RM45)

RM45 (NP : RM55)

MyKad (Child/OKU/Senior citizen)

RM18 (NP : RM30)

RM20 (NP : RM35)

RM25 (NP : RM40)

Non-MyKad (Adult)

RM40 (NP : RM65)

RM45 (NP : RM70)

RM55 (NP : RM60)

Non-MyKad (Child/OKU/Senior citizen)

RM20 (NP : 35)

RM25 (NP : RM40)

RM30 (NP : RM50)


99 Wonderland Park Selayang



Untuk maklumat lanjut mengenai 99 Wonderland Park Selayang ni, anda boleh la dapatkan di ;


Laman web : www.99wonderlandpark.com.my

Email : enquiry@99wonderlandpark.com.my

Tel : 03-6128 3799


Post a Comment

1 Comments

  1. ramai orang share tempat ni, nanti nak cuba ke sini jugalah

    ReplyDelete