Berita baik buat semua terutama bagi golongan yang cintakan kecantikan! Bermula dari sekarang sehingga 23 November 2021, Guardian menganjurkan ekstravaganza Beauty Around The World (BATW) yang menampilkan trend terkini daripada 60 jenama terkemuka dari seluruh negara termasuk Malaysia, Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Taiwan dan banyak lagi.
Menariknya lagi, terdapat lebih 7,000 produk akan ditawarkan dalam kempen ini menunjukkan komitmen Guardian dalam membawakan jenama kecantikan terkini kepada pelanggannya sekaligus trend kecantikan terbaru dari segi ramuan dan tekonologi pada nilai terbaik kepada pelanggan.
Terdapat beberapa tema yang diketengahkan oleh Guardian sempena Beauty Around The World (BATW) ini ;
1. East Meets West (Timur Bertemu Barat)
- Solekan harian semulajadi orang Jepun
- Seri bak embunan Korea
- Solekan gaya barat terkini
- Mengapa anda memerlukan penjagaan yang wajar untuk kesejahteraan anda
- Dapatkan produk-produk terbaik untuk meningkatkan kebersihan mulut, rambut dan badan anda
- Selain daripada bersenam secara rutin, pengambilan vitamin dan makanan tambahan boleh membantu meningkatkan kesejahteraan anda. Terokai apa yang anda perlukan untuk gaya hidup yang aktif.
“Kami menghargai kepercayaan pelanggan kami dalam memastikan bahawa kami membawa jenama-jenama global terbaik kepada mereka pada nilai yang hebat, maka kami mengkaji dan menyelidik trend kepenggunaan dan kecantikan yang sedang berkembang di seluruh dunia untuk membawa masuk jenama-jenama yang paling memberi impak.“Sebagai contoh, kami mempunyai jenama dari Jerman yang mewakili teknologi penjagaan kulit terkini dalam mencegah penuaan kulit pra-matang, jenama dari Amerika Syarikat yang menyediakan penyelesaian penjagaan rambut dirumah terbaik, penjagaan kulit dengan Vitamin C yang terbaru dari Perancis - satu trend yang popular sekarang, teknologi topeng muka terkini dari jenama topeng muka nombor satu Korea dan banyak lagi.”
Pada 10 November 2021, jam 8.00 malam, berlangsungnya Guardian Live Market. Manakala pada 13 November 2021 pula akan berlangsung 'Pesta Beauty Around The World' yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Guardian pada jam 2.00 petang.
Diskaun sehingga 50% ditawarkan sepanjang tempoh ini untuk pilihan jenama kecantikan terkemuka. Ini termasuk produk kecantikan kecantikan semulajadi terbaik dan jenama-jenama termasuk beberapa jenama tempatan dan banyak lagi promosi lain.
1 Comments
Lumayan betul hadiah untuk dimenangi
ReplyDelete