Eskayvie Lancarkan Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak

Umum semua tahu, kita sekarang ni dah masuk fasa ke-4 pelan pemulihan negara dimana kita dah menuju ke endemik dari pandemik bermakna kita dah perlu hidup dengan Covid-19 seperti wabak lain seperti influenza A dan B.


Walau pun telah lengkap divaksinasi kita masih lagi boleh dijangkiti dengan Covid-19 dan menjangkiti orang lain namun risiko untuk ke tahap yang berbahaya adalah rendah berbanding mereka yang tidak divaksin.


Bagi individu dewasa dan remaja 12 tahun ke atas rata-rata sekarang dah mula terima vaksin. Tapi kanak-kanak bawah 12 tahun masih belum layak untuk terima vaksin dan mereka ini merupakan golongan yang sangat berisiko tinggi untuk dijangkiti. Oleh yang demikian, kerajaan dan KKM juga tidak menggalakkan golongan ini berada di tempat yang sesak.


Sebagai ibu bapa kita memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak ini terlindung daripada penyakit yang berbahaya dan mengelak berada di tempat awam yang sesak.


Diffenz Junior Inovasi Terkini Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak


Eskayvie Lancarkan Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak


Pada Oktober lepas syarikat bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis, di ibu kota hari ini.


Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.


Eskayvie Lancarkan Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak


“Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.

 

"Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.

 

Walaupun Malaysia telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya.

 

"Justeru mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.

 

"Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan

aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah," katanya lagi.

 

Dr Syid Ayob berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.

 

Eskayvie Lancarkan Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak


Diffenz Junior ini dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.

"Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.


Eskayvie Lancarkan Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak


"Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.

Untuk pengetahuan korang, bahan yang terdapat dalam Diffenz Junior ni mempunyai bahan yang sama yang digunakan dalam Diffenz keluaran Eskavyie. Aku pernah kongsikan kebaikan produk ni sebelum ni dan ianya memang baik untuk tingkatkan sistem imun badan lebih-lebih lagi pada individu yang positif Covid-19. Memang wajib ambil Diffenz ni untuk melawan virus.

Eskayvie Lancarkan Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak


Pada majlis tersebut juga, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.

"Ia untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.


Eskayvie Lancarkan Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak


“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.


Majlis turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.


Pada majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021.


Cara Dapatkan Diffenz Junior


Bagi ibu bapa yang mementingkan perlindungan anak-anak lagi-lagi ketika ini dengan kes harian yang tidak nampak ada penurunan boleh lah dapatkan Diffenz Junior untuk tingkatkan sistem imun mereka.


Kita sebagai ibu bapa perlu berusaha untuk pastikan anak-anak ini terjamin kesihatan mereka sebab kalau mereka sakit atau dijangkiti virus yang merbahaya kita juga yang pening kepala dan susah hati.





Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut berkaitan Diffenz Junior ni korang boleh laman web
www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut.


FB PAGE: Eskayvie Malaysia -  https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

 

 

 

Post a Comment

3 Comments

  1. bagusnya dah ada untuk kids.. ramai dah cuba yang dewasa punya. okay sesuai.. nak kena cuba kids punya la pulak.

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dijauhkan dari perkara tidak diingini...

    sentiasa sihat dan cergas sepanjang hari

    ReplyDelete
  3. Jom dapatkan diffenz sekarang 🥰

    ReplyDelete