Kali terakhir aku naik ke Genting Highlands rasanya sekitar tahun 2018. Agak lama jugalah sebenarnya. Jadi, bila kerajaan umumkan yang kita sudah boleh merentas negeri memang tempat pertama yang terlintas di fikiran adalah Genting Highlands.
Setelah agak lama merencana percutian ke Genting Highlands, akhirnya Sabtu lepas Allah memakbulkan hajat dan untuk percutian kali ini aku memilih GEO Resort & Hotel iaitu sebuah hotel yang agak baru juga dibuka. Hotel ini terletak berdekatan dengan Swiss Hotel Genting Highlands.
Hotel Review | GEO Resort & Hotel Genting Highlands
Untuk percutian kali ini aku memilih bilik jenis Superior Twin Room. Bilik yang berkeluasan 32.5 sqm ini cukup luas sebenarnya untuk 2 orang dewasa. Apa yang tersedia di dalam bilik yang aku pilih ini ialah ;
- Twin Bed
- Work Desk
- LED TV
- Coffee/Tea Maker
- Hair Dryer and Iron Board & Iron
- Minibar
- Rain Shower
- Bathroom amenities
- Weighing Scale
- Bathrope
Bilik aku juga terdapat balkoni. Cukup nyaman untuk menghidup udara sejuk di Genting Highlands sambil menikmati secangkir kopi panas!
Oleh kerana aku menginap selama 3 hari 2 malam di GEO Resort & Hotel Genting Highlands ini, jadi aku berkesempatan untuk menikmati Hi-Tea di Glass Haus yang terletak di aras paling tinggi hotel ini iaitu di Roof Top.
Buat masa sekarang Glass Haus hanya dibuka untuk minum petang sahaja. Dengan hidangan minum petang yang bukan sahaja dihias cantik malah semuanya enak belaka. Bayangkan, menikmati hidangan minum petang yang enak sambil menikmati pemandangan dari aras paling tinggi di hotel. Oleh kerana ruangan di sini terbuka jadi anda dapat menghirup angin sejuk Genting Highlands.
Untuk hidangan Hi-Tea ini harganya RM98nett jika dine-in manakala jika takeaway pula harganya RM120nett. Setiap set termasuk kopi dan teh untuk 2 orang. Hi-Tea bermula dari pukul 2 petang hingga 6 petang setiap hari.
Pada sebelah malamnya pula kami menikmati steamboat di Cabana yang berkonsepkan contemporary all-day dining restaurant. Memang sesuailah pada malam yang dingin di Genting Highlands ini dihidangkan dengan steamboat yang panas dan enak.
Nikmati makan malam sebegini ramai-ramai sama ada bersama rakan taulan atau bersama keluarga memang sangat sesuai. Sambil menikmati hidangan, sambil berkongsi cerita sampai tak sedar masa yang berlalu.
Nikmati Roti Sarang Burung Di Restoran Cabana
Restoran Cabana di GEO Resort & Hotel Genting Highlands ini menyediakan sarapan pagi yang cukup mewah dengan menu makanannya yang pelbagai. Sarapan pagi pertama kami dihidangkan dengan nasi lemak, ayam masak merah, bihun goreng dan bermacam lagi hidangan buffet.
Namun yang paling menarik ialah roti sarang burung yang disediakan oleh chef yang sangat berpengalaman. Melihat aksinya menebarkan roti canai terasa seperti berada di kedai mamak. Boleh juga pilih untuk makan sama ada roti canai biasa atau roti sarang burung dengan pilihan citarasa telur goyang atau telur biasa.
Hari kedua pula, menunya sedikit berbeza walau menu nasi lemaknya dikekalkan. Jika hari pertama dihidangkan dengan menu bihun goreng, hari kedua kami di sini dihidangkan dengan kuey teow goreng, ayam masak kicap dan pelbagai lagi menu lain yang semua tak kurang sedapnya.
Dari segi menu-menu sarapan di GEO Resort & Hotel Genting Highlands ini, aku sedikit pun tiada komen. Semuanya sedap di tekak aku dan menunya sangat banyak. Pada aku sangat berbaloi dengan harga.
Pelbagai Menu Makan Tengahari Yang Menarik
Hidangan makan tengahari juga disediakan di Restoran Cabana yang terletak di aras 1, GEO Resort & Hotel Genting Highlands. Untuk hidangan tengahari tiada buffet disediakan, hanya hidangan ala-carte sahaja namun anda boleh memilih pelbagai menu menarik yang disediakan di sini.
Antara menu yang kami pilih tempoh hari ialah ;
- Spicy Marinara
- Seafood Aglio Olio
- Masala Chicken Pizza
- Nasi Goreng Padang
- Grilled Chicken Sandwich
- Peri-Peri Chicken
- Chicken Chop
Tetapi yang paling istimewa, ada dessert yang dinamakan Ice Cream Nasi Lemak. Uniknya dessert ini ialah ianya ais krim kelapa yang dihidangkan bersama sambal, ikan bilis, telur dan timun. Sama seperti hidangan nasi lemak sebenar dan rasanya memang sedap!. Siapa sangka kombinasi manis ais krim kelapa ini sangat enak sebenarnya dimakan bersama sambal, ikan bilis, telur dan timun! Jika anda ke GEO Resort & Hotel Genting Highlands, jangan lupa mencuba ais krim nasi lemak.
Lain-Lain Fasiliti Yang Terdapat di GEO Resort & Hotel Genting Highlands
Seperti hotel-hotel yang bertaraf 4.5 bintang yang lain, GEO Resort & Hotel Genting Highlands turut menyediakan kemudahan berikut ;
- Exquisite dining at six
restaurants
- Heated outdoor children and adult
infinity pool
- Complimentary towel service
- Special pool side menu
- Business Centre with meeting
butler
- Fitness Centre; a selection of
free weights, treadmills, cycles, cross trainer and accessories
- Zumba & Yoga Room
- Cigar Piano Lounge
- Concierge
- Tour Desk
- Limousine & Shuttle Service
- Grand Ballroom
- Conference Rooms
- Teleconferencing Room with Smart
Screen
- Surau
Tempat Menarik di Sekitar GEO Resort & Hotel Genting Highlands
Oleh kerana GEO Resort & Hotel Genting Highlands terletak di laluan yang strategik, agak mudah bagi para tetamu untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang berada di sekitar hotel. Antaranya ialah ;
- Genting Skyway Cable Car
- Genting Premium Outlets
- Golf Course
- Chin Swee Cave Temple
- Gunung Bunga Buah Hiking Trail
- Happy Bee Farm
- Orchid Farm
- Ginger Farm
- Genting Strawberry Farm
- Kuala Gandah Elephant Conservation Centre
- Fashion Forest
- Bentong Fruit Orchard
Genting Premium Outlets hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari hotel, jadi anda boleh memilih untuk menaiki grab untuk ke sana (hujung minggu biasanya GPO sangat sesak, jadi bolehlah menaiki grab untuk elak dari buang masa mencari parking sambil menjimatkan duit parking yang agak mahal di GPO). Dari GPO, anda boleh menaiki kereta kabel untuk ke Genting Theme Park atau ke Chin Swee Cave Temple dengan harga tiket pergi dan balik RM18 sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai GEO Resort & Hotel Genting Highlands, anda boleh hubungi ;
Alamat : GEO RESORT & HOTEL
Jalan Permai 2,
Genting Permai Avenue,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia
Tel : +603-9213 0838
Fax : +603-9213 0828
Email : inquiry@georesort.my
0 Comments