Hotel Review | Wyndham Acmar Klang

Hotel Wyndham Acmar Klang kini merupakan mercu kebanggaan Klang. Hotel bertaraf 5 bintang ini adalah hotel terbesar di Klang. Terletak di laluan strategik berhampiran bandar I-City Shah Alam, Hotel Wyndham Acmar Klang ini adalah penginapan yang sesuai buat anda sekeluarga.


Hotel Review | Wyndham Acmar Klang

Mempunyai 488 buah bilik termasuk 5 kategori Suite dan 3 kategori Apartment. Namun buat masa sekarang, hanya 5 kategori bilik dibuka iaitu ;


  • Superior Room (28 buah bilik)
  • Deluxe Room (226 buah bilik)
  • Junior Suite (24 buah bilik)
  • Executive Suite (14 buah bilik)
  • 3 Bay Suite (1 buah bilik)

2 minggu lepas aku berkesempatan untuk menginap di bilik kategori Deluxe Room dan yang menariknya di Wyndham Acmar Klang ini adalah kesemua katilnya adalah dari jenis Super King. Malah mug yang disediakan di dalam bilik juga bersaiz super dan apa yang aku perhatikan sememangnya Wyndham Acmar Klang ini menyediakan segalanya yang super baik dari segi saiz bilik, saiz katil hinggalah ke saiz mug. Pendek kata memang selesa menginap di sini.

Hotel Review | Wyndham Acmar Klang

Hotel Review | Wyndham Acmar Klang


Apa yang disediakan oleh Wyndham Acmar Klang ini juga boleh dikatakan serba lengkap ;

  • Individually controlled air conditioning system
  • 43-inch Hospitality LED TV with cable TV Channels
  • Internet access via Wi-Fi connectivity
  • Minibar
  • Working desk
  • In-room safe
  • Bathroom amenities
  • Bedroom slippers
  • Weighing scale
  • Bathrope
  • Coffee/tea making facility
  • Hairdryer and iron & iron board facilities
  • Executive Club Room and Suites with exclusive access to Executive Lounge

Memang lengkap! Dan yang paling aku tertarik adalah tentang 43-inch LED TV yang disediakan di sini kerana TV di sini boleh dipusing sehingga 360° mengikut keselesaan kita. Maksudnya, walaupun anda berada di working desk, anda masih dapat menonton siaran kegemaran anda walaupun TV itu berada betul-betul di hadapan katil. 


Tapi aku paling suka bilik airnya. Selain luas, bilik air Wyndham Acmar Klang ni sangat selamat dan mesra OKU. Lantainya direka khas bagi memudahkan golongan OKU dan tidak licin. Patutlah hotel ini bertaraf 5 bintang!


Hotel Review | Wyndham Acmar Klang



Bagi mereka yang berkeluarga dan ada anak-anak yang ingin bermain kolam, jangan bimbang kerana di Wyndham Acmar Klang ini terdapat sebuah kolam renang yang besar.


Hotel Review | Wyndham Acmar Klang


Seperti yang aku ceritakan di atas tadi, sememangnya Wyndham Acmar Klang menyediakan semua yang super, Coffee Housenya juga bersaiz super dan sangat selesa buat anda sekeluarga untuk menikmati juadah. Nasi Goreng, Nasi Lemak dan Sambal Nasi Lemak di sini sangat sedap ye! Jadi, jika anda menginap di sini jangan lupa untuk mencuba menu yang aku sebutkan ini.


Hotel Review | Wyndham Acmar Klang


Harga untuk satu malam penginapan di Wyndham Acmar Klang adalah bermula dari RM200++ dan untuk Meeting Pakej pula adalah seperti berikut ;

1. Full Day (RM150 nett)
  • RM150/pax
  • 2 Coffee Breaks
  • 1 Lunch
  • 8 Hours of Meeting Room Usage

2. Half Day (RM120 nett)
  • RM120/pax
  • 1 Coffee Breaks
  • 1 Lunch
  • 4 Hours of Meeting Room Usage

Pakej adalah termasuk ;
  • Meeting Amenities
  • 1 Flipchart with markers
  • LCD Projector & Screen
  • Standard PA System
  • Complimentary Wifi
  • Drinking Water & Mints

Hotel Review | Wyndham Acmar Klang


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Wyndham Acmar Klang, hubungi mereka di ;

Alamat : wyndham Acmar Klang,
No.1-G-1, Persiaran Bukit Raja 2/KU1,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan

No. Tel : 03-33118888

Post a Comment

5 Comments

  1. Bilik air best tak sis? Nak try lah ke hotel ni. Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik air dia paling best hahah tp ritu pack sgt masa sampai lupa amik gambar bilik air hehe

      Delete
  2. Biasa balik Klang memang nampak je hotel ni tau, tapi entah tak rasa nak stay, bila nengok post Min ni, woww beno yaaa.. one day balik boleh stay sini laaaa

    ReplyDelete