Peralihan Ke Fasa Endemik Ditangguhkan Kerana Omicron

Dunia kembali dikejutkan dengan varian terkini COVID-19 iaitu varian B.1.1.529 yang kini dinamakan Omicron yang dikatakan lebih membimbangkan.


Omicron, B.1.1.529 diklasifikasikan sebagai varian yang membimbangkan kerana ia memiliki sifat seumpamanya. Varian ini mempunyai sejumlah besar mutasi dan beberapa mutasi ini mempunyai beberapa ciri yang membimbangkan


Peralihan Ke Fasa Endemik Ditangguhkan Kerana Omicron
Gambar Kredit : The Star



Oleh kerana itu Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk memperhalusi semula langkah bagi mengumumkan fasa 'Peralihan ke Endemik' sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian baharu COVID-19, Omicron.



Melalui petikan Berita Harian, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata walaupun belum ada kes membabitkan varian Omicron di Malaysia, tindakan berhati-hati perlu dilaksanakan berikutan varian itu dilaporkan sangat pantas dan mudah berjangkit.



Sebelum ini, kita memutuskan kemungkinan mengumumkan fasa 'Peralihan ke Endemik' namun dihentikan seketika untuk melihat perkembangan varian Omicron yang menular ke seluruh dunia.



Kita bimbang semua yang dirancang dan yang diumumkan dalam masa terdekat seperti kelonggaran, prosedur operasi standard (SOP) dan tujuh asas menuju fasa endemik mungkin terjejas jika kita tidak memantau varian ini secara dekat.

Post a Comment

2 Comments

  1. Harap2 Omircon tak melancong ke negara kita

    ReplyDelete
  2. Perlunya kita berhati-hati walau di mana berada. Yang penting, jaga kebersihan.

    ReplyDelete