Kulit berminyak dan berjerawat sememangnya sangat merunsingkan hati. Siapa sahaja wanita yang tak susah hati apabila kulit muka mula dihinggapi jerawat dan muka sangat berminyak, make-up pun tak lekat!
Tahukah anda keadaan ini mungkin terjadi kerana hormon yang tidak menentu atau pun kerana skin barrier kita mulai rosak.
Ketahui Apa Itu 'Skin Barrier'
Apa Puncanya Skin Barrier jadi Bermasalah?
1) Faktor Umur
Makin umur meningkat, skin barrier kita akan beransur lemah.
2) Over-Exfoliation
Guna Scrub yg terlalu kasar atau chemical exfolaint/clay mask secara berlebihan.
3) Cuci Muka Berlebihan
Mencuci muka terlalu kerap. Mencuci muka adalah disarankan maksima 2 kali sehari (cuci menggunakan pencuci muka). Mencuci muka terlalu kerap akan menyebabkan hilang minyak asas pada kulit wajah.
4) Guna Produk yang Mengandungi Harsh Ingredients
Menggunakan produk yang tinggi peratusan alkohol & SLS/SLES
5) Tidak menggunakan sunscreen
Terdedah dengan cahaya UV tanpa menggunakan sunscreen sebagai pelindung.
6) Pencemaran dan terdedah pada persekitaran
Habuk/Asap/Debu (Free Radicals) dan perubahan cuaca atau suhu yang terlampau panas/sejuk juga boleh memberi kesan kepada skin barrier.
Pulihkan Kulit Berminyak Dan Berjerawat dengan Some By Mi AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner & Cream
Jujur, aku memiliki kulit yang berminyak dan berjerawat. Keadaan ini sangat merunsingkan hati kerana jerawat kerap tumbuh, sedikit sebanyak akan mengganggu emosi terutama ketika berhadapan dengan orang ramai.
Mujurlah baru-baru ini aku mula mencuba Some By Mi AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner & Cream. Aku mula tertarik menggunakan produk ini setelah aku membuat sedikit kajian tentang bahan yang terkandung di dalam Some By Mi AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner & Cream.
Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai Some By Mi AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner & Cream, suka aku berkongsi sedikit info tentang apa itu AHA, BHA dan PHA. Aku pasti tak semua yang tahu tentang ini.
Buat pengetahuan, Alpha Hydroxy Acid (AHA) adalah sejenis asid larut dalam air yang diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan pemprosesan. Kandungan AHA dalam produk penjagaan kulit boleh didapati dalam bentuk citric acid (berasal dari jeruk), glycolic acid (berasal dari tebu), hydroxycaproic acid (berasal dari royal jelly), hydroxycaprylic acid (berasal dari haiwan), lactic acid (berasal dari karbohidrat), malic acid (berasal dari buah-buahan) atau tartaric acid (berasal dari anggur).
AHA mempunyai banyak fungsi untuk kecantikan dan kesihatan kulit dari merawat jerawat, menghilangkan parut jerawat, menghilangkan sel kulit mati sehinggalah mencerahkan warna kulit yang tidak sekata.
Beta Hydroxy Acid (BHA), pula asid larut lemak yang biasanya diperoleh dari kulit pokok willow, kayu manis atau daun wintergreen. Produk penjagaan wajah yang mengandungi BHA disyorkan untuk merawat masalah kulit berminyak kerana bersifat mengering.
Polyhydroxy Acid (PHA) adalah sebastian yang berasal dari AHA yang berfungsi untuk mengelupas sel-sel kulit mati dan meratakan warna kulit. Tidak seperti AHA dan BHA, PHA tidak menjengkelkan kulit atau menjadikannya sensitif terhadap cahaya matahari.
Menariknya tentang Some By Mi AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner & Cream ini adalah kerana menggabungkan ketiga-tiga asid ini untuk membantu mendapatkan kulit yang sihat tanpa jerawat.
Some By Mi AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner
- Non-comedogenic tested
- Dematologist tested
- Good Manufacturing Cosmetic Practice
0 Comments