Awasi Tanda-Tanda Demam Kepialu/Tifoid Di Musim Banjir

Demam Kepialu/Tifiod adalah satu lagi penyakit bawaan air/makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi.


Bakteria ini terdapat di dalam darah, air kencing dan najis pesakit dan najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang ada bakteria tifoid tetapi tidak ada gejala demam tifoid. 


Awasi Tanda-Tanda Demam Kepialu/Tifoid Di Musim Banjir


Cara-cara Demam Kepialu Merebak 


Demam Kepialu merebak melalui ;


  • Makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi S. typhi
  • Makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit dan pembawa
  • Hinggapan lalat yang ada bakteria S.typhi
  • Guna air tercemar semasa dan selepas banjir


Tanda-Tanda Dan Gejala Demam Kepialu/Tifoid


Berikut adalah tanda-tandadan gejala demam Kepialu/Tifoid ;

  • Demam panas berpanjangan
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Sakit badan/lemah/letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Mata layu & cengkung
  • Tidak sedarkan diri & meracau
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)


Post a Comment

1 Comments

  1. bekalan air yang terhad dan gangguan sistem kumbahan memang jadi punca pelbagai jenis penyakit

    ReplyDelete