Berikutan musibah banjir yang melanda beberapa negeri di negara kita, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersedia membantu mangsa-mangsa banjir.
Bantuan Wang Ihsan yang bakal diterima adalah ;
- RM1,000 (Ketua Isi Rumah) sama ada berindah atau tidak berpindah
- RM500 (mangsa) - kematian
Syarat kelayakan bantuan wang ihsan adalah seperti berikut ;
- Warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan diri (MyKad) yang sah
- Mestilah merupakan MANGSA BENCANA ketika bencana berlaku.
- Mangsa MENDIAMI atau MENDUDUKI RUMAH PERSENDIRIAN
- Mangsa banjir wajib mendaftarkan nama dengan maklumat lengkap menggunakan nama KIR
- Pendaftaran nama yang sah perlu dilakukan sepertimana yang berikut ;
1. Berpindah ke PPS - Mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2. Tidak berpindah ke PPS - Mendaftar dengan JPKK / Ketua Komuniti di tempat masing-masing
Semua permohonan akan diselaraskan dan disahkan oleh pejabat daerah masing-masing
0 Comments