Pernahkah anda dengar tentang penyakit batu karang? Penyakit batu karang merupakan sesuatu yang lazim dalam kalangan rakyat Malaysia. Bayangkan, setiap tahun, 1 daripada 1000 orang dewasa di Amerika Syarikat akan dimasukkan ke hospital disebabkan masalah batu karang.
Di benua Asia pula, batu karang selalunya berlaku dengan kekerapan sebanyak 10% hingga 20%. Untuk mendiagnosis penyakit batu karang, pesakit mungkin perlu melakukan ujian air kencing dan juga ujian pengimbasan. Batu karang merupakan penyakit yang lazim berlaku di kalangan orang dewasa yang berada pada pertengahan umur.
Aku juga tidak terkecuali dari pernah terkena penyakit ini ketika berusia belasan tahun. Namun setelah mendapatkan rawatan, Alhamdulillah kini sudah sembuh sepenuhnya.
Apa itu batu karang?
Batu karang merupakan deposit keras yang terbentuk akibat pengumpulan mineral dan garam di dalam kawasan buah pinggang. Ada banyak punca yang menyebabkan pembentukan batu karang. Antaranya ialah ;
- Diet
- Berat badan berlebihan
- Masalah kesihatan tertentu
- Pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan
Secara purata, 1 daripada 10 orang akan mengalami masalah batu karang. Selain itu, batu karang boleh terbentuk di sebelah buah pinggang atau kedua-duanya.Individu yang mengalami masalah batu karang selalunya akan diserang rasa sakit yang amat sangat. Jika tidak dirawat dalam jangka masa panjang, penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan dan merosakkan buah pinggang.
Penyakit batu karang juga boleh berlaku kepada kanak-kanak pada usia seawal 5 tahun. Antara punca keadaan ini ialah tabiat pemakanan yang tidak sihat.Contohnya, ibu bapa zaman ini selalu memberikan anak mereka mengambil makanan yang bergaram seperti kentang goreng dan snek kerepek kentang.
Namun, bukan makanan bergaram sahaja yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami batu karang, makanan bergula pun sama! Oleh sebab itu, pantau kesihatan anak-anak anda. Elakkan memberi mereka makanan yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi.
Jenis-jenis Batu Karang
Batu karang akan terbentuk apabila urin menjadi pekat.
Ini akan menyebabkan mineral melekat bersama lalu membentuk hablur.
1. Batu karang kalsium
Kebanyakan batu karang merupakan dari jenis batu kalsium dan
selalunya dalam bentuk kalsium oksalat. Untuk pengetahuan anda, oksalat ialah
bahan yang boleh dijumpai secara semula jadi di dalam makanan seperti kekacang
dan juga coklat.
2. Batu struvite
Batu struvite terbentuk akibat jangkitan pada kawasan
saluran kencing. Batu jenis ini boleh membesar dengan cepat tanpa sebarang
simptom.
3. Batu urik asid
Batu jenis ini terbentuk dalam kalangan individu yang
kehilangan terlalu banyak air disebabkan cirit birit yang kronik ataupun mempunyai
masalah penyerapan, terutamanya yang mengamalkan diet tinggi protein atau
mempunyai penyakit diabetes.
4. Batu cysteine
Batu ini terbentuk dalam kalangan individu yang mempunyai penyakit keturunan yang dikenali sebagai cystinuria. Penyakit ini menyebabkan individu tersebut mengkumuhkan terlalu banyak asid amino keluar daripada buah pinggang.
Sumber : helloDoktor |
Apakah Simptom Penyakit Batu Karang?
Jika batu karang yang berada di dalam saluran air kencing bersaiz kecil, pesakit mungkin tidak akan alami sebarang simptom. Malah, mereka juga mungkin tidak tahu bahawa dirinya pernah alami batu karang.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai batu karang yang
bersaiz besar, anda mungkin akan alami simptom seperti berikut:
1. Sakit pada bahagian bawah abdomen.
Penyakit batu karang akan mendatangkan kesakitan apabila ia menyebabkan iritasi atau tersumbat pada saluran air kencing. Apabila batu karang tersangkut, pengaliran air kencing akan tersekat dan ini akan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian abdomen.
Kesakitan yang disebabkan oleh batu karang boleh
berubah-ubah mengikut lokasi. Sebagai contoh, pesakit mungkin akan rasa semakin
sakit apabila batu tersebut bergerak melalui saluran air kencing.
2. Pedih ketika membuang air kecil.
Rasa pedih ketika kencing merupakan salah satu tanda penyakit batu karang. Walau bagaimanapun, ia selalu disalah anggap sebagai jangkitan saluran kencing atau UTI. Ini apa yang aku alami suatu ketika dahulu. Rasa sangat pedih ketika membuang air kecil juga rasa tidak puas membuang air kecil. Keadaan ini sangat menyiksakan.
3. Terpaksa membuang air kecil dengan kerap.
Pesakit yang mengalami batu karang akan kerap ke tandas
untuk membuang air kecil. Selain itu, mereka juga sering rasa ingin terkencing
secara tiba-tiba atau alami masalah kecing tidak lawas.
4. Darah di dalam air kencing.
Air kencing yang berwarna merah jambu, merah gelap atau coklat merupakan tanda pendarahan. Selain itu, pesakit juga mungkin akan alami simptom lain seperti air kencing yang keruh dan berbau busuk.
Cystone Dari Himalaya Bantu Sihatkan Buah Pinggang Anda
Cystone adalah tablet daripada herba terpilih yang digunakan untuk mengatasi masalah jangkitan kuman di saluran kencing. Antara kelebihan Cystone adalah membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti ;
- Kencing kotor
- Kencing berdarah
- Batu karang
- Membersihkan buah pinggang
- Gout
Saxifragra
Ligulata |
Saxifraga
ialah genus terbesar dalam keluarga Saxifragaceae, mengandungi kira-kira 440
spesies tumbuhan saka holartik, dikenali sebagai saxifrages atau rockfoils.
Perkataan Latin saxifraga bermaksud secara literal "pemecah batu",
dari bahasa Latin saxum ("batu" atau "batu") + frangere
("untuk memecahkan"). Ia biasanya dianggap menunjukkan kegunaan
perubatan untuk rawatan batu kencing (dikenali sebagai batu ginjal atau pundi
kencing), dan bukannya memecahkan batu.
|
Didymocarpus
Pedicellata |
Didymocarpus ialah genus tumbuhan berbunga dalam
keluarga Gesneriaceae dan tipikal puak Didymocarpeae. Terdapat kira-kira 100
spesies yang diketahui diedarkan di India, Nepal, Bhutan, Myanmar, selatan
China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu, dengan
satu spesies menjangkau hingga utara Sumatera. Sesetengah ahli genus terkenal
dengan khasiat perubatannya, terutamanya untuk menyembuhkan penyakit yang
berkaitan dengan buah pinggang. |
Rubia
cordifolia |
Rubia cordifolia, sering dikenali sebagai common madder atau Indian
madder, ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga kopi, Rubiaceae. Ia
telah ditanam untuk pigmen merah yang diperoleh daripada akar. Nama biasa tumbuhan ini termasuk manjistha dalam bahasa Sanskrit,
Marathi, Kannada dan Bengali, majith dalam bahasa Hindi dan Gujarati, བཙོད་ dalam bahasa Tibet,
tamaralli dalam Telugu, manditti dalam bahasa Tamil. |
Tribulus
terrestris |
Tribulus terrestris ialah tumbuhan tahunan dalam
keluarga caltrop (Zygophyllaceae) yang tersebar luas di seluruh dunia. Ia disesuaikan untuk tumbuh di lokasi iklim
kering di mana beberapa tumbuhan lain boleh hidup. Ia berasal dari kawasan
sederhana panas dan tropika di selatan Eurasia dan Afrika. Ia telah
diperkenalkan secara tidak sengaja ke Amerika Utara dan Australia. Spesies
invasif yang agresif dan tahan lasak, T. terrestris dikenali secara meluas
sebagai rumpai berbahaya kerana buahnya yang kecil berkayu – bur – mempunyai
duri panjang yang tajam dan kuat yang mudah menembusi permukaan, seperti
berkaki ayam atau kasut nipis pekerja tanaman dan lain-lain. pejalan kaki,
getah tayar basikal, dan mulut serta kulit haiwan meragut. |
6 Comments
bagus la himalaya ni keluarkan produk macam ni dan yes memang trusted brand dari dulu. siapa yang ada masalah batu karang memang kena rawat..boleh la try cystone ni
ReplyDeleteI'm Himalaya fan for some of its hair care & health supplements, yet to try this & thanks for sharing your personal review of this. Will check out for sure :)
ReplyDeleteCheers Siennylovesdrawing
I am Himalaya brand fans, taking constantly their multivitamin and also soap products. It is a trusted brand with superior quality.
ReplyDeleteantara produk yg bagus utk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran.. dan jenama ini sendiri mmg dipercayai
ReplyDeleteWahhh terbaik ni. Boleh rekemen pada kawan kawan yang ada batu karang
ReplyDeleteAlhamdulillah sekarang ni tak ada lagi sakit kronik dan minta jauh dari semua tu... Himalaya ni memang jenama yang dah terkenal dan popularkan...
ReplyDelete