Hotel Review | 8 Kia Peng Suites

Bertuah sungguh rasanya apabila minggu lepas aku berkesempatan untuk merasai sendiri menginap di hotel terbaru di bandaraya Kuala Lumpur iaitu 8 Kia Peng Suites yang terletak di 8 Jalan Changkat Kia Peng, Kuala Lumpur.


Hotel Review | 8 Kia Peng Suites


Buat pengetahuan, 8 Kia Peng Suites ini baru sahaja beroperasi pada 15hb November 2021 yang lepas. Bertepatan dengan namanya 8 Kia Peng Suites, penginapan di sini sudah pastinya berkonsepkan suites, bukan seperti bilik hotel yang biasa.


Jadi, untuk entri kali ini jpm aku kongsikan pengalaman penginapan aku selama 2 hari 1 malam di suite serba moden dan mewah ini.



Hotel Review | 8 Kia Peng Suites


Sebenarnya terdapat 4 jenis penginapan yang ditawarkan di 8 Kia Peng Suites iaitu ;


  • 1 + 1 Suite
  • 2-Bedroom Suite
  • 2 + 1 Duplex Suite
  • Penthouse

Bilik yang aku pilih ialah jenis 1 + 1 Suite yang mampu memuatkan 3 orang dalam 1 suite. Sangat sesuai buat pasangan yang mempunyai 1 orang anak kerana bilik ini menyediakan sebuah master bedroom dan sebuah bilik dengan single bed.


Hotel Review | 8 Kia Peng Suites


Berada di 8 Kia Peng Suites ini tidak terasa sebarang kekurangan kerana suites ini dilengkapi dengan segala keperluan seperti di rumah. Suite yang aku diami turut dilengkapi dengan ;


  • Mesin basuh yang lengkap dengan pengering
  • Peti sejuk
  • Microwave
  • Dapur untuk memasak
  • Cerek elektrik
  • Pinggan mangkuk
  • Periuk dan kuali
  • Peralatan memasak
  • Iron dan iron board
  • Hair Dryer
  • Segala kelengkapan sama seperti di bilik hotel

Malah Netflix juga turut disediakan bagi bagi memenuhi keperluan penginap untuk menonton filem kegemaran mereka bersama keluarga


Hotel Review | 8 Kia Peng Suites


Suite penginapan aku terletak di aras 22 dan betul-betul menghadap pemandangan KLCC. Pendek kata pemandangan melalui tingkap suite kami sangat indah. Bayangkan buka je mata bila bangun dari tidur, benda pertama yang aku nampak adalah KLCC yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.


Hotel Review | 8 Kia Peng Suites
Gambar bawah paling kanan tu aku ambil sebaik buka mata dari tidur..









Untuk menikmati Evening Cocktail dan Buffet Breakfast anda boleh terus ke aras 46 di mana terletaknya Sky Lounge yang menawarkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang sangat indah.


Hotel Review | 8 Kia Peng Suites


Buat masa sekarang 8  Kia Peng Suites menawarkan harga yang sangat berpatutan bagi mereka yang ingin menikmati Evening Cocktail dan sarapan iaitu ;


  • Buffet Breakfast : RM50 nett/adult  & RM25 nett/child (setiap hari bermula 6.30 pagi hingga 10.30 pagi)

  • Evening Coctail : RM90 nett/adult & RM45 nett/child (setiap hari bermula 5.30 petang hingga 7.30 malam)

Untuk hidangan sarapan pagi, walaupun buffet breakfast disediakan namun pilihannya tidaklah banyak seperti di hotel kerana harus faham tentang konsep suite agak berbeza dengan hotel yang dilimpahi pelbagai menu. Walau bagaimana pun, masih terdapat pelbagai menu untuk dipilih dan untuk tekak melayu aku ni, nasi lemak yang disediakan di 8 Kia Peng Suites ni memang sangat sedap terutama sambalnya yang sangat menepati piawaian tekak aku.


Hotel Review | 8 Kia Peng Suites
Hidangan Sarapan Pagi


Hotel Review | 8 Kia Peng Suites
Antara menu untuk Evening Cocktail


Fasiliti yang disediakan oleh 8 Kia Peng Suites ialah ;


  • Sky Lounge
  • Infinity Pool
  • Gymnasium
  • Multi Purpose Hall
  • Surau

Apa yang menariknya Infinity Pool di 8 Kia Peng Suites ini ialah bersaiz olimpik dan terdapat jakuzi turut disediakan.


Hotel Review | 8 Kia Peng Suites


Pendek kata, aku sangat berpuas hati dengan segala kemudahan yang ada di 8 Kia Peng Suites ini. Selain bilik yang luas dan bersih, pemandangan di sini juga sangat indah baik waktu malam atau pun di siang hari. 


Hotel Review | 8 Kia Peng Suites
Klik gambar untuk video 

Jika anda bercadang untuk ke Kuala Lumpur, inilah tempat yang wajib anda menginap bersama keluarga. Dan buat masa sekarang 8 Kia Peng Suites telah membuat promosi ;


1) 24-hour Flexi Stay Deal (booking melalui pautan ini https://bit.ly/3qTOZV8 , valid till 23 December 2021)


2) Opening Offer ;

  • RM359/night in 1+1 Suite with Breakfast for 2 ATAU RM299/night (room only)
  • RM459/night in 2_Bedroom Suite with Breakfast for 4 ATAU RM359/night (room only)

Untuk maklumat lanjut mengenai 8 Kia Peng Suites, boleh layari ;-




Post a Comment

1 Comments

  1. bestnya T_T belum ada rezeki nak duduk hotel dan pilih suite. semoga ada rezeki merasa

    ReplyDelete