Dah lama rasanya aku menyimpan hasrat untuk menginap di AVANI Sepang Goldcoast Resort, syukur Alhamdulillah semperna sambutan hari jadi aku yang ke 41 baru-baru ini berjaya juga aku merealisasikan hasrat aku yang satu ini.
Perjalanan dari Klang ke AVANI Sepang Goldcoast Resort sebenarnya agak jauh juga, mengambil masa 1 jam 30 minit atau hampir 2 jam juga untuk sampai ke destinasi. Kebetulan hari jadi aku jatuh pada hari biasa, bukan hujung minggu jadi perjalanan untuk ke AVANI Sepang Goldcoast Resort agak mudah tambahan lagi aku menggunakan highway untuk ke sana.
Hotel Review | AVANI Sepang Goldcoast Resort
Urusan untuk check-in agak mudah walaupun sedikit beratur. Waktu check-in sebenarnya ialah pada pukul 3 petang tetapi aku sampai awal 1 jam namun kami terus diberi bilik walaupun belum tiba waktu untuk check-in.
Selesai urusan check-in, aku dan suami uruskan pula tentang parking kereta. Di AVANI Sepang Goldcoast Resort ini terdapat 2 sistem parking disediakan iaitu ;
1. Valet Parking (di dalam kawasan resort) dan bayaran dikenakan ialah RM25 untuk 1 hari
2. Parking percuma di kawasan parking yang disediakan oleh pihak AVANI Sepang Goldcoast Resort yang dilengkapi dengan CCTV dan guard dan perkhidmatan shuttle disediakan.
Kami memilih parking percuma. Perkhidmatan shuttle juga agak pantas untuk mengambil dan menghantar kami ke kawasan parking yang disediakan.
Untuk ke bilik, perkhidmatan buggy disediakan kerana bilik agak jauh masuk ke dalam. Hanya perlu menunggu di kawasan yang disediakan dan buggy akan datang dan menghantar ke bilik.
Terdapat 4 jenis bilik di AVANI Sepang Goldcoast Resort iaitu ;
1. AVANI Superior Room (harga bermula dari RM516 - melalui website AVANI Sepang Goldcoast Resort )
2. AVANI Family Villa (harga bermula dari RM855 - melalui website AVANI Sepang Goldcoast Resort )
3. AVANI Two Bedroom Villa (harga bermula dari RM1,042) - melalui website AVANI Sepang Goldcoast Resort)
4. AVANI Three Bedroom Villa (harga bermula dari RM2,298) - melalui website AVANI Sepang Goldcoast Resort)
AVANI Superior Room
Bilik yang aku pilih ialah AVANI Superior Room yang berkeluasan 52 sqm yang mampu memuatkan 2 orang dewasa atau 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Apa yang tersedia di AVANI Superior Room ini ialah ;
- Situated on the first and second floors of the main trunk of
the palm
- Private balcony or terrace
- Choice of king bed with mosquito drapes or twin beds
- En-suite bathroom with shower
- LCD television
- High-speed internet access
- Daybed (can convert into an extra bed)
- Individually controlled air conditioning
- Ceiling fans
- Mini fridge
- Personal safe
- Yukata robe and slippers
Jujur, bilik ini sangat selesa buat kami suami isteri. Memang cukup luas buat kami. Ruang balkoninya yang luas dan dengan pemandangan yang cantik baik disenja hari atau di waktu pagi memang sangat mengasyikkan. Pada malam hari, boleh berborak dan bercerita panjang di balkoni ini sambil menghirup secangkir kopi dan menikmati angin laut pada waktu malam.
Sunset di sini sangat cantik! Jika anda menginap di AVANI Sepang Goldcoast Resort jangan lepaskan peluang menikmati sunset. Aku tempohari menikmati sunset sambil menyelusuri pantai. Memang sangat menikmati keindahan ciptaan Ilahi.
Di AVANI Sepang Goldcoast Resort yang paling mahal adalah viewnya. Baik sunset mahupun sunrise, pemandangan di AVANI Sepang Goldcoast Resort memang sangat cantik, oleh kerana itu aku tidak melepaskan saat-saat indah ketika waktu sunrise mahupun sunset di sini.
Pada sebelah malamnya kami menikmati makan malam di Restoran Bayu Malam yang terletak lebih kurang hanya 400 meter dari AVANI Sepang Goldcoast Resort. Kami suami isteri hanya berjalan kaki dari resort ke Restoran Bayu Malam ni sambil menikmati pemandangan sepanjang jalan.
Untuk sarapan pagi pula, oleh kerana pakej yang diambil adalah beserta sarapan pagi untuk 2 orang jadi kami menikmati sarapan pagi kami di Bila-Bila Restaurant. Menu hidangan sarapan di sini memang banyak dan semuanya sedap belaka. Pendek kata memang berpuashati sungguh dengan semua hidangan yang ada di sini.
Selepas menikmati sarapan pagi, bolehlah berenang di swimming pool kerana swimming pool betul-betul terletak berhadapan dengan Bila-Bila Restaurant ini. Selain Swimming pool, gym juga terletak berhadapan dengan Bila-Bila Restaurant.
Bagi mereka yang suka melakukan aktiviti, sebenarnya dia AVANI Sepang Goldcoast Resort ini menyediakan beberapa aktiviti seperti ;
✔️ Beach Walk
✔️ Nature Walk
✔️ Cross Country
✔️ Power Walk
Semuanya bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 9.45 pagi dan meeting pointnya di lobby. Apa pun untuk pertanyaan lanjut boleh dapatkan di reception.
Itulah serba sedikit perkongsian aku mengenai AVANI Sepang Goldcoast Resort. Pendek kata aku sangat berpuas hati dengan percutian pendek aku ini di AVANI Sepang Goldcoast Resort. Insyallah jika ada kesempatan dan rezeki aku akan ulang lagi percutian di AVANI Sepang Goldcoast Resort ini.
8 Comments
Memang best woo menginap sini.. Sis sekali je pergi, amik Family Room hujung sekali.. Makan pun sama di Bagan Lalang tu.. one day nak repeat gak laa stay sini lagi..
ReplyDeleteKan sis..kte pun plan nak repeat lagi hehe..masa kte gi aritu ada Hatta Dolmat pun stay jugak
Deletecantik tempat ni suka tengok. bolehlah bawa famili datang bercuti sambil rehatkan diri
ReplyDeletewah seronoknya kak min dapat menginap kt sini. setakat ni tak pernah lagi stay kt sini. in shaa Allah lepas ni boleh stay sini :_)
ReplyDeleteRawlins pun ada gak keinginan tu, ingatnya nak mai dengan keluarga. Tapi buat masa ni, tak berani lagi nak bawa diorang fly dari sarawak.
ReplyDeleteCantik dan nampak menenangkan je bilik-bilik di Avani Sepang GoldCoast ni kan... last 2 years masa ke sana, kami pun makan di Bagan Lalang tu... fefeeling nak repeat pun ada dah ni... orait, check tabung holiday sat... hehehehe...
ReplyDeleteit is so nice to stay there. I been there once for team building, nice hotel resort with lotsa activities
ReplyDeleteI pernah staycation kat situ sometime ago, memang best sunset view and dekat dengan kl
ReplyDelete