إِنَّا
لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, ʾinnā li-llāhi
wa-ʾinna ʾilayhi rājiʿūna
Seramai 17 korban banjir telah direkodkan sehingga pagi ini di seluruh negara. Jumlah itu melibatkan 11 mangsa korban telah ditemukan di Selangor manakala 6 korban lagi di Pahang Darul Makmur.
Manakala 4 lagi mangsa dilaporkan masih hilang dalam kejadian banjir lumpu di Telemong, Bentong.
Gambar Ihsan : Utusan |
Penemuan mayat itu menjadikan 17 orang
terkoban dalam kejadian banjir yang melanda lapan negeri, dan mengakibatkan
66,939 mangsa dipindahkan ke 466 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang
dibuka di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka,
Perak dan Kuala Lumpur.
Di SELANGOR, kawasan Taman Sri Muda,
merekodkan penemuan lapan mayat sehingga tengah malam tadi.
0 Comments