Ini berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia apabila kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi pengurangan kadar kompaun saman sehingga 80%.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Pembayaran saman boleh dibuat melalui ;
- Semua kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen dan Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara
- Portal dan Aplikasi MyBayar Saman
- Pejabat Pos Malaysia
- ATM Maybank
Diharapkan dengan pengurangan kadar kompaun saman sehingga 80% yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 ini akan meringankan beban bagi mereka yang terpaksa berhadapan dengan saman yang perlu dibayar saat ekonomi kita tidak berapa kukuh sejak dilanda pandemik COVID-19
Sumber : Jabatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
1 Comments
Ada masa lagi untuk bayar
ReplyDeleteTak payahlah beratur panjang kat kaunter