Review Movie The Medium (Thailand)

Untuk artikel kali ini aku ingin berkongsikan review filem The Medium sebuah filem bergenre seram dari negara Thailand. namun untuk penulisan kali ini bukanlah tulisan aku tetapi penulis asal untuk review kali ini ialah sahabat aku yang aku kenal sejak berbelas tahun dulu. 




Jika anda biasa dengan group Dunia Wayang di Facebook, anda pasti kenal beliau selaku admin group tersebut. 


Melalui keizinan beliau untuk aku publishkan reviewnya di blog aku, ini adalah review filem The Medium yang ditulis oleh beliau ;



Review Movie The Medium (Thailand)



The Medium 
Dir: Banjong Pisanthanakun


Dulu aku takut nak tidur malam bila tengok filem Shutter. Padahal tengok kat asrama ramai-ramai. Cite tulah satu-satunye cite hantu yang duduk kat tengkuk. Mulalah nak meraba tengkuk je bila teringat-ingat hantu awek tu. Lain macam penangan Shutter ni. Pengarah sama jugak abam Banjong. Kali ni abam Banjong datang lagi dengan karya baru The Medium bekerjasama dengan Na Hong Jin.



Sama jugak end product dia. Lahanat. Menyusahkan aku jugak nak menahan takut. Betul lah kata Are Fiq nak balik pun takut-takut. Tengok cermin belakang pun dah risau. Wei risau lah kot Mink tu ade kan. 



Apa yang menariknya The Medium ni? 
= Aku rasa bagaimana dia menjadikan cerita ini SEAKAN-AKAN sebuah kisah benar yang berlaku di daerah Isan di Thailand. Disinilah kita nampak kepintaran pengarah dan kumpulan penulisnya apabila sebuah storyline yang simple tetapi mereka tukarkan menjadi genre Mokumentari. Cuba The Medium dibuat menjadi sebuah horror thriller biasa tanpa temubual tanpa found footage tanpa kamera goyang-goyang. Aku rasa feelnya akan jadi bosan dan tiada keistimewaan dan langsung tiada magisnya.



Apabila ia dibikin sebegini rupa, kita secara automatiknya percaya yang cerita ini benar-benar terjadi. Sedar tak sedar kita mengikut temubual  Nim dengan penuh khusyuk sehingga kita melupakan jawapan kepada segala persoalan yang telah dispoil oleh Nim di 10 minit pertama penceritaan. 



Keduanya apabila Act 2 berlangsung dengan jayanya tanpa sempat penonton berehat. Sudahlah diberi klu yang sedikit di awal cerita, ditambah lagi dengan info misleading samada Mac atau BaYan yang merasuk Mink. Segalanya menjadi tanda tanya ditambah dengan elemen menyeramkan berpunca dari atmosfera filem yang suram. Apabila atmosfera suram mula terbentuk maka perasaan putus asa pun sampai, perasaan takut, perasaan risau pun bersatu. 



Maka apabila Act 3 bermula, penonton meletakkan POV didalam jurukamera yang menjadi mata pasukan dokumentari ini. Survival mode pun diaktifkan, walaupun tontonan diteruskan untuk mendapatkan jawapan kepada konflik rasukan Mink itu tetapi kita takkan terlepas dari mencari jalan keluar sendiri supaya kita dan jurukamera itu selamat. 



Dan itulah bagaimana The Medium berjalan. Seronok sebenarnya melihat karya yang bukan Hollywood sebagus seperti ini. The Medium diterima dunia kerana nilai universalnya dan keunikan dari segi budaya. Ia diterima kerana nilai kreativitinya dalam membuka ruang pendedahan kepada masyarakat luar negara tentang kepercayaan masyarakat Asia. 


Han Hasila
- shaman bloodline-

Post a Comment

1 Comments

  1. ok nak tengok la nanti...hahaha. kita suka tengok citer2 seram ni

    ReplyDelete