Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia disaran agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dalam tempoh empat (4) hari bermula pada 2-5 Januari 2022 (Ahad-Rabu).
Walaupun kejadian fenomena air pasang besar pada kali ini berskala lebih kecil berbanding bulan November yang lalu, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding).
Kawasan-kawasan yang berisiko adalah di Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian).
Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit. Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Zon Pantai,
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia
BAGAIMANA AIR PASANG BESAR BOLEH TERJADI
Air pasang surut terjadi oleh putaran bumi dan tarikan gravity bulan.
Pantai di Malaysia lazimnya mengalami air pasang surut sebanyak 2 kali sehari. Air pasang besar pula biasanya terjadi semasa bulan penuh atau anak bulan. Apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari, fenomena air pasang besar akan terjadi.
FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA BANJIR DI PESISIR PANTAI
Banjir hanya berlaku apabila air pasang besar disertai dengan angin kuat dan hujan lebat
APAKAH TINDAKAN YANG PATUT DI AMBIL?
SEBELUM BANJIR
✔️ Tutup suis utama dan letakkan alat eletrik di tempat tinggi. Pastikan saluran najis bertutup.
✔️ Simpan dokumen 2 penting di tempat yang selamat
✔️ 3 Persiapkan 'safety kit' & sedikit makanan. Ketahui tempat yang selamat.
SEMASA BANJIR
✔️ Berpindah awal sebelum air pasang besar.
✔️ Patuh dengan arahan pihak berkuasa.
✔️ Bawa ubat-ubatan dan dokumen penting jika perlu.
SELEPAS BANJIR
✔️ Pulang ke kediaman anda setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa.
✔️ Pantau struktur bangunan anda. Jika terdapat rekahan atau kerosakan segera hubungi pihak insuran atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
✔️ Jangan buka suis atau peralatan elektrik sehingga dibersihkan dan kering.
✔️ Pakai sarung tangan & kasut semasa operasi pembersihan.
3 Comments
Harap2 tidak mengakibatkan banjir besar
ReplyDeleteAishhhh kat Johor pun ada tempat dah banjir dah.. tapi nasiblah kerajaan kami ni cepat bertindak... amik iktibar dari yang berlaku..
ReplyDeletesemoga kita semua selamat dan dijauhkan dari perkara yang membahaya
ReplyDelete