Bilal

Hari ni aku pasti nama Bilal menjadi sebutan ramai berikutan selebriti terkenal tanah air, Neelofa dan pasangannya telah selamat menimang cahayamata pertama yang dinamakan Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris.




Aku pasti nama yang indah tersebut diambil bersempena nama sahabat Nabi iaitu Bilal Bin Rabah.

Jika anda mencari perkataan Bilal di Google, anda pasti akan menemui ini di Wikipedia ;

Bilal atau muazzin (Bahasa Arabمؤذنmu’aḏḏin) adalah gelaran yang diberikan kepada orang yang melaungkan azan (seruan untuk menandakan masuknya waktu solat).

Dalam sejarah Islam laungan pertama Azan dilaungkan ketika pembukaan kembali kota suci Makkah al-Mukarramah, di mana ketika itu laungan azan dilaungkan oleh seorang pemuda yang bernama Bilal bin Rabah. Pemuda beriman yang berkulit hitam itu berasal dari Habsyah (Ethiopia).


Siapakah Bilal Bin Rabah?


Bilal Bin Rabah ialah seorang sahabat Nabi dan muazin pertama dalam Islam yang telah dipilih sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W.


Beliau dilahirkan di Mekah pada 5 Mac 580M, bersamaan dengan 1 Jamadil Awal 44SH. Bilal dibesarkan di Mekah sebagai seorang hamba yatim Bani Jumah yang berada dibawah jagaan Umaiyah Bin Khalaf.


Setelah Rasulullah S.A.W menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal menjadi antara orang paling awal memeluk Islam. Beliau meninggal pada usia 57 tahun iaitu pada tahun 640M, bersamaan dengan 2 Rabiul Awal 19 Hijrah dan telah dikebumikan di Damsyik.


Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran.


Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai muazzin yang pertama di dunia oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap muazzin atau BILAL.


Semoga Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris, putera tercinta Neelofa turut mempunyai peribadi seperti Bilal Bin Rabah. Akhir kata, tahniah buat Neelofa dan Haris.






Post a Comment

1 Comments