Sang Kiai merupakan sebuah filem drama Indonesia 2013 yang mengisahkan seorang pejuang kemerdekaan dan salah seorang pengasas Nahdlatul Ulama dari Jombang, Jawa Timur iaitu Hadratussyaikh Kyai Haji Hasyim Asy'ari. Filem ini mengangkat kisah perjuangan seorang Ulamak bagi memastikan Islam terus mekar semasa penjajahan Jepun di Indonesia pada 1942.
Filem ini dipilih sebagai wakil Indonesia untuk kategori
Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-86, tetapi tidak melepasi
pencalonan.
Sinopsis
Sang Kiai merupakan sebuah filem drama Indonesia 2013 yang
mengisahkan seorang pejuang kemerdekaan dan salah seorang pengasas Nahdlatul
Ulama dari Jombang, Jawa Timur iaitu Hadratussyaikh Kyai Haji Hasyim Asy'ari.
Filem ini dibintangi oleh Ikranagara, Christine Hakim, Agus Kuncoro, Adipati
Dolken.
Filem ini dipilih sebagai wakil Indonesia untuk kategori
Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-86, tetapi tidak melepasi
pencalonan.
Plot bermula dengan kisah Jepun yang melarang menaikkan
bendera merah putih, mengharamkan lagu Indonesia Raya dan memaksa rakyat
Indonesia melakukan sekerei iaitu penghormatan kepada matahari. Perkara ini telah
mendapat tentangan dari KH Hasyim Asyari iaitu seorang tokoh agama kerana
perbuatan sekerei sangat bertentangan dengan akidah Islam. Oleh kerana itu
Jepun telah menangkap KH Hasyim Asyari.
Salah seorang anak KH Hasyim Asyari yang bernama KH Wahid
Hasyim berusaha menggunakan cara diplomasi bagi membebaskan bapanya namun anak
muridnya yang bernama Harun percaya bahawa perkara ini hanya dapat diselesaikan
dengan keganasan lalu mengumpul pengikutnya untuk melakukan demontrasi menuntut
kebebasan KH Hasyim Asyari namun caranya ini ternyata salah dan hanya
mengakibatkan keadaan bertambah buruk.
Dengan cara damai KH Wahid Hasyim berjaya memenangi
diplomasi menentang Jepun dan KH Hasyim Asyari berjaya dibebaskan. Ternyata
perjuangan menentang Jepun tidak berakhir di sini. Jepun telah memaksa penduduk
bercucuk tanam dan menyerahkankan hasil
tanaman mereka kepada pihak Jepun. Keadaan ini telah menaikkan lagi rasa
kemarahan penduduk terhadap Jepun. Konflik mula berlaku apabila Harun mulai
percaya bahawa KH Hasyim Asyari mula berpihak kepada Jepun. Benarkah tanggapan
Harun tersebut?
Bagaimanakah kesinambungan perjuangan KH Hasyim Asy'ari dan
pejuang Indonesia yang lain menentang penjajahan Jepun? Ketahui apa yang
berlaku seterusnya dalam filem Sang Kiai, yang
mula disiarkan pada 12 Ogos 2021 di Netflix.
Ikranagara sebagai KH Hasyim Asy'ari
Christine Hakim sebagai Masrurah/Nyai Kapu
Agus Kuncoro sebagai KH Wahid Hasyim
Adipati Dolken sebagai Harun
Meriza Febriani sebagai Sari
Dimas Aditya sebagai Hamzah
Royham Hidayat sebagai Khamid
Ernestsan Samudera sebagai Abdi
Ayes Kassar sebagai Baidhowi
Dayat Simbaia sebagai KH Yusuf Hasyim
Dymas Agust sebagai KH Mas Mansur
Andrew Trigg sebagai Brigadir Mallaby
Arswendi Nasution sebagai KH. A. Wahab Hasbullah
Norman Rivianto Akyuwen sebagai kang Solichin
2 Comments
Jarang tengok citer macam ni..nanti boleh la cari dan tengok..mcm menarik
ReplyDeleteJujurnya kalau cite macam ni tak masuk kepala Sis biasanya.. kalau nak tengok, kena off hp dan fokus.. kalau tak ke-laut hahahahaha...
ReplyDelete