Latih Diri Memasak Dengan culinaryschools.org

Siapa yang sering mengikuti aku sama ada di blog atau di media social pasti tahu yang aku sangat gemar memasak. Dek kerana itulah aku mewujudkan channel YouTube aku sendiri yang lebih kepada berkongsi resipi masakan. 




Namun tahukah anda bahawa memasak ini bukan hanya memerlukan kemahiran namun perlu dipupuk minatnya. Bercerita tentang memupuk minat, aku mula diajar memasak sejak kecil oleh ibu aku dengan cara setiap kali ibu di dapur pasti dia akan mengajak aku menemaninya.


Dari situ sedikit demi sedikit minat memasak mula tertanam dalam diri. Namun mungkin sedikit berbeza dengan zaman sekarang yang lebih moden, sebenarnya anda boleh mengajar anak anda atau menanamkan minat untuk memasak di dalam diri mereka melalui permainan game. 



Latih Diri Memasak Dengan culinaryschools.org



Memupuk minat memasak melalui game?! Ye betul! Kini anda boleh memupuk minat anak-anak anda terhadap dunia masakan melalui https://www.culinaryschools.org



Menariknya tentang culinaryschools.org ialah kerana ia bukan sahaja menyediakan permainan tentang masakan malah turut menyediakan permainan berasaskan bentuk pembelajaran seperti matematik. Antara permainan yang aku maksudkan ialah Food Count.


Food Count ialah permainan matematik mudah di mana pelajar belajar mengira dan menambah dengan mengira item makanan. Koleksi pelbagai item makanan ditunjukkan pada skrin dan pelajar mesti memilih daripada jawapan berbilang pilihan bilangan item tertentu yang ditunjukkan pada pad nota yang memaparkan pelbagai makanan. Permainan ini agak asas, menjadikannya sesuai untuk pelajar darjah satu.



Namun, bagi mereka yang memang benar-benar ingin memupuk minat anak-anak terhadap dunia masakan, ada beberapa permainan yang aku cadangkan iaitu ;


1. Bunnicula's Kaotic Kitchen


Bunnicula's Kaotic Kitchen ialah permainan membuat resipi mudah di mana kanak-kanak membantu Bunnicula memasak hidangan unik. Buka peti sejuk untuk mencari resipi baharu untuk diikuti dan lihat resipi yang telah anda masak




2. The Boiled Eggs


The Boiled Eggs mempunyai pemain untuk merebus telur dalam beberapa periuk berbeza pada masa yang sama dengan menjejaki suhu periuk yang berbeza dan melaraskannya mengikut keperluan. Permainan ini agak mudah, tetapi menunjukkan bagaimana seseorang yang bekerja di dapur mungkin perlu menjejaki banyak perkara sekaligus semasa tempoh sibuk. Tahap kesukaran yang semakin meningkat daripada satu penunu kepada enam penunu akan menjadikan permainan ini menarik kepada semua peringkat umur




3. Sweety Cooking Chocolate Cake


Sweety Cooking Chocolate Cake ialah permainan mudah yang membiasakan kanak-kanak dengan dapur dan mengikut resipi. Ia lebih kepada video pengajaran yang boleh dimainkan berbanding permainan & paling sesuai untuk kanak-kanak kecil dalam darjah satu atau ke bawah.




Tidak hanya berkisar tentang dunia masakan, di culinaryschools.org turut memberi idea kepada anak-anak bagaimana untuk menguruskan perniagaan melalui permainan Open Restaurant. 


Secara jujur aku sendiri gemarkan permainan ini. Walaupun nampak sedikit simple tapi sebenarnya ia membantu mengasah minda bagaimana untuk menguruskan sebuah restoran.



Antara permainan lain yang menarik ialah ;




Tidak hanya menyediakan permainan, culinaryschools.org turut membantu berkongsi tips. Dengan wabak Covid-19 baru-baru ini ramai orang dalam industri perhotelan telah kehilangan pekerjaan. Kebanyakan pekerja ini dibayar di bawah gaji minimum dan bergantung pada petua untuk mencari rezeki. Untuk itu, di culinaryschools.org turut berkongsi tips melalui pautan.

https://www.culinaryschools.org/tip-calculator/


Post a Comment

14 Comments

  1. Masak-masak sambil tu boleh main game . best je nampaknya. heee

    ReplyDelete
  2. Memang baguskan, setiap langkah di ajar, so anak-anak boleh mula belajar memasak dari sini.. sesambil tu boleh laaa main game hehehe

    ReplyDelete
  3. Menarik juga ye website ni.. nak check them out too la! Good for both parents and the kids too to spend good time together bah!

    ReplyDelete
  4. Nice website la! Parents and kids boleh spend quality time together with their interesting offering kan!

    ReplyDelete
  5. Main masak-masak versi moden nie Kak Min. Hehe. Rawlins suka ajak anak-anak saudara teman di dapur, sesambil depa tolong sikit2 sebagai permulaan ajar diorng masak.

    ReplyDelete
  6. Wow... this is a good information sharing, Cik Min. It's good that you have passion in cooking. Passion can be hobby or a chores. It depends on how people want to portray it.

    ReplyDelete
  7. gitchew tapi sekarang youtube or google je wak hahaha kite rasa benda ni Mungkin lebih praktikal kepada cikgu2 di sekolah sbg bahan mengajar atau parents yang agak busy. anyway good alternatif!

    ReplyDelete
  8. wah menariknya kalau ada banyak masa memang nak try semua. memang dari dulu suka game masak-masak ni. sekarang masa pulak dah limited nak try

    ReplyDelete
  9. Boleh try ni bagi anak-anak main. Mak pun boleh join sangat ni..hahaa. Senang sekarang dalam game pun boleh ajar anak-anak. Tka semua game tu tak bagus

    ReplyDelete
  10. Hehehher memamg fav lah kalau game macam ni. Lagi lagi kalau game yang bukak restoran. Hahahaa mengejar masa dengan customer ...

    ReplyDelete
  11. Bagus kalau first belajar masak guna cara culinary ni.. Tatatertib dan yg best rasa puas bila hiasan tersusun je... Kdg kalau pi restoran ke hotel jakun tgk susunan kt makanan hahaha..

    ReplyDelete
  12. Wah ... Menarik nya! Sure Yana dan Eicha suka game gini. Bagus diselitkan pembelajaran Match dan pengurusan bisness gitu. Tapi nampaknya Mak dia yang excited lebih nanti ni. HAhaa

    ReplyDelete
  13. menarik program.mcm no.. xdelah membosankan.. bebudak mesti excited kalau dapat join

    ReplyDelete
  14. Best juga ada games macam ni for the kids, they can start picking some cooking knowledge while playing games.

    ReplyDelete