Makluman Kejadian Letusan Gunung Berapi Dasar Laut di Perairan Tonga

Berikutan kejadian letusan gunung berapi di dasar laut yang berlaku di perairan Tonga pada 12:27 tengah hari (waktu Malaysia), 15 Januari 2022 dan berdasarkan kepada pemantauan berterusan, semakan bacaan tolok pasang surut serta boya antarabangsa dan tempatan, serta maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RTSP), mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.


Jabatan Meteorologi akan sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejadian ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa. Sila dapatkan maklumat gempa dan amaran tsunami terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638.

Sumber:

Ketua Pengarah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Kementerian Alam Sekitar dan Air Masa dikeluarkan 1:00 tengah hari

16 Januari 2022

Post a Comment

1 Comments