Rancang Percutian Ke Turki Bersama ATN Tavel

Setelah sekian lama kita terkurung akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 tahun, akhirnya kini kita kembali dapat bernafas dan kembali dapat merancang percutian bersama keluarga ke luar negara.


Jika anda merancang untuk ke Turki, apa kata rancang percutian anda bersama ATN Travel. Baru-baru ini,   ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel dengan kerjasama Turkish Airlines 'menerbangkan;' 17 wakil  agensi pelancongan tempatan ke negara itu untuk memperkenalkan destinasi pelancongan baru di sana.


Rancang Percutian  Ke Turki  Bersama ATN Tavel




Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, Izham Istar berkata, selama 30 tahun agensi pelancongan hanya membawa pelancong ke tempat percutian yang sama dan belum ada yang memperkenalkan laluan baru secara komersial. 


Izham berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri pelancongan dan pernah menetap di Negara Uthmaniyah itu selama 16 tahun. Justeru dengan sokongan  Turkish Airlines dan Tourism Turkiye, beliau berhasrat untuk merintis laluan baru kerana terdapat banyak  lagi destinasi menarik dan unik dengan kepelbagaian budaya serta sejarah Islam. 


Rancang Percutian  Ke Turki  Bersama ATN Tavel
Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, En. Izham Istar



Keadaan juga sudah berubah kerana ramai kini sudah berhijrah. Mereka bukan lagi  bercuti untuk bersuka ria sahaja tetapi mereka juga mahu menyelusuri sejarah, peradaban dan tamadun Islam. Bergembira sambil mengambil ibrah daripada tempat yang diziarahi.

Jadi dalam program FAM Trip To Turki 2022 ini , saya bawa wakil agensi pelancongan yang berpotensi untuk memperkenalkan destinasi baru kepada mereka untuk mereka perkenalkan pula kepada bakal pelanggan. Saya yakin tarikan baru ini akan membuka ruang besar kepada pelancong untuk meneroka lebih banyak keunikan dan keindahan bumi Uthmaniyah itu,

katanya. 


Izham berkata, dengan pertambahan penerbangan ke tempat-tempat yang dilawati itu, Turkish Airlines dan Tourism Turkiye sangat mengalu-alukan kedatangan warga asing ke daerah baru itu kerana dapat merancakkan pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi.  


Kami akan mula  'menjual' pakej baru itu  pada Februari ini. Kepada mereka yang mahu merasai pengalaman ke destinasi bersejarah tinggalan Kerajaan Uthmaniah bolehlah menghubungi ATN Travel dan agensi-agensi yang terlibat sama dalam memperkenalkan pakej ini,

katanya. 
   


Pengisi program FAM Trip To Turki selama 10 hari 



Sanliurfa  terkenal dengan nama Peygamberler Sehri (Kota Para Nabi) dengan menziarahi Masjid Balikligol (tempat Nabi Ibrahim AS dibakar), Halilul Rahman terdapatnya gua Nabi Ibrahim AS dilahirkan dan dibesarkan serta membeli belah di bazar.
 
   
Harran Ia adalah lokasi bersejarah yang hebat sarat dengan keagungan cinta Nabi Ibrahim AS dan Sarah. Nama Harran ini diambil kerana iklim di sini sentiasa panas walaupun pada musim sejuk. Di situ juga terletaknya universiti pertama di dunia, Makam dan Telaga Nabi Ayub AS dan ziarah ke Tapak Arkeologi Neolitik GobekliTepe.


Rancang Percutian  Ke Turki  Bersama ATN Tavel


Rancang Percutian  Ke Turki  Bersama ATN Tavel



Adana iaitu empat jam perjalanan dari Sanliurfa dengan bas. Dalam perjalanan rombongan dibawa menaiki Halfeti Boat di perkampungan Sungai Furat. Ia adalah sungai terpanjang di Asia Barat, mengairi tiga negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Sehingga hari ini, Sungai Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.


Tarsus terletaknya Gua Ashabul Kahfi (Seven Sleepers), Masjid Nabi Daniyal AS, Masjid dan Telaga Bilal Al-Habashi dan Grand Mosque. Berikutnya ke Eskisehir, Sogut dan Bursa. Melawat Sungai Polsuk, menziarahi makam pengasas kerajaan Uthmaniyah Ertugul Gazi, Muzium Ertugul dan menziarahi makam Syeikh Eh Edebali di Bilecik iaitu guru kepada Ertugrul. 


Bursa - Ke Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik, Tophane, Osman Qazi, Orhan Qazi - Makam Sultan Uthmaniyah dan Menara Jam.


Istanbul - Hagia Sophia, Muzium Topkapi, Blue Mosque, Grand Bazaar dan Spice Bazaar.
 

Rancang Percutian  Ke Turki  Bersama ATN Tavel




  

Agensi Pelancongan  yang menyertai FAM Trip To Turki 2022

   

1 .Izham Istar Ibrahim Istar
  ATN Tourism & Travel Corporation ( M ) Sdn Bhd (ATN Travel)
  019-2663340

 2. Khairul Nizam  Amat Zaini
    My altitute 30 Travel & Tours S/B
     019-3605287  


3. Sharifah Norjulishima Syed Rohani
   Righteous Travel & Tours Sdn Bhd
    012-5055185

4.  Mohd Razihan Hamid  
  Razihan Holidays Alor Setar
   011-60618115

5. Zainudin Ismail
   AlQuds Travels &Tours Kota Bharu
   019-9246047

6. Khairul Annuor Halim
    RedSea Tour & Travel Putrajaya
    013-3237800

7. Mustafa Kamal bin Md Sood
  Safwah Travel & Tours Sdn Bhd
  019 -3117238

8. Erny Nawawi
  Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd
   017-6902778
  Pej - 0321641577

9. Azuwarridah Binti Abdullah
   Enrich Travelogue Sdn Bhd
    019-3730627
   Pej  :0341311679

10. Ab Hakimee Bin Abdullah
    Myway Haramain Travel Servicesy Sdn Bhd
    019-2754924. 

11. Mohd Izzat Zulhusni Adizi Mohd Noor Yaakob
    Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd
    Hotline : 019-289 7624
    Pej : 03-2688 0000

12. Mohd Farhan Bin Madzlan
     Mantop Travel & Tours Sdn Bhd
     017-7790700 / 013-7045033

13. Hafiz bin Sobri
     Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd
     012-3997115

14.Yusman  Rozali
    Al Maziah Mobilty   Travel & Tours Sdn Bhd
    0 19-499 2769 /017-4784478

15.  Norsufinas Othman 
      Ziarah Sutera Holidays Sdn Bhd
      012-2080127



Penubuhan ATN Travel

    
Izham Istar  adalah anak Melayu pertama yang membuka syarikat pelancongan di Turki atas nama ATN Tourism & Travel Corporation ( M ) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel. Selepas 20 tahun menetap di Turki dan beberapa negara lain, Izham kembali ke Malaysia membuka ATN Travel dan turut membuka cawangan di Indonesia. 


Rancang Percutian  Ke Turki  Bersama ATN Tavel
Izham Istar (paling kiri)



Menerusi pengalamannya di negara itu, orang Turki adalah bangsa yang tidak berani mencuba dan meneroka tempat baru. Kawasan-kawasan seperti Sanliurfa, Harran, Adana dan Tarsus juga  sering diburuk-burukkan oleh Barat kononnya tempat pengganas kerana ia bersempadan dengan Syria dan Iraq.


Disebabkan itu juga kawasan-kawasan tersebut tidak terkenal dan 'ditakuti' pelancong. Sebenarnya kawasan itu selamat untuk dilawati bahkan menawarkan keunikan dan keindahan alam semula jadi yang tersendiri,

katanya.


Izham yang fasih berbahasa Turki dan Rusia memokuskan perkhidmatan syarikatnya kepada agensi pelancongan lain, korporat, VIP dan stesen TV yang mahu membuat liputan di sana.  Pelbagai cabaran dihadapinya termasuklah apabila dunia dilanda pandemik Covic-19 tetapi  ATN Travel terus bertahan.


ATN Travel tidaklah besar tetapi sentiasa konsisten dan terus berada dalam industri. Selama 25 tahun, nama itu tidak pernah bertukar dan kekal saya sebagai pengasasnya. Besar atau kecil syarikat itu bukanlah ukuran kerana apa yang penting ia dapat terus bertahan dan dikenali sehingga hari ini. 

Apapun krisis dan masalah, saya akan terus menjaga nama syarikat dan mengekalkan konsep perniagaan sedia ada,

katanya. 

Memulakan kerjaya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti di Turki sehingga membawa kepada penubuhan ATN Travel di sana, saingan utama beliau adalah orang Turki yang terkenal dengan sikap mereka selalu hendak 'menang' dalam persaingan. 


Keadaan itu menjadikan saya kuat dan tidak gentar dengan cabaran. Ramai kawan di kalangan bangsa Turki juga memudahkan urusan perniagaan saya ke beberapa negara lain di Asia Barat kerana mereka ini bangsa yang suka merantau. Ke mana pun saya pergi, ada kawan yang menunggu dan  membantu,

 katanya.. 


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ATN Travel, boleh la menghubungi mereka melalui ;


Laman Web : ATN Travel Malaysia

Facebook : ATN Travel

Post a Comment

1 Comments

  1. Jom Min kita menabung, boleh pergi sama-sama. Guna agen macam ni mudah nak gerak kan, semua tempat dapat lawat..

    ReplyDelete