Tahukah anda bahawa ikan Baung adalah ikan kedua terkenal di Pahang selepas ikan Patin? Selain gulai tempoyak ikan patin, gulai tempoyak ikan baung adalah antara yang terkenal di Pahang. Bagi peminat ikan baung, rata-rata bersetuju yang isi ikan baung lebih lembut dan enak cuma ikan patin lebih lemak rasanya.
Jadi, dikesempatan ini aku ingin berkongsikan resipi gulai tempoyak ikan baung yang menjadi kegemaran orang Pahang.
Resipi Gulai Tempoyak Ikan Baung
Bahan-bahannya ;
1. Cili padi
2. Kunyit hidup (kalau tak ada boleh guna kunyit serbuk)
3. 1 ekor ikan baung
4. Daun kesum secukupnya
5. Bunga kantan secukupnya
6. 1-2 sudu besar tempoyak (tempoyak banyak sikit pun tak apa sebab kuah yang pekat lagi sedap)
7. Air secukupnya (seeloknya paras ikan)
8. Garam secukupnya
Cara-cara memasak ;
1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup. Ketepikan
2. Sediakan periuk
3. Masukkan ikan baung dan air secukupnya
4. Masukkan bahan tumbuk
5. Masukkan tempoyak
6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan
7. Masukkan garam
8. Buka api dan masak sehingga menggelegak
9. Tutup api dan sedia dihidang.
Mudah kan cara nak masak? Bagi mereka yang tak begitu pasti, boleh ikut tutorial yang aku sediakan di dalam video ini ;
Oh ye! Periuk yang aku gunakan dalam video tutorial tu aku beli di https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin
Jangan lupa masukkan kod MCSMIN untuk dapatkan 10% diskaun dan penghantaran adalah PERCUMA
1 Comments
Wak lagi minat ikan baung berbanding patin
ReplyDelete