Atasi Masalah Keputihan Dengan Jamu Ratu Emas

Masalah keputihan sering berlaku kepada kebanyakan wanita. Masalah keputihan ini walaupun nampak agak remeh namun jika tidak dirawat dengan segera akan memudaratkan. 




Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan


Ketahui Jenis-Jenis Keputihan


Buat pengetahuan, keputihan terbahagi kepada dua jenis iaitu ;

  • keputihan fisiologis 
  • keputihan patologik. 


Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.




Manakala keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. 


Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. Jadual berikut menunjukan perbezaan di antara kedua-kedua jenis keputihan.


Sifat

Keputihan Fisiologis

Keputihan Patologis

Bentuk

Lendir yang cair dan tidak melekat

Lendir yang kental dan melekat

Warna

Berwarna putih atau krim

Berwarna kuning atau kelabu atau hijau

Bau

Tiada bau

Berbau busuk

Jumlah yang dikeluarkan

Sedikit

Banyak

Kekerapan

Semasa subur dan sebelum haid

Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj

Petanda lain

Tidak gatal

Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang

Rawatan

Tidak perlu

Perlu rawatan yang segera




Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Penyakit Keputihan


Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit keputihan, antaranya ;


1.   Faktor Kebersihan


Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.

Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.




2.   Faktor Hormon


Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

  • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
  • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah

3.   Faktor Gaya Hidup


Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.


4.   Faktor Kesihatan


Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.


Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/

 


Atasi Masalah Keputihan Dengan Jamu Ratu Emas


Seperti yang aku terangkan di awal tadi, masalah keputihan yang tidak dirawat akan bakal memudaratkan. Sebagai wanita yang sangat mementingkan kesihatan, masalah keputihan seharusnya dirawat dengan segera.

Antara ikhtiar yang boleh dilakukan adalah dengan pengambilan Jamu Ratu Emas yang diormulasikan khas untuk kesihatan am wanita. Menariknya tentang Jamu Ratu Emas ini ialah ianya mengandungi ;

Kacip Fatimah

·         Menguat & menyembuhkan faraj

·         Melegakan otot faraj

·         Mengimbangi hormone

·         Meningkatkan system imun

 

Manjakani

·         Anti bakteria

·         Anti kulat

·         Anti radang

 

Pokok Serapat

·         Membaiki dan menegang tisu faraj yang longgar

·         Mengurangkan bengkak setelah bersalin

·         Menegangkan payudara

·         Merawat masalah dalaman wanita

·         Mencantik dan menegangkan kulit

 

Kunyit Hidup

·         Penghalang racun arsenic

·         Anti kanser

·         Anti tumor

 



Bahan-bahan yang terkandung di dalam Jamu Ratu Emas sudah pastinya bebas dari bahan berbahaya dan terlarang seperti ;

  • Hormon
  • Pengawet
  • Gluten
  • GMO
  • Antibiotik
  • Bahan Kimia

Dan disebabkan itulah Jamu Ratu Emas ini lulus kesemua lab test dan mendapat kelulusan KKM (UNDER PHARMACEUTICAL : MAL16110048TC) serta memiliki sijil Halal JAKIM dan GMP.


Bercerita tentang Jamu Ratu Emas ini, pasti anda tertanya-tanya apakah kebaikan pengambilan Jamu Ratu Emas secara teratur? Berikut adalah kebaikan Jamu Ratu Emas ;

 

 

 

 

 

 

 

 Kebaikan Jamu Ratu Emas

·         Merapatkan/mengetatkan miss V

 

·         Membantu masalah miss V gatal-gatal

 

·         Menghilangkan bau busuk

 

·         Menghilangkan bau busuk

 

·         Mengurangkan sakit haid/senggugut

 

·         Payudara lebih montok

 

·         Punggung lebih anjal dan bulat

 

·         Menambahkan tenaga dalam badan

 

·         Awet Muda

 




Pengambilan secara teratur sebanyak 2 biji pada waktu pagi setiap hari selepas sarapan mampu bukan sahaja membantu masalah keputihan yang dihadapai malah payudara lebih montok, faraj terasa lebih ketat dan montok malah tidak keterlaluan jika aku katakan terasa seperti kembali dara.





Namun begitu, Jamu Ratu Emas ini tidak disyorkan  ketika datang bulan  kerana sistem penyerapan badan berkurangan dan lemah ketika haid dan pengambilan Jamu Ratu Emas ketika ini akan menyebabkan pembaziran kerana khasiatnya tidak dapat diserap sepenuhnya oleh sistem badan.


Bagi ibu yang mengandung adalah dilarang sama sekali untuk mengambil Jamu Ratu Emas manakala bagi ibu yang menyusukan anak, pengambilan Jamu Ratu Emas boleh diambil selepas bayi berusia 2 bulan ke atas kerana Jamu Ratu Emas mampu mengecutkan peranakan serta tambah susu ibu.


Harga Normal ;

1 botol RM129
2 botol RM258

Harga Promo ;

1 botol RM80 (penghantaran percuma)
2 botol RM150 (penghantaran percuma)



Untuk maklumat lanjut mengenai Jamu Ratu Emas ini, anda boleh layari ;

Post a Comment

16 Comments

  1. Jamu mcm ni senang sikit nak amalkan... Kalau yg jenis minum tuu aduhhh seriauuuu 😂😂 lagipun bahan dia basic je semua selamat kan

    ReplyDelete
  2. Keputihan ni tak boleh dibiarkan. Bahaya dan tak selesa kan

    ReplyDelete
  3. Wanita paling takut keputihan, kalau boleh elakkan laaa, bila dah keputihan macam-macam penyakit dalaman akan datang.. nanti boleh cubalah, nampak bagus juga tu keberkesanannya..

    ReplyDelete
  4. bagus ada produk gini sebab bab-bab gini tak ramai nak share kan

    ReplyDelete
  5. bab keputihan ni elok cegah sebelum terlambat.amalkan gaya hidup sihat dan makan makanan yang banyak khasiat. jamu yang ni nampak bagus,harga pun okay je nanti boleh la try

    ReplyDelete
  6. Mudah sangat tinggal minum je .. tak payah nak cari herba2 kat hutan kat pasar

    ReplyDelete
  7. Bagusnya ada jamu sebegini membantu mencegah Keputihan
    Serius pernah mengalami keputihan sehingga terpaksa ambil antibiotik akibat tekanan kerja yg melampau sampaikan doktor geleng kepala dengar jadual kerja yg padat dan kurang tidur.
    Dia punya x selesa tu , mmg buat stress sangat2.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga ambil jamu ni tapi kena selalu minum air kosong.

    ReplyDelete
  9. best baca post kali ni, dah kahwin hampir 10 tahun pun masih dapat banyak ilmu berkaitan keputihan ni. best best

    ReplyDelete
  10. wanita memang kena jaga kesihatan dalaman dan luaran… dah 40 an bagus amalkan jamu ratu emas dari bahan semulajadi nih

    ReplyDelete
  11. Bagus produk ni. Cikza pun alami leputihan yang teruk. Penerangan dalam ni sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  12. Ambil jamu ni bagus untuk dalaman. Lagi-lagi bentuk kapsul macam ni, mudah nak telan. Cuma sejak ada darah tinggi ni macam dah kena jaga-jaga.

    ReplyDelete
  13. Series, keputihan sangat mengganggu. Btw, Kandungan jamu ni memang bagus untuk kesihatan wanita.

    ReplyDelete
  14. Keputihan memang elok ambil jamu.. sebab amalan tradisi nenek moyang kita dulu pun makan jamu.

    ReplyDelete
  15. Pernah kena keputihan patologis tu waktu mengandung.. aduhai seksanya la rasa.. yang satu lagi tu pernah kena masa tersalah makan..

    ReplyDelete