Cara Atasi Gastrik Ketika Puasa

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik sedar-sedar kini kita semakin menghampiri bulan Ramadan yang mulia di mana seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa.

Bagi mereka yang sihat segar, Alhamdulillah namun bagi mereka yang menghadapi masalah gastrik pasti agak sukar menjalani ibadah ini. 

Sebelum aku pergi lebih lanjut, jom kita kenali dulu apakah itu masalah gastrik?



Kenali Gastrik


Gastrik atau gastritis adalah merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.

Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut ketika kita sedang makan, bernafas dan sebagainya. 

Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism. Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis.



 

Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

 

Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik, ia bermakna berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini.


Terdapat 3 jenis gastrik yang boleh berlaku, iaitu:

 

  • Gastritis ringan: Terdapat keradangan atau pembengkakan disebabkan iritasi pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
  • Gastritis berat: Berlaku kecederaan seperti luka pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan, lalu menyebabkan gastritis berat
  • Ulser gastrik (peptic ulcer): Satu masalah ulser perut. Ulser adalah luka terbuka. Terdapat darah yang boleh dikesan dalam analisis muntah atau najis


Terdapat beberapa simptom petanda anda ada masalah gastritis. Antara simptom yang boleh berlaku adalah:

 

Senak perut (ketidakhadaman)

Senak perut adalah rasa sakit perut pada bahagian atas perut. Biasanya masalah ini berlaku selepas anda makan atau minum. Ia disebabkan asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.

 

 

Pedih ulu hati

 

Pedih ulu hati terjadi apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.

 

Anda akan rasa sakit pada bahagian dada atau tekak seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.

 

Ini mungkin tanda masalah Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).

 

Masalah refluks gastroesophageal merupakan masalah pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut atau kandungan perut mengalir kembali ke kerongkong anda.

 

Hilang selera makan

 

Masalah gastrik ini juga cenderung membuatkan anda hilang selera makan.

 

Perut kembung

 

Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian dalaman dinding perut.

 

Akibatnya, asid berlebihan ini akan melalui usus dan bertindak balas membentuk gas atau angin dalam perut. Ia akhirnya mengakibatkan usus dalam perut menjadi tegang dan kembung.

 

Loya dan muntah

 

Angin dalam perut akan membuatkan anda loya atau mual. Muntah akibat gastrik biasanya berwarna jernih, kuning, atau kehijauan.

 

Ia mungkin mengandungi darah, bergantung pada tahap gastritis yang dihadapi.

 

Badan berasa lemah dan lesu

 

Apabila anda mengalami gastrik, badan secara automatik akan sentiasa lemah dan lesu. Ini kerana anda perlu menahan sakit yang menyebabkan ketidakselesaan dan penat.

 

 

 

Antara simptom gastrik lain adalah:

 

  • Kerap sendawa berulang kali
  • Sering membuang angin (kentut) selepas makan
  • Najis berwarna hitam, dipercayai akibat gastritis yang kronik



Tangani Masalah Gastrik Dengan ESP


Aku memang menghidap penyakit gastrik sejak berusia 19 tahun lagi. Gastrik aku agak teruk juga hinggakan kini aku tidak boleh lagi minum kopi sedangkan kopi adalah minuman kegemaran sejak remaja. 

Tiap kali minum kopi pasti menggelupur kesakitan akibat pedih ulu hati hingga bawa ke dada. Jadi, aku sebolehnya akan mengelak dari meminum kopi.

Namun sejak aku mengenali ESP yang diperkenalkan oleh anak saudara aku, memang banyak kurangnya penyakit gastrik yang aku hadapi ini. Jika dulu asal lambat makan pasti diserang gastrik, kini Alhamdulillah tidak lagi.


Sepanjang bulan puasa tahun lepas aku memang mengamalkan pengambilan ESP setiap hari ketika waktu sahur. Alhamdulillah sepanjang hari mampu menjalani ibadah puasa tanpa ada sebarang masalah. Bukan itu sahaja, malah sentiasa bertenaga tanpa rasa lesu. 

Apakah itu ESP? ESP adalah minuman protein yang diperbuat dari soya yang terpilih dan tinggi kualitinya. Ianya mengandungi 5 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5 dan B6. Vitamin B membantu dalam menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga.


Setiap hidangan ESP mengandungi 14g protein. Ianya mampu memberikan tenaga yang mencukupi yang diperlukan oleh orang dewasa.

ESP tidak mengandungi korestol dan trans fat (0 kolestrol & 0 trans fat). Jadi, bagi mereka yang ingin kurangkan tahap kolestrol dalam darah digalakkan untuk mengambil ESP sebanyak 25g = 2 hidangan setiap hari.


ESP tinggi kandungan kalsium dan protein. Kalsium membantu pembinaan tulang dan gigi yang kuat manakala protein penting untuk pertumbuhan tubuh badan seperti kuku, kulit dan rambut.


ESP adalah rendah Gilsemik Indeks (G.I). Ianya tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah. Ibu hamil dan mereka yang menghidapi diabetes juga sesuai untuk amalkan pengambilan ESP.

Berikut terdapat beberapa testimoni pengambilan ESP sepanjang bulan Ramadan.




Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


Post a Comment

10 Comments

  1. Kan kan penyakit puasa ni .. kalau tak stanby dan amalkan dari sekarang, tiba masa perut terkejut nanti...

    ReplyDelete
  2. Biasa gastrik ni berlaku lagi2 nak puasa. Esp best banyak membantu

    ReplyDelete
  3. Nak dekat puasa nih memang kena ada persediaan awal makanan tambahan moga dipermudahan menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete
  4. Hanya org yg tau gastrik je sakit dia macam mane. Alhamdulillah akk tak de gastrik
    syukur

    ReplyDelete
  5. Om tk pernah rasa gastrik. Esp tu sedap dan harga berbaloi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah cikMin. Atul xda gastrik cuma dulu kalau puasa memang cepat lapar, tapi sejak kenal esp, lapar waktu puasa takde dah

    ReplyDelete
  7. Bagus juga consume esp ni utk yg ada sakit gastrik, lagi2 time puasa . Memudahkan untuk org berpuasa juga.

    ReplyDelete
  8. Dulu pun sy ada masalah gastrik juga.. selepas berurut gastrik sy dah okay cuma kena kurgkan minum kafein lah sebab kafien pun penyumbang gastrik.. Sy pernah minum ESP .. Actually best juga cuma sy minum seminggu sekali saja sbb dr segi pembuangan tak berapa okay.. Tp kalau tahan lapar mmg minum ESP nie bikin tahan lapar..

    ReplyDelete
  9. Bagus ya ESP ni, boleh atasi masalah gastrik. Walaupun tak pernah lagi kena gastrik time puasa ni, tapi elok juga kalau buat persediaan awal kan.

    ReplyDelete
  10. Mujur takda gastrik.. Alhamdulillah.. Bagus kalau ada yang dapat bantu atasi masalah gastrik tambah masa bulan puasa.. Semoga yang ada gastrik dapat manfaat bila cuba ESP ni.. Dapat puasa dengan sempurna.

    ReplyDelete