Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit

Setiap insan yang hidup didunia ini dijanjikan rezeki dari Allah swt. Di antaranya termasuklah rezeki nikmat sihat yang sangat berharga. Bila sihat tubuh badan maka segala pergerakan serta urusan di dunia ini mudah untuk dilaksanakan.


Namun kekadang kita diuji dengan sakit. Sakit dihadirkan untuk memberi kesedaran dan keinsafan dalam diri terhadap kebergantungan kita kepada yang Maha Esa. Sakit juga merupakan suatu nikmat dan ia dijanjikan sebagai penghapus dosa-dosa kecil.


Sebagai umat Islam kita percaya setiap musibah yang diberikan kepada kita mempunyai hikmah yang tersembunyi dan ia merupakan anugerah yang perlu disyukuri oleh setiap insan. Sakit juga merupakan nikmat yang diberikan olehNya agar kita sentiasa mensyukuri nikmat sihat yang diberi.

 

Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit

 

Pernah dengar lagu Raihan bertajuk Demi Masa? Dalam lagu ni ada lirik “Demi masa... Sesungguhnya manusia kerugian… Ingat lima perkara, sebelum lima perkara, Sihat sebelum sakit…“ Kalau dulu zaman sekolah selalu dengar lagu ni kan? Memang insaf kalau dengar lagu ni. Hehe…


Tidak ada penyakit Tiada penawar


Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT tidak akan terlepas daripada terkena ujian. Ada di antara mereka yang diuji dengan kesakitan, kesusahan hidup, kematian dan sebagainya berdasarkan kepada tahap mereka. Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuannya.


Antara tujuan utama Allah SWT menimpakan ujian kepada hamba-Nya adalah untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang baik amalannya.


Firman Allah SWT maksudnya: “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” Al-Mulk: 2.


Setiap penyakit yang dianugerahkan memiliki penawarnya.

Ia seperti dalam hadith iaitu :


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]


Penjagaan diri amat penting bagi menghindarkan diri dari sakit. Gelombang wabak Covid-19 telah melanda seluruh dunia lebih 2 tahun dan kita masih belum menang untuk menghapuskan wabak ini.


Kajian masih lagi dijalankan bagi memperolehi penawarnya dan pada masa ini vaksin Covid-19 diberi untuk mengurangkan gejala teruk jangkitan virus tersebut.


Setiap ciptaan Allah di dunia ini perlu digunakan sebaik mungkin kerana sudah pastinya ia mempunyai fungsi dan sebab yang tersendiri. Para saintis menggunakan kepakaran mereka untuk mengekstrak tumbuhan semulajadi seperti cendawan susu harimau, dan menghasilkan sesuatu yang boleh memberikan khasiat kepada setiap makhluk. 


Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit


Gabungan bahan terbaik terdiri dari cendawan susu harimau, buah camu-camu, vitamin C dan vitamin D maka terhasillah Eskayvie Diffenz. Ia merupakan makanan tambahan atau suplemen untuk membekalkan sumber nutisi kepada badan. 


Jom kita ketahui lebih mendalam lagi apakah bahan-bahan yang ada dalam Eskayvie Diffenz ni.

 

Khasiat Cendawan Susu Harimau Wajib Anda Tahu


Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit


Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya Lignosus Rhinocerus atau Polyporus Rhinocerus adalah daripada keluarga Polyporaceae dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri.


Malah cendawan ini hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya sukar ditemui. (sangat rare tau!)


Tempoh untuk cendawan ni membesar mengambil masa bertahun lamanya. Ia tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa dan sangat sukar diperolehi. Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit untuk setiap gram!


Tahukah anda? Pada tahun 2002, pelbagai kajian telah giat dijalankan apabila mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya selama bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

 

Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit

 

Jadi, untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan, Eskayvie Diffenz telah diformulasikan untuk memberikan kebaikan yang anda perlukan.


Secara tradisinya, Cendawan Susu Harimau digunakan mereka yang menghadapi masalah kesihatan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selsema.


Nyata, kelebihan cendawan itu relevan dengan situasi semasa apabila penularan Covid-19 baru-baru ini menyaksikan pesakit dijangkiti pandemik itu mempunyai simptom mirip dengan mereka yang sedia menghadapi masalah kesihatan paru-paru dan sistem pernafasan.


Kajian menunjukkan Cendawan Susu Harimau mempunyai aktiviti antikeradangan dan imuno-modulasi yang tinggi. Ciri-ciri ini adalah bukti ia membantu menangani masalah berkait dengan pernafasan terbabit.


Kebaikan Eskayvie Diffenz:

     Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

     Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

     Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.

     Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.

   Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.


Nampak tak? Banyakkan khasiat Cendawan Susu Harimau ni. Secara tidak langsung produk Eskayvie Diffenz boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit Covid-19.

 

Kebaikan Buah Camu-Camu


Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit


Buah Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas.


Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan “SUPERFOOD”.


“Superfood” ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok!


Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.


Kebaikan Buah Camu-Camu:

     Menguatkan sistem imun

     Antioksidan dan anti-radang

     Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak

     Menstabilkan tekanan darah tinggi

     Merangsang penghasilan kolagen

     Mengawal gula darah

 

Vitamin D


Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit


Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Boston di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan vitamin D memainkan peranan sangat penting bagi meningkatkan sistem imun, sekali gus berupaya mengatasi keradangan.


Hasil kajian itu turut mendapati risiko kematian disebabkan Covid-19 lebih rendah iaitu, 52 peratus bagi individu yang mendapat vitamin D secukupnya.


Sumber utama vitamin D dalam badan adalah dari matahari, namun beberapa faktor lain boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti:

     Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.

     Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi, etc.

     Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai dari sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D.


Yang paling penting, ia menurunkan risiko kematian Covid-19 sebanyak 700%! (Irish Journal of Medical Science, 2020).

 

  Vitamin C


Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit


Dalam kekalutan, penyelidik dan pakar perubatan mencari cara melindungi dan mengurangkan komplikasi dijangkiti COVID-19, tular di internet mengenai Vitamin C sebagai antara kaedah pencegahan dan rawatan pandemik itu.


Vitamin C atau asid askorbik ialah nutrien berperanan sebagai antioksida menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan dan berfungsi meningkatkan daya tahan badan daripada penyakit berjangkit seperti selesema atau influenza. Suplemen Vitamin C mungkin penting untuk mencegah dan merawat radang paru-paru.


Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 57% pesakit COVID19 yang berada di ICU telahpun pulih dan dibenarkan discaj (tanpa komplikasi) setelah diberi dos Vitamin C yang tinggi. Hanya 14% kematian dilaporkan di kalangan mereka yang diberi Vitamin C, yang nyata lebih rendah berbanding 71% kematian di kalangan mereka yang tak diberi Vitamin C.


Bukan sahaja di Malaysia, malah menurut Nutrition Journal (2021), lebih 82% pesakit COVID19 yang kritikal mempunyai paras Vitamin C yang rendah.  Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti

 

Testimoni En. Suhaimi Selepas Menggunakan Eskayvie Diffenz


Dah tonton pengalaman En. Suhaimi sebagai bekas pesakit Covid-19?


Doktor sahkan beliau mengalami kerosakan paru-paru sebanyak 75% dan terpaksa menggunakan alat bantuan oksigen untuk membantu bernafas. Beliau sering berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan paru-paru dan fisioterapi pernafasan.


Adik angkat yang tahu tentang penderitaan En Suhaimi hadiahkan Eskayvie Diffenz untuk menyokong proses penyembuhan beliau. Alhamdulillah, dengan izin Allah setelah mengamalkan Eskayvie Diffenz selama 15 hari, beliau tidak lagi perlu bergantung kepada alat bantuan oksigen. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang konsisten membantu beliau dalam proses pemulihan paru-paru, jantung dan hati.

 

Kesimpulan


Secara kesimpulannya, tubuh badan yang sihat amat penting untuk kita lakukan aktiviti harian dan beribadat dengan lebih selesa. Bila datangnya sakit, segala apa yang kita lakukan akan terbatas. Lebih-lebih lagi ketika musim pelbagai jenis penyakit yang merbahaya sekarang ni. Memang kita perlu berjaga-jaga.


Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit


Bagi memastikan sistem imun badan dalam keadaan baik, pengambilan suplemen adalah penting. Kita perlu persiapkan diri kita dengan perlindungan agar kesihatan tubuh badan kita sentiasa sihat dan cerdas dengan sistem imun yang optimum untuk melawan serangan virus dan penyakit. Ya… Memang kita tidak dapat lari dari penyakit, namun kita tidak boleh berhenti ikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.


Pentingnya pengambilan Eskayvie Diffenz ialah sebagai perlindungan seisi keluarga kerana di dalamnya terdapat empat jenis nutrisi yang membantu meningkatkan sistem imun badan iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C dan Vitamin D.


Aku memang sarankan korang semua untuk dapatkan Eskayvie Diffenz ni sebagai perlindungan tubuh badan kita. Kes harian dengan varian baru di negara kita pun semakin tinggi sekarang ni. Seram tengok di media sosial ramai kawan-kawan yang positif Covid-19 sekarang ni.


Hargai Nikmat Sihat Sebelum Kita Sengsara Datangnya Sakit


Oh ya…! Diffenz juga ada perlindungan untuk anak-anak di bawah 5 tahun yang masih belum menerima vaksin iaitu Eskayvie Diffenz Junior. Korang boleh dapatkan set keluarga Eskayvie Diffenz bersama Eskayvie Diffenz Junior untuk lindungi paru-paru serta tingkatkan sistem imun badan korang dan keluarga yang tersayang.


Dapatkan Diffenz hari ini juga untuk perlindungan harian sekeluarga. Hanya serendah RM 60.00 sahaja sebotol. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.


Nak dapatkan Eskayvie Diffenz? Klik link laman web dan media sosial dibawah.

Website: www.eskayvie.com 

Facebook: Eskayvie Malaysia -  https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official 

Instagram: Eskayvie Malaysia -  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ 

 

 

Post a Comment

3 Comments

  1. Bagus eskayvie ni kan. Banyak khasiat untuk semua peringkat umur.

    ReplyDelete
  2. Betul Min, yang belum merasai sakit, hargailah kesihatan tu, yang dah sakit pulak, hiduplah dengan penuh sihat, amalkan pemakanan dan makan tambahan seperti Eskay ni, inshallah dengan izinNya, sihatlah kita. ..janji usaha..

    ReplyDelete
  3. Bagus juga ada suplemen yang boleh kuatkan imun badan kita ni

    ReplyDelete